Diva (filem 2007)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Poster filem Diva
Pengarah IndiaSharad Sharan
Pengarang IndiaSharad Sharan
Pelakon MalaysiaNing Baizura
IndonesiaJeremy Thomas
MalaysiaAwal Ashaari
MalaysiaAdam AF2
IndonesiaJessica Iskandar
MalaysiaBalkisyh Semunburkhan
MalaysiaAC Mizal
IndonesiaShenny Andrea
MalaysiaFauziah Nawi
MalaysiaPushpa Narayan
Penerbit IndiaSharad Sharan
Pengedar MalaysiaAstro Shaw
Mula Tayangan 28 Jun 2007
Bahasa Bahasa Malaysia
IMDb Diva (2007/I)
filemkita

Diva ialah sebuah filem Malaysia arahan Sharad Sharan yang diterbit oleh Tarantella Pictures LLC dan Nusantara Pictures yang diedar oleh Tarantella dan Astro Shaw Sdn Bhd. Filem yang mengisahkan kehidupan dan masalah peribadi seorang anak Malaysia yang berjaya dalam persada muzik antarabangsa ini dibintangi Ning Baizura, Jeremy Thomas, Awal Ashaari, Adam AF2, Jessica Iskandar, Balkisyh Semunburkhan, AC Mizal, Shenny Andrea, Fauziah Nawi dan Pushpa Narayan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kartika (Ning Baizura) ialah seorang diva popular yang berasal dari Malaysia. Dia seorang yang berjaya di-serata dunia dan amat diminati orang jutaan peminat di tanah airnya. Disebalik kejayaan gemilangnya tersembunyi sebuah kisah yang sedih. Di mana sekalipun Kartika berada, semua peminatnya ingin meluangkan masa bersamanya. Dalam situasi ini, Kartika hanya inginkan seorang memahami isi hatinya iaitu ibunya. Ibunya tidak ingin bertemu mahupun berbicara denganya sama sekali.

Kartika telah melarikan diri dari rumah untuk mengejar impiannya demi mencapai kejayaan dan mencari wang bagi keselesaan keluarganya dan sekarang dia telah mencapai segala impiannya. Ibu Kartika tidak mahu mengapuni Kartika kerana adalah sebab untuk menyakiti perasaan dan hati bapanya yang telah meninggal dunia selepas Kartika melarikan diri. Bapa Kartika suatu ketika dahulu pernah memiliki sebuah sekolah muzik tradisional dikampungnya. Bapanya ketika itu telah mempunyai cita-cita untuk Kartika dan anak muridnya yang paling cemerlang iaitu Arman (Jeremy Thomas) untuk menjadikan sekolah itu terkenal di serata dunia. Selain itu, bapanya ketika itu telah berhasrat untuk menjadikan Arman sebagai anak mertuanya.

Kartika yang tidak ingin melihat keluarganya sengsara dan telah mengambil keputusan dengan niat baik untuk pergi ke bandar dan menolong keluarganya. Dengan duit yang akan dicari oleh Kartika, dia pasti ia akan menolong keluarganya untuk hidup selesa. Tetapi, Kartika lupa, yang keputusannya akan menyakiti hati dan menghancurkan harapan bapanya. Ibunya percaya bahawa Kartika adalah penyabab kematian bapanya tidak ingin menerima Kartika sebagai anaknya.

Selepas beberapa tahun sejurus Kartika pulang ke Kuala Lumpur untuk sebuah konsert, ramai berfikir yang kariernya telah berakhir di luar negara dan ada yang lain berpendapat dia mempunyai motif lain di Malaysia. Selepas kejayaan konsertnya di Malaysia, Kartika pulang ke kampungnya untuk memujuk dan meminta ampun daripada ibunya. Akan tetapi usahanya telah gagal untuk memujuk ibunya. Selepas kejadian itu, Kartika pergi bertemu dengan cinta pertamanya, Arman. Arman adalah satu-satunya orang yang pernah dicintai oleh Kartika. Arman yang berhati baik menolong memujuk hati Kartika dan memberitahunya supaya dia kembali dan mengambil alih sekolah ayahnya dan menjadikan hasrat arwah ayahnya tercapai dan ia pasti akan meredakan kemarahan ibunya terhadap Kartika. Arman juga memberitahu yang inilah satu-satunya peluang yang mereka punyai untuk merealisasikan impian yang telah terkubur bersama bapanya.

Dengan hanya dua anak murid dari sekolah bapanya dan dua lagi remaja yang Kartika kenal, dia bermula untuk melatih mereka berempat dengan menggabungkan aspek seni muzik tradisional dengan irama melodi muzik moden. Kartika bukan sahaja memberikan irama rentak yang baru untuk dunia muzik malah menberikan gaya dan harapan kepada dunia muzik dari kumpulan yang baru diwujudkan iaitu JIWA.

Kumpulan JIWA terdiri daripada Idit (Adam AF2), Mera (Jessica Iskandar), Eja (Balkisyh Semunburkhan), dan Jay (Awal Ashaari). Eja yang berasal dari kampung yang sama dengan Kartika sebelum ini pernah berlatih dibawah pimpinan Arman yang dicintainnya. Eja bersikap cemburu terhadap Kartika dan memberikannya pelbagai masalah tanpa mengetahui niat sebenarnya. Selepas album pertama JIWA telah berjaya, kumpulan mereka menjadi bintang baru di arena muzik tanah air. Kesemua mereka daripada kumpulan JIWA tidak pasti mengapa Kartika yang sebegitu popular bertungkus-lumus ingin menjadikan kumpulan mereka paling popular dan berjaya dan tidak tahu yang Kartika hanya mempunyai sedikit sahaja masa lagi untuk hidup di dunia ini. Eja yang amat menyintai Arman, mencemburui Kartika kerana berfikir Kartika hanya iigin menipu Arman untuk mendapatkan nama baik untuk dirinya sendiri daripada kejayaan kumpulan JIWA. Eja yang berkepala keras dan bersifat cemburu untuk membalas dendam terhadap Kartika mendapat peluangnya selepas Idayu dari empayar muzik Zack menawarkan peluang keemasaan untuk kontrak rakaman baru bagi kumpulannya. Eja kini perlu berusaha unutk mencuci fikiran kumpulannya untuk mengambil kontrak tersebut.

Selepas kejayaan album JIWA, Kartika yang sedang sibuk meyiapkan konsert pelancaran JIWA untuk menjadikan imej JIWA dan sekolah ayahnya dikenali di-serata dunia tidak tahu yang rancangannya akan tergendala dan menghadapi masalah yang besar.

Selepas Kartika mendapat tahu bahawa anak-anak muridnya telah berpaling tadah terhadapnya, Kartika telah berputus asa dan tahu yang dia tidak menpunyai masa lagi untuk memujuk muridnya untuk kembali kepadanya. Pada saat inilah rahsianya akan terbongkar kepada seorang kawannya, Rudy (AC Mizal) dan pengurusnya, Siska (Shenny Andrea). Selepas mendapat tahu rahsia Kartika, mereka berjanji untuk menolong Arman dan mencari Kumpulan JIWA dan memujuk mereka untuk kembali ke pangkuan jalan. Kartika prgi ke konsert JIWA dan memberitahu bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan tersebut. Tetapi sebelum Kartika ingin berbuat demikian JIWA akan menjalankan persembahan mereka yang tiada bandingan dalam sejarah muzik tanah air.

Selepas konsert itu, kesemua mereka akan bergegas untuk berjumpa dengan Kartika. Eja dan yang lain berasa malu kerana telah menyalah sangka niat dan hati baik Kartika. Mereka meminta supaya Kartika memaafkan mereka.

Jalan cerita tamat di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]