Gempa bumi Lautan Hindi 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Lautan Hindi 2012
Peta USGS mengenai gempa bumi Lautan Hindi 2012
Tarikh 11 April 2012 (2012-04-11)
Waktu mula 15:38:37 WIB (UTC+07:00)
08:38:37 (UTC)
Tempoh 3[1] ke 5 minit[2]
Magnitud 8.6 Mw[3]
Kedalaman 22.9 km (14 bt)[3]
Lokasi pusat gempa 2°18′40″N 93°03′47″W / 2.311°U 93.063°B / 2.311; -93.063Koordinat: 2°18′40″N 93°03′47″W / 2.311°U 93.063°B / 2.311; -93.063[3]
Jenis gempa bumi bawah laut (sesar jurus-gelincir) [4]
Negara/kawasan yang terjejas  Bangladesh
Bendera India India
 Indonesia
 Malaysia
 Singapura
 Sri Lanka
 Thailand[2]
Tsunami Kecil
Tanah runtuh Tiada
Mangsa Belum dikenal pasti

Gempa bumi Lautan Hindi 2012 ialah suatu gempa bumi bawah laut berkekuatan pada 8.6 Skala Richter yang menggegarkan kawasan berhampiran wilayah Aceh, Indonesia pada hari Rabu, 11 April 2012, jam 15:38 waktu tempatan. Sejurus kejadian, amaran tsunami dikeluarkan untuk seluruh kawasan yang dibimbangi terancam oleh tsunami, namun amaran tersebut akhirnya dibatalkan.[2][5][6][7]

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 menyerang berdekatan pada 26 Disember 2004, menyebabkan kerosakan meluas dan juga kematian.[8] Ini menyebabkan sistem-sistem amaran awal dipasang di seluruh Lautan Hindi.

Tetapan tektonik[sunting | sunting sumber]

Pusat gempa bumi terletak di dalam Plat Indo-Australia, ayng dibahagikan kepada tiga plat yang berasingan, plat-plat Indian, Australian dan Capricorn. Sempadan di antara plat The boundary Indian dan Australian adalah suatu zon kecacatan sana sini yang luas yang Plates is a broad zone of diffuse deformation that menyesuaikan diri dengan arah kemerengan penumpuan UBL-ST(NNW-SSE) kira-kira 11 mm (0.4 in) setahun di antara mereka. Oleh kerana bahagian yang mengalai kecacatan, zon retakan arah aliran utara-selatan telah diaktifkan di dalam satu serangan gelinciran daripada Rabung Ninety East sejauh ke timur pada 97°E.[9] Kedua-dua kejutan dan magnitud 8.2 selepas kejutan mempunyai mekanisme tumpuan yang menunjukkan gelinciran jurus-gelincir. Semenjak tahun 2006 terdapat tiga gempa bumi yang lain di dalam kawasan berkenaan dengan gaya gelinciran yang serupa. Semua lima gempa bumi adalah konsisten dengan gelinciran samada gelincir sisi kiri pada gelinciran jurus-gelincir pada arah kemerengan penumpuan UBL-ST atau gelincir kanan pada gelinciran jurus-gelincir pada arah kemerengan penumpuan BBL-TT, kedua-duanya konsisten dengan arah penumpuan.[10]

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi bermagnitud 8.6 (Mw) tersebut berlaku pada 11 April, 08:38 UTC dengan kedalaman 33 kilometer.[1] Gegaran berlaku kira-kira 434 km (269 bt) barat daya Banda Aceh, Indonesia. Pada awalnya magnitud gempa dicatatkan sebanyak 8.9 (Mw). Phillip Charlesworth, ketua Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Jakarta berkata bahawa gempa bumi tersebut berkocak selama tiga minit. Gegaran turut dirasai di Padang.[1]

Setelah tiu, penduduk Indonesia dan India yang dalam kebimbangan mula meninggalkan rumah-rumah dan premis-premis.[7] Walaupun jalan-jalan raya mengalami kesesakan di wilayah Aceh, penduduk dapat melarikan diri ke tempat-tempat tinggi.[11][1]

Di Malaysia, gegaran dirasai pada kira-kira jam 4:50 petang di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia. Orang ramai yang berada di dalam rumah-rumah dan juga premis-premis bergegas keluar setelah merasa gegaran.[12]

Gegaran susulan[sunting | sunting sumber]

Gegaran susulan dengan kekuatan magnitud 8.2 pada kedalaman 10 kilometer[1] berhampiran Sumatera dilaporkan pada jam 10:43 UTC, hanya selepas dua jam gegaran pertama berlaku.[13] Dalam beberapa jam selepas gegaran pertama juga, 21 gegaran susulan turut dikesan.[14][15]

Tsunami[sunting | sunting sumber]

Di Teluk Campbell, Pulau Nicobar Besar, gelombang setinggi 0.5 meter telah dicatatkan,[1] manakala di Thailand ketinggiannya mencapai 10 sentimeter.[16][17] Agensi Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia pula mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya tiga tempat di kawasan pantai Aceh dilanda tsunami, dengan gelombang setinggi 80 sentimeter menghempas bandar Meulaboh.[18]

Amaran tsunami[sunting | sunting sumber]

Selepas tiga jam gegaran utama berlaku, tiada tanda-tanda jelas menandakan sama ada pembentukan tsunami telah berlaku mahupun tsunami telah pun mengakibatkan kerosakan yang besar. Pakar geofizik Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa tolok bacaan yang berada paling dekat dengan pusat gempa tersebut mencatatkan ketinggian gelombang sebanyak satu meter.[19] Kenyataan PTWC yang dikeluarkan pada 10:14 UTC menyebut bahawa tsunami telah terbentuk dan mungkin sudah mengakibatkan bencana di beberapa kawasan pantai.[20] BBC memetik kenyataan Roger Musson, seorang ahli kaji gempa bumi Survei Geologi United Kingdom,[21]

It's a sort of tearing earthquake, and this is much less likely to cause a tsunami because it's not displacing large volumes of water.[2]

Ini merupakan gempa bumi yang mengherot, dan tidak mungkin sama sekali menyebabkan tsunami kerana tidak menyesarkan isipadu air yang besar.

Pihak berkuasa Indonesia turut mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan kejadian tsunami ialah rendah.[22]

Pada awalnya, apabila amaran tsunami dikeluarkan, ia meliputi: Indonesia, Australia, Kemboja, Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Sri Lanka, Maldives, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Yemen, Somalia, Kenya, Tanzania, Seychelles, Mozambique, Mauritius, Comoros, Madagascar, Afrika Selatan dan Diego Garcia (sebahagian wilayah Lautan Hindi British), Kepulauan Crozet, Réunion dan Kepulauan Kerguelen. Dijangkakan tsunami yang mungkin berlaku menghampiri Indonesia pada jam 8:38 GMT, jam 11:38 di Sri Lanka, jam 14:38 di Seychelles, jam 17:38 di Madagascar dan jam 20:38 di Afrika Selatan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 "Indian Ocean on tsunami alert after quakes". Al Jazeera. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 (Inggeris)"Indian Ocean tsunami alert lifted after Aceh quake". BBC News. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  3. 3.0 3.1 3.2 "Magnitude 8.6 – OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA". United States Geological Survey. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  4. "Huge quakes strike off Indonesia; tsunami warning issued". Reuters. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  5. Ralat Lua pada baris 250 di Modul:Citation/CS1: Dipanggil dengan keadaan ralat tidak ditetapkan.
  6. "Huge quake strikes off Indonesia, tsunami warning issued". Reuters. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  7. 7.0 7.1 Reuters (11 April 2012). "Massive earthquake strikes Indonesia, tremors felt in India". The Times of India. Diarkibkan daripada asal pada 22 July 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  8. "Banda Aceh". GlobalSecurity.org. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  9. Kreemer, C.; Holt W.E. & Haines A.J. (2003). "An integrated global model of present-day plate motions and plate boundary deformation". Geophysical Journal International (Royal Astronomical Society) 154: 8–34. Diperoleh pada 12 April 2012. 
  10. United States Geological Survey (11 April 2012). "Poster of the M8.6 Northern Sumatra, Earthquake of 11 April 2012". Diperoleh pada 12 April 2012. 
  11. "Massive earthquake off Indonesia". TVNZ. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  12. "Gempa Bumi Kuat Gegar Aceh, Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia". Bernama. 11 April 2012. Diperoleh pada 12 April 2012. 
  13. "8.2-magnitude aftershock hits off Sumatra". Philippine Daily Inquirer. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  14. "M8.2 – off the west coast of northern Sumatra". United States Geological Survey. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  15. "Latest Earthquakes M5.0+ in the World – Past 7 days". Earthquake.usgs.gov. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  16. "Small tsunami reaches Thailand after huge quake". The Daily Star. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  17. "Strong Indonesian quakes cause panic across Asia, not tsunami". Emirates 24/7. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  18. "Update: Indonesia Lifts Tsunami Warning, Residents Return Home". Jakarta Globe. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  19. "Indonesia earthquake: No damage to ocean basin, India withdraws tsunami warning". The Indian Express. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  20. "Pacific Tsunami Warning Center/NOAA/NWS: Tsunami bulletin number 003". PTWC. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012. 
  21. http://www.bgs.ac.uk/staff/profiles/1331.html
  22. "Watch: Indonesia Reacts to 8.7 Magnitude Earthquake". TIMES. 11 April 2012. Diperoleh pada 11 April 2012.