Gawai Kenyalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gawai Burung merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban yang masih mengamalkan kepercayaan lama.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia).[1]

Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Gawai Kenyalang adalah upacara yang paling tinggi untuk menunjukkan kehebatan dan pencapaian seseorang yang meraikannya. Gawai ini diraikan selama 7 hari 7 malam dan pada hari kelapan, patung burong kenyalang (enggang) akan diletakkan di atas tiang chandi di tanju rumah panjang. Burung Kenyalang adalah dianggap raja kepada segala burung di dunia ini.

Gawai Burung adalah untuk menyembah Sengalang Burung iaitu Burung Helang dan para menantunya yang menjadi 7 ekor burung omen (pantang atau bisa). Mereka ini tinggal serumah di Tansang Kenyalang.

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa-desa dengan kesyukuran, persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras pulut' dan bersuka-ria.

Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:

  1. ) Gawai Kalingkang
  2. ) Gawai Sandong
  3. ) Gawai Sawi
  4. ) Gawai Salangking
  5. ) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
  6. ) Gawai Gajah Meram
  7. ) Gawai Meligai
  8. ) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
  9. ) Gawai Gerasi Papa

Bagi setiap peringkat gawai burong, tiang suci yang dikenali sebagai “tiang chandi” didirikan, dengan tengkorak manusia, bahan-bahan persembahan dan patung burung Kenyalang diletakkan di puncak tiang itu semasa kenduri. Tiang suci ini diselimutkan dengan kain tenunan suci yang dipanggil "pua kumbu" yang mengandungi motif-motif tertentu yang bersesuaian dengan peringkat Gawai Burong itu.

Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:

Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;

Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;

Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;

Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok Durian dan dibengkokkan seperti pokok Sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;

Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;

Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;

Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.

Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.



Pautan luar[sunting | sunting sumber]