F-8 Crusader

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F-8 Crusader daripada VMF(AW)-212 pada 1965 di Vietnam

Vought F-8 Crusader adalah sejenis pesawat jet penguasaan udara kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat semasa tahun 1960-an dan 1970-an. Pesawat ini menjalankan misi-misi perlagaan pesawat pejuang, pesawat penggempur dan juga sebagai pesawat peninjau, terutamanya semasa Perang Vietnam.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam bulan September 1952, Tentera Laut Amerika Syarikat meminta syarikat mengemukakan cadangan mereka untuk pesawat pejuang yang boleh terbang pada kelajuan Mach 1.2 pada ketinggian 30,000 kaki dan kelajuan Mach 0.9 pada paras laut dan mempunyai kelajuan mendarat.100 knot. Pesawat ini mempunyai jarak pertempuran 700 batu dari pengkalan.

Prototaip pesawat ini melakukan penerbangan sulung pada 25 Mac 1955. Pesawat ini mempunyai sayap yang mempunyai sudut tuju boleh ubah untuk meningkatkan pengendalian pada kelajuan rendah dan memberikan kelajuan maksimum yang lebih baik. Pesawat ini didorong oleh enjin Pratt and Whitney J57. Pada 16 Julai 1957, pesawat F-8 Crusader membuat catatan penerbangan dari Los Angeles ke New York dalam masa 3 jam 23 minit dengan kelajuan purata Mach 1.1 ataupun 726 bsj. Pesawat F-8 Crusader merupakan pesawat pertama dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat yang boleh melakukan penerbangan supersonik secara berterusan dan boleh melebihi 1,000 bsj dalam penerbangan mendatar.

Pesawat ini menggunakan meriam sebagai senjata utamanya. Model RF-8 Crusader adalah versi untuk menjalankan misi peninjauan, dan bertindak cemerlang semasa Krisis Misil Cuba dengan memberikan gambaran paras rendah persiapan Soviet Union dalam penempatan misil balistik jarak pertengahan di Cuba.

Pesawat F-8 Crusader berkhidmat dengan skuadron barisan hadapan sehingga tahun 1976 dengan persaraan kapal induk kelas "Oriskany". Pesawat RF-8A pula meneruskan perkhidmatan dalam peranan tinjauan dan hanya bersara daripada perkhidmatan pasukan simpanan dalam tahun 1987. Vought akhirnya membina 1,261 unit pesawat ini. Tentera Laut Perancis menggunakan pesawat F-8 Crusader mereka sehingga tahun 1999.

Perang Vietnam[sunting | sunting sumber]

F-8 Crusader Di Atas USS Midway Semasa Perang Vietnam

Semasa peringkat awal Perang Vietnam. Peranan utama F-8 Crusader adalah sebagai pesawat peninjau, dengan diiringi pesawat pejuang. Selain itu, pesawat ini juga menjalankan operasi pengeboman, misi mengiring dan MigCAP (Mig Combat Air Patrol).

Pesawat F-8 Crusader mencatatkan kadar kemenangan (kill ratio) terbaik di kalangan pesawat pejuang Amerika Syarikat, dengan 19 kemenangan berbanding 3 pesawat yang musnah. Hampir kesemua daripada kemenangan direkod menggunakan misil AIM-9 Sidewinder. Selepas ketibaan pesawat F-4 Phantom II, kejaguhan F-8 Crusader berpindah ke tangan F-4 Phantom II.

Pesawat F-8 Crusader juga kadang kala digunakan sebagai umpan (decoy) dalam pertarungan dengan sistem SAM kendalian Vietnam Utara, dengan membiarkan radar sistem pertahanan menjejak pergerakan mereka dan membolehkan pesawat pengebom menyusup ke kawasan sasaran. Di antara tahun 1964 hingga 1973, 68 buah pesawat F-8 Crusader ditembak jatuh oleh aktiviti musuh. Sejumlah 166 buah pesawat F-8 Crusader musnah semasa Perang Vietnam [1] iaitu 23 pesawat Kor Marin dan 143 pesawat Tentera Laut. Jumlah ini adalah 13% daripada keseluruhan bilangan pesawat F-8 Crusader yang dibina. Namun demikian 76 daripada 166 pesawat F-8 Crusader musnah akibat kemalangan dan bukannya semasa pertempuran.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

  • F8U-1 (F-8A) – Model pengeluaran asal menggunakan enjin J57-P-4A, 318 buah dibina
  • F8U-1E (F-8B) – Model penambah baik dengan radar AN/APS-67 dengan 130 unit dibina
  • F8U-2 (F-8C) – Model seterusnya dengan enjin J57-P-16 dengan tujahan 75 kN dengan pembakar lanjut, sirip bawah (ventral) untuk memberikan kendalian lebih baik mengatasi ketidakstabilan rewang, penerbangan sulung 20 Ogos 1957 dengan 187 unit dibina.
  • F8U-2N (F-8D) – Model pelbagai cuaca, mempunyai tangki minyak tambahan, enjin J57-P-20 dengan 80 kN tujahan dengan pembakar lanjut, 152 unit dibina.
  • F8U-2NE (F-8E) – model menggunakan enjin J57-P-20A, mempunyai radar AN/APQ-94, dengan bonggol di antara sayap menempatkan elektronik untuk kendalian AGM-12 Bullpup, keupayaan membawa ordnans ditambah kepada 2,270kg. dilengkapkan dengan kerusi lenting Martin-Baker, 286 unit dibina.
  • F-8E(FN) – Model untuk penguasaan ruang angkasa untuk Tentera Laut Perancis, 42 unit dibina.
  • F-8H – model F-8 yang dinaik taraf dengan kerangka dan roda pendaratan diperkuatkan89 unit dibina.
  • F-8J - F-8E yang dinaik taraf, enjin J57-P-20A engine, 136 unit dibina.
  • F-8K – model F-8C yang dinaik taraf dengan keupayaan menggunakan misil AGM-12 Bullpup dan diberikan enjin J57-P-20A. 87 buah dibina.
  • F-8L – model F-8B dinaik taraf dengan stesen senjata bawah sayap. 61 unit dibina semula.
  • F-8P – model digunakan oleh Filipina, 35 unit dihantar, 25 digunakan dan baki 10 buah dijadikan peralatan bahan ganti.
  • DF-8F - F-8A diubahsuai untuk operasi menunda sasaran
  • F8U-1KU (QF-8A) - F-8A yang diubahsuai menjadi pesawat dron
  • F8U-1P (RF-8A) – model peninjauan foto udara yang tidak mempunyai persenjataan, 144 unit dibina.
  • RF-8G – pesawat RF-8A yang dimodenkan.

Perkhidmatan dengan negara asing[sunting | sunting sumber]

Pesawat F-8E(FN) digunakan oleh Tentera Laut Perancis dan berkhidmat sehingga tahun 1999 di atas kapal induk Foch dan Clamenceau dan dihentikan perkhidmatan apabila kapal induk tersebut bersara daripada perkhidmatan.

Filipina membuat pesanan 35 buah pesawat F-8P Crusader untuk misi pertahanan udara. Pesawat ini ditugaskan dengan Skuadron No. 7 Pejuang Taktikal di Pampanga, Luzon. Pesawat ini digunakan sehingga 23 Januari 1988. Sepanjang perkhidmatannya, 5 buah pesawat musnah dengan melibatkan 2 kematian.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Tentera Laut Perancis
  • Filipina
  • Tentera Laut Amerika Syarikat
  • Kor Marin Amerika Syarikat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]