31 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Mei 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
| MMXII | ||||||
31 Mei merupakan hari ke-151 (hari ke-152 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 214 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Dunia Tanpa Tembakau.
[sunting] Peristiwa
- 1223 - Serangan Mongol: Angkatan Mongol menewaskan tentera gabungan Kiev, Galich dan Cuman di tebing Sungai Kalchik di Ukraine kini.
- 1678 - Lady Godiva berarak bogel menaiki kuda (gambar) di Coventry, England.
- 1889 - Empangan South Fork runtuh, menyebabkan banjir yang meragut nyawa lebih 2,200 orang di Johnstown, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
- 1916 - Kaiserliche Marine Jerman dan Tentera Laut Diraja British bertembung dalam Pertempuran Jutland (gambar), pertempuran laut yang terbesar dalam Perang Dunia Pertama.
- 1974 - Syria dan Israel memeterai persetujuan pengunduran untuk menamatkan Perang Yom Kippur.
- 1977 - Sistem Saluran Paip Rentas-Alaska disiapkan.
- 1981 - Gerombolan terancang polis dan separa tentera membakar perpustakaan awam Jaffna, Sri Lanka, memusnahkan lebih 97,000 buku dan manuskrip unik.
- 2009 - Pilihan raya kecil Penanti, Malaysia diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||