Daun Saderi
| Daun Saderi | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Tumbuhan |
| Divisi: | Magnoliophyta |
| Kelas: | Magnoliopsida |
| Order: | Apiales |
| Keluarga: | Apiaceae |
| Genus: | Apium |
| Spesies: | A. graveolens |
| Nama binomial | |
| Apium graveolens L. |
|
Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, sedikit pedas, rangup dan berbau wnagi.
Isi kandungan |
Ciri-ciri botani [sunting]
Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus.
Kegunaan [sunting]
| Daun saderi mentah Nilai khasiat per 100 g (3.5 oz) |
||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tenaga 10 kcal 60 kJ | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
| Peratusan adalah relatif cadangan AS untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient database |
||||||||||||||
Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. [1] Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.[2]
Penanaman [sunting]
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.