Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa Bumi Lautan Hindi 2004
ݢمڤا بومي لاويتن هيندي 2004
Tsunami menyerang Ao Nang, Thailand.
Tarikh 26 Disember 2004 (2004-12-26) [1]
Waktu mula 00:58 UTC
Magnitud 9.1–9.3 Mw [1]
Kedalaman 30 km (19 bt) [1]
Lokasi pusat gempa 3°18′58″N 95°51′14″W / 3.316°U 95.854°B / 3.316; -95.854Koordinat: 3°18′58″N 95°51′14″W / 3.316°U 95.854°B / 3.316; -95.854 [1]
Jenis Gempa Bumi Teras Mega
Negara/kawasan yang terjejas Indonesia (kebanyakannya di Aceh)
Sri Lanka
India (kebanyakannya di Tamil Nadu)
Thailand
Maldives
Somalia
Tsunami Ya
Mangsa Sekurang-kurangnya 280,000 terkorban dan hilang [2][3][4]
Pusat gempa di sempadan plat tektonik
Negara-negara yang terjejas akibat gempa bumi 26 Disember 2004

Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.

Mangsa gempa bumi dan tsunami[sunting | sunting sumber]

Animasi tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi yang menunjukkan bagaimana ia memancar dari panjang keseluruhan 1,600 km (990 batu) yang pecah

Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak akan dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.

Secara ringkas[sunting | sunting sumber]

Negara Maut Cedera Hilang Hilang
kediaman
Disahkan Dikhuatiri
Indonesia 127,420 220,000 ~100,000 94,574 617,159
Sri Lanka 38,195 38,000+ 15,686 5,637 ~573,000
India 10,799 16,413 5,614 380,000
Thailand 5,395 11,000 8,457 2,932 29,000+
Somalia 298 298 5,000
Maldives 82 108 26 12,000-22,000
Malaysia 68 75 299 5 5,000
Myanmar 59 600 45 200 3,200+
Tanzania 10 10+
Seychelles 3 3
Afrika Selatan 2 2
Bangladesh 2 2
Kenya 1 2 2
Yaman 1 1
Madagascar 0 1,000+
Jumlah 182,340 ~ 286,000 ~ 125,000 ~ 108,000 1.5-2 juta

Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.

Bantuan kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Untuk satu senarai pendek organisasi bantuan kemanusiaan dunia yang menerima derma bagi membantu mangsa gempa bumi, lihat laman Wikipedia bahasa Inggeris Donations for victims of the 2004 Indian Ocean earthquake.

Bantuan kemanusian yang diperlukan untuk gempa bumi (dan tsunami) kali ini adalah agak tinggi kerana terdapat banyak kerosakan infrastruktur, kekurangan air dan makanan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Penyakit epidemik juga mungkin berlaku, kerana antara kawasan yang ditimpa musibah ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim tropika yang sesuai. Malah PBB telah mengatakan ini mungkin menjadi operasi bantuan terbesar dalam sejarah.

Perkara utama yang dirisaui oleh organisasi bantuan kemanusiaan dan agensi kerajaan ialah untuk mengenal dan menanam mangsa yang telah meninggal sebelum mereka menjadi isu kesihatan dan menyebarkan penyakit epidemik seperti kolera dan demam kepialu. Seterusnya, bekalan perubatan dan kepakaran perlu dihantar ke hospital dan klinik, bantuan khemah dan pakaian serta air minuman dan makanan (terutamanya makanan bayi) kepada mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal.

Banyak kerajaan dan organisasi kemanusiaan di seluruh dunia telah menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dengan gempa bumi ini. Bank Dunia PBB menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan bernilai USD 5 billion. [1]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai negara yang menawarkan bantuan mengikut urutan abjad:

Amerika Syarikat Kerajaan Amerika Syarikat telah memperuntukkan USD 400,000 (EUR 300,000) kepada India, Indonesia, Maldives dan Sri Lanka. Bantuan sebanyak USD 4 juta (EUR 3 juta) kepada Palang Merah juga sedang dibincangkan. Amerika juga sedang menyediakan pakej bantuan bernilai USD 15 juta kepada negara-negara yang terlibat. Bantuan lain juga akan diberikan sehingga mencapai USD 350 juta. Selain itu, pasukan penyelamat juga telah dihantar, termasuklah dari tenteranya yang berada di Jepun dan Hong Kong. Organisasi bantuan pula telah mengumpul lebih USD 515 juta.
Amiriah Arab Bersatu USD 20 juta akan dihantar melalui Bulan Sabit Merah yang juga menghantar 3 pesawat berisi bantuan makanan dan ubatan ke India, Indonesia dan Sri Lanka [2].
Arab Saudi Arab Saudi berjanji memberikan USD 30 juta yang akan diberikan melalui Bulan Sabit Merahnya dan juga organisasi bantuan antarabangsa.
Australia Kerajaan Australia pada awalnya memberi bantuan sebanyak AUD 10 juta (~ USD 7.7 juta), yang diagihkan kepada organisasi bantuan antarabangsa. Kini, jumlah bantuan kerajaan Australia telah mencapai AUD 1 billion, yang mana sebahagian besarnya adalah pakej untuk Indonesia [3]. Kerajaan negeri di Australia secara berasingan telah berjanji memberikan AUD 17.45 juta. Rakyat Australia pula telah mengumpul sebanyak AUD 190 juta setakat ini. Manakala sehingga 900 tentera Australia telah dihantar ke Indonesia untuk membantu kerja kemanusiaan.
Austria Kerajaan Austria akan memberikan bantuan bernilai EUR 50 juta [4], manakala rakyatnya pula telah menderma kira-kira EUR 18 juta [5].
Belanda Kerajaan Belanda telah memperuntukkan EUR 227 juta untuk bantuan ke kawasan-kawasan terlibat. Pertubuhan Palang Merah Belanda pula telah memperuntukkan EUR 100,000 untuk bantuan kecemasan. Manakala derma orang ramai telah berjaya mencapai EUR 112 juta.
Belgium Kerajaan Belgium telah menghantar EUR 12 juta, manakala rakyatnya telah menderma EUR 6.2 juta. Beberapa pasukan perubatan turut dihantar.
Brazil Kerajaan Brazil telah menghantar 10 tan makan dan 8 tan ubatan ke India dan Thailand, dan akan menyumbang lagi kepada agensi PBB. Rakyatnya juga telah mengumpul 70 tan bantuan untuk Sri Lanka.
Bulgaria Bulgaria melalui agensi kecemasan kebangsaanya dan Palang Merah telah menghantar bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Akademi Perubatan Tentera Bulgaria turut menghantar bantuan ke Indonesia dan Sri Lanka bernilai BGN 200,000 (EUR 100,000).
Chile Kerajaan Chile akan menghantar 6 orang doktor muda ke Sri Lanka/Indonesia dan telah membuka sebuah akaun simpanan khas untuk derma orang ramai.
Croatia Kerajaan Croatia telah memperuntukkan HRK 4 juta (EUR 520,00) sebagai bantuan untuk India, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand. Palang merah Crotia pula berjaya mengumpul HRK 4.8 juta daripada derma orang ramai.
Denmark Kerajaan Denmark akan memberikan bantuan bernilai DKR 300 juta (EUR 40.38) juta. Jumlah ini boleh ditingkatkan sekiranya masih tidak mencukupi.
Finland Kerajaan Finland telah menghantar bantuan berjumlah EUR 4.5 juta, dan EUR 5.5 juta lagi akan diberikan kepada organisasi bantuan bila diminta. Palang Merah Finland pula akan menghantar EUR 75,000 dan sebuah hospital bergerak untuk membantu mangsa gempa bumi. Persatuan Save the Children Finland pula memberikan EUR 25,000.
Greece Greece telah menyediakan EUR 500,000 kepada Maldives dan Sri Lanka (dan akan menambah lagi EUR 1 juta), dan dua kapal terbang akan membawa lebih 6 tan bahan bantuan kemanusiaan ke negara-negara tersebut. Manakala rakyatnya telah berjaya mengumpul lebih EUR 15 juta.
Hungary Hungary telah menghantar pasukan perubatan dan bekalan kecemasan ke Thailand dan Sri Lanka.
Iceland Kerajaan Iceland berjanji memberikan ISK 5 juta (USD 70,000) kepada Palang Merah Iceland [6]. Bekalan air sebanyak 10 tan turut dihantar. Jumlah semua bantuan yang dihantar yang diumumkan oleh kerajaan Iceland akan mencapai ISK 150 juta.
India Kerajaan India berjanji memberikan INR 1 billion (USD 23 juta) kepada Maldives dan Sri Lanka, yang akan dihantar oleh tenteranya. Manakala INR 7 billion pula telah diperuntukkan untuk kawasan-kawasan yang terlibat di India.
Iran Kerajaan Iran telah menghantar 221 tan bantuan kemanusiaan seprti ubatan, khemah, pakaian dan makanan ke Indonesia dan memberikan USD 675,000 kepada Bulan Sabit Merah.
Ireland Kerajaan Ireland berjanji memberikan EUR 20 juta kepada mangsa gempa bumi [7]. Pelbagai organisasi telah mengumpul derma daripada orang ramai sebanyak EUR 17.7 juta.
Israel Israel telah menghantar makanan bayi dan ubatan bernilai USD 100,000 kepada beberapa negara yang terlibat. Satu pasukan perubatan turut dihantar ke Sri Lanka. Sebuah pasukan menyelamat telah turut ditawarkan kepada India [8]. Sebuah pasukan forensik turut dihantar untuk membantu mengenal pasti identiti mangsa.
Itali Kerajaan Itali telah berjanji memberikan EUR 3 juta. Persatuan Persidangan Paderi Itali (CEI) telah menghantar EUR 100,000 dan masih lagi mengutip derma. Derma orang ramai pula telah mencapai EUR 12.6 juta [9]. Kapal terbang Itali disamping membawa bekalan perubatan, telah digunakan untuk mengeluarkan pelancong asing dari kawasan yang terlibat.
Jerman Kerajaan Jerman telah menyediakan EUR 3 juta untuk bantuan segera, dan EUR 500 juta untuk bantuan jangka panjang (5 tahun). Anggota penyelamat turut dihantar ke Thailand dan Sri Lanka, manakala pesawat perubatannya, Medivac Airbus telah diterbangkan ke Phuket. Chancellor Jerman juga telah mencadangkan pengurangan/penghapusan hutang untuk negara-negara yang terlibat. Jumlah derma daripada rakyatnya pula telah mencapai USD 400 juta.
Jepun Jepun akan memberikan bantuan bernilai USD 500 juta kepada negara-negara yang terlibat, dan akan menghantar 3 kapal tentera lautnya untuk membantu mencari mangsa yang masih hilang di Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Maldives.
Kanada Kerajaan Kanada telah bersetuju memberikan bantuan segera sebanyak CAD 425 juta (EUR 267 juta), dan akan turut menyediakan selimut, alat penapis air dan jentera penghasilan elektrik (generator) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (Canadian International Development Agency). Kerajaan Kanada juga bersetuju menangguhkan pembayaran hutang negara-negara yang terjejas teruk. Kerajaan negeri pula berjanji memberikan CAD 98.5 juta, manakala rakyatnya pula telah menderma lebih CAD 70 juta.
Kemboja Kerajaan diRaja Kemboja telah memberikan USD 40,000 kepada India, Indonesia, Sri Lanka dan Thailand [10].
Korea Selatan Kerajaan Korea Selatan telah berjanji memberikan bantuan sebanyak USD 600,000. Pasukan perubatan seramai 20 orang telah turut dihantar ke Sri Lanka.
Korea Utara Kerajaan Korea Utara telah berjanji memberikan bantuan sebanyak USD 150,000 [11].
Kuwait Kerajaan Kuwait telah menderma sebanyak KWD 3 juta (~ USD 10 juta) sebagai bantuan kemanusiaan.
Luxembourg Luxembourg telah mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai sekurang-kurangnya EUR 5 juta.
Maghribi Kerajaan Maghribi akan menghantar bantuan berbentuk bekalan perubatan dan selimut ke India, Indonesia, Malaysia, Maldives, Sri Lanka dan Thailand.
Malaysia Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat khas (SMART), pasukan bomba dan Bulan Sabit Merah ke Aceh. MERCY Malaysia turut menghantar pasukan dan bekalan perubatan ke Sri Lanka. Dua lapangan terbang di Subang dan Langkawi turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk dihantar ke Aceh.
Mexico Kerajaan Mexico berjanji memberikan bantuan MXN 12 juta (USD 1.1 juta). Pasukan mencari dan menyelamat turut dihantar.
Mozambique Kerajaan Mozambique, antara kerajaan termiskin, telah memberikan USD 100,000 secara "simbolik" kepada Palang Merah.
New Zealand Kerajaan New Zealand telah mengumumkan bantuan sebanyak NZD 10 juta (USD 7.2 juta). Selain daripada itu, kerajaan New Zealand juga berjanji akan menambah jumlah yang sama banyak dengan apa yang didermakan oleh rakyatnya (NZD 4 juta setakat ini) [12]. Beberapa pesawat udara turut dihantar untuk membantu menghantar bekalan.
Norway Kerajaan Norway telah memperuntukkan NOK 1.1 billion (~ EUR 130 juta) untuk diagihkan kepada PBB, Palang Merah dan organisasi bantuan lain. Walau bagaimapun, rakyatnya sedang menyeru kerajaannya untuk menyalurkan sebahagian daripada peruntukan petroleum Norway untuk bantuan kemanusiaan [13].
Oman Oman sedang menghantar bantuan bernilai USD 3 juta kepada negara terbabit [14].
Pakistan Kerajaan Pakistan telah mengumumkan pakej bantuan bernilai PKR 10 juta (USD 0.2 juta) kepada mangsa di Sri Langka. Pakej ini termasuklah khemah, ubat-ubatan, air minuman dan makanan. 500 orang anggota tentera turut dihantar ke Indonesia dan Sri Lanka.
Perancis Perancis telah menghantar sebuah kapal terbang berisi 100 anggota penyelamat dan 800 kg bekalan perubatan. EUR 15 juta telah diperuntukkan untuk agensi PBB dab Palang Merah, manakala EUR 5.6 juta telah diberikan kepada Kesatuan Eropah.
Poland Kerajaan Poland akan menderma PLN 1 juta (USD 0.3 juta) kepada organisasi bantuan Poland.
Portugal Kerajaan Portugal telah menyetujui pemberian EUR 8 juta kepada mangsa-mangsa terbabit. Sebuah pesawat berisi bantuan telah dihantar Sri Lanka manakala sebuah lagi akan dihantar ke Indonesia.
Qatar Qatar telah menawarkan bantuan sebanyak USD 25 juta tidak termasuk bantuan makanan dan perubatan yang deiberikan segera [15].
Republik Rakyat China Kerajaan China akan menghantar RMB 521.63 juta (USD 63 juta) ke kawasan Asia Tenggara. Manakala jumlah derma rakyat China telah mencapai RMB 75 juta.

Kerajaan Hong Kong pula telah menghantar 120 orang untuk membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat. Penduduknya pula telah menderma HKD 560 juta (USD 71.8 juta).

Republik Czech Kerajaan Czech akan memberikan bantuan bernilai CZK 200 juta (EUR 6.5 juta) dalam berbagai bentuk [16]. Manakala rakyatnya pula telah menderma hampir CZD 230 juta.
Romania Kerajaan Romania telah bersetuju memberikan bantuan bekalan perubatan dan khemah bernilai EUR 32,000 ke Sri Lanka.
Russia Russia dan Belarus telah menghantar hampir 150 tan bantuan kemanusiaan ke Sri Lanka, Thailand dan Indonesia. Pekan Beslan, yang terlibat dalam krisis tebusan sekolah baru-baru ini memberikan RUB 1 juta (USD 36,000) daripada tabung krisisnya [17].
Sepanyol Kerajaan Sepanyol telah memperuntukkan bantuan EUR 4 juta untuk membayar kos bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat, dan EUR 50 juta sebagai pinjaman jangka panjang untuk negara-negara terbabit. Manakala pembayaran hutang sedia ada akan ditangguhkan buat sementara. Kerajaan negeri pula berjanji memberikan EUR 2 juta untuk dihantar segera. 650 orang tentera perubatannya juga telah dihantar ke Indonesia.
Serbia dan Montenegro Kerajaan Serbia telah memberikan 40 tan bantuan kemanusiaan bernilai EUR 150,000. Satu konsert pula berjaya mengumpul 317,000 liter air untuk dihantar.
Singapura Kerajaan Singapura telah memberi SGD 1 juta (~ EUR 450,000) kepada Palang Merah Singapura untuk membantu mereka melancarkan kempen meminta derma dari orang ramai (SGD 24 juta telah berjaya dikumpul). Pasukan perubatan angkatan tentera Singapura turut bersedia untuk terbang ke Indonesia, manakala sebuah pasukan kecemasan dihantar ke Phuket. Singapura turut menyediakan bantuan bernilai SGD 2 juta (USD 1.2 juta) untuk negara-negara yang terbabit. Pelabuhannya turut menjadi pusat pengumpulan bantuan ke Sumatra.
Slovenia Kerajaan Slovenia telah bersetuju memberikan bantuan segera bernilai SIT 44 juta (EUR 185,500).
Sweden Kerajaan Sweden melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Sweden (Swedish International Development Agency) telah menyediakan SEK 500 juta (EUR 55 juta) sebagai bantuan kemanusiaan. Swedish Salvation Army turut menderma SEK 1 juta. Kerajaan Sweden turut menyediakan khemah dan selimut untuk dihantar ke Sri Lanka. 25 orang turut dihantar untuk membantu dalam kerja-kerja menyelamat, manakala syarikat penerbangannya akan membawa pulang rakyat Sweden yang berada di kawasan bencana. Rakyatnya juga telah menderma SEK 500 juta.
Switzerland Kerajaan Swirzerland telah menyediakan bantuan sebanyak CHF 27 juta (EUR 17.5 juta). 5 pasukan bantuan Swiss (SHA) telah dihantar ke India, Maldives, Sri Lanka dan Thailand. Manakala Swiss Glückskette telah berjaya mengutip CHF 129 juta setakat ini.
Syria Sebuah pesawat berisi 40 tan bantuan perubatan dan makanan telah dihantar ke Indonesia.
Taiwan Kerajaan Taiwan telah berjanji memberikan USD 50 juta kepada negara-negara yang terlibat. Ini termasuklah 3 tan bantuan kecemasan dan bantuan awal USD 250,000 kepada Indonesia, India, Thailand dan Sri Lanka [18].
Turki Turki yang telah turut mengalami beberapa gempa bumi pada 1999 mengumumkan derma sebanyak TRY 1.7 juta (EUR 960,000) untuk bantuan pembinaan semula infrastruktur kepada Sri Lanka, India, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Maldives. Türk Kızılayı juga sedang mengumpul derma.
United Kingdom Kerajaan British telah memperuntukkan bantuan sebanyak GBP 75 juta dan berjanji menyamai derma orang ramai yang kini berjumlah GBP 100 juta [19]. Britain juga berjanji akan menagguhkan pembayaran hutang negara-negara yang terlibat. Sebagai tambahan, pesawat tentera yang membawa kelengkapan penting telah dihantar ke beberapa kawasan terlibat.
Vanuatu Kerajaan Vanuatu telah memberikan VUV 5 juta (USD 47,300) untuk bantuan kemanusiaan. Manakala Bulan Sabit Merahnya mendapat VUV 200,000 daripada satu konsert amal [20].
Vatican Paus John Paul II telah bersetuju memberikan USD 6 juta kepada Palang Merah Antarabangsa untuk digunakan dengan sepatutnya.

Kempen mengutip derma turut dilancarkan di negara-negara yang terbabit. Di Arab Saudi, sehingga pukul 03.00 (Jumaat 7/1/2005), sebagaimana dilapurkan oleh kedutaan Arab Saudi di Jakarta, sumbangan rakyat Arab Saudi mencapai lebih dari 100 juta dolar Amerika atau 308.980.144 riyal Saudi.

Pertubuhan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama yang menawarkan bantuan mengikut urutan abjad:

Adventist Development and Relief Agency (ADRA) ADRA sedang memberikan bantuan di India, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, dan Kepulauan Andaman. ADRA telah mendirikan sebuah pusat pentadbiran sementara di Bangkok, Thailand untuk mengkoordinasikan kerjanya. ADRA Antarabangsa juga sedang meminta derma kewangan untuk membiayai kerja-kerja ini. [21].
AmeriCares Sebuah penerbangan yang dibiayai AmeriCares dan Altria Group, Inc. telah tiba Colombo, Sri Lanka membawa 13.6 tan bekalam perubatan dan penapis minuman (cukup untuk membersihkan 4 juta liter air), serta sebuah pasukan penyelamat. [22]
American Friends Service Committee (AFSC) AFSC memberikan bantuan dan pemulihan jangka panjang, terutamanya yang mungkin tidak dapat dijaga oleh agensi bantuan lain. [23].
American Jewish World Service (AJWS) AJWS memfokuskan bantuan asas kepada keluarga termiskin dengan kerjasama Direct Relief International di India and Sri Lanka. [24]
F.I.R.S.T. Pasukan penyelamat Israel ini sedang membuah kerja-kerja mencari dan menyelamat di Tamil Nadu, India. [25]
Islamic Relief Worldwide (IRW) IRW telah meningkatkan permintaan dermanya kepada USD 5 juta. [26]
Kesatuan Afrika Pengerusi Kesatuan Afrika Alpha Oumar Konaré telah mengumumkan bantuan sebanyak USD 100,000 sebagai bantuan kemanusiaan. [27]
Kesatuan Eropah Kesatuan Eropah bersetuju memberikan bantuan segera EUR 3 juta kepada mangsa gempa bumi untuk memenuhi keperluan asas. Bantuan yang lebih besar (EUR 30 juta) akan menyusul kemudian.
Médecins Sans Frontières (MSF) MSF menghantar bantuan seberat 32 tan ke Sumatera; pasukan perubatan turut dihantar ke kebanyakan kawasan yang terlibat. [28]

[29]

Lions Clubs International Kelab antarabangsa ini telah mengagihkan USD 200,000 ke kawasan-kawasan yang terlibat melalui cawangan-cawangannya. Kelab Lion Korea dan Kelab Lion Sweden turut berjanji untuk menyumbang lagi.
Magen David Adom Palang Merah Israel telah menghantar 4000 botol kecil Albumin (untuk memberhentikan pendarahan) untuk membantu mangsa yang tercedera di Sri Lanka. [30]
Medical Institute of Tamils Turut menyediakan bantuan rawatan kecemasan. [31]
Mennonite Central Committee (MCC) Telah menderma USD 2.5 juta secara tunai dan USD 1 juta dalam bentuk makanan, pakaian dan bekalan perubatan. [32]
MERCY MERCY Malaysia telah sampai di Aceh dan Sri Lanka untuk memberikan bantuan. Bantuan dan sumbangan amat diperlukan terutamanya ubat-ubatan, air mineral dan biskut bertenaga. [33]
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRCS) Di Geneva, pihak IFRCS telah meminta derma sebanyak CHF 7.5 juta (~ USD 6.6 juta) untuk bantuan segera kepada kira-kira 500,000 mangsa yang selamat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) PBB melalui pelbagai agensinya telah menyediakan pelbagai bantuan. [34] [35]
Ve'ahavta Ve'ahavta di Kanada sedang mengumpul derma untuk membiayai penghantaran pasukan mencari dan menyelamat serta peralatannya. [36]
World Jewish Aid (AWJ) AWJ memberikan bantuan kepada mangsa terselamat, terutamanya untuk pembersihan air dan pencegahan penyakit, terutamanya di India dan Indonesia. [37]

Kerosakan dalam konteks sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun gempa ini adalah salah satu yang terbesar yang pernah dicatat, angka korbannya adalah lebih rendah kerana pusat gempa adalah di tengah lautan, dan kebanyakan korban adalah disebabkan oleh dilanda tsunami. Gempa terparah dalam jumlah kematian (sejak 1900) adalah:

  • di Tangshan, China, pada 1976, yang membunuh 240,000 orang.
  • di Tsinghai, China, pada 1927, yang mengorbankan 200,000 orang.
  • di Tokyo, Jepun, pada 1923, yang memakan korban 140,000 orang.
  • di Turkmenistan, pada 1948, di mana 110,000 orang meninggal.

Negara-negara Lautan India tidak menyertai "sistem peringatan awal tsunami", seperti yang ada di Lautan Pasifik, kerana mengikut sejarah, bencana tsunami jarang terjadi di Lautan India.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "Magnitude 9.1 – OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA". U.S. Geological Survey. Diperoleh pada 26 August 2012. 
  2. If the death toll in Myanmar was 400–600 as claimed by dissident groups there, rather than just 61 or 90, more than 230,000 people would have perished in total from the tsunami.
  3. Earthquakes with 50,000 or More Deaths
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBC280 tidak disediakan