Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem)
| Hantu Kak Limah Balik Rumah | |
|---|---|
| Pengarah | Mamat Khalid |
| Penerbit | Gayatri Su-Lin |
| Lakonan | Awie Zami Ismail Johan Raja Lawak |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah berpengalaman, Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh penyanyi rock popular, Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombie. Tetapi filem ini bukan kesinambungan kepada filem Zombie Kampung Pisang, tetapi lebih terarah kepada kejadian yang berlaku di Kampung Pisang[1].
Isi kandungan |
[sunting] Plot
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah 2 tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam[2]. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.
Abi Hurairah setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau[3].
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah[4]. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam[5].
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Misteri hanya terurai apabila anak Mak Limah kembali ke Kampung Pisang[6]
[sunting] Pelakon
- Awie sebagai Hussein
- Man Kadir sebagai Pak Jabit
- Zami Ismail sebagai Pak Abu
- Johan Raja Lawak sebagai Abi Hurairah
- Shy8 sebagai Usop
- Delimawati sebagai Kak Limah
- Ummi Nazeera sebagai Cik Nin
- Pekin Ibrahim sebagai Musalman
- Soffi Jikan sebagai Wak Joko
- Avaa Vanja sebagai Ayu
[sunting] Maklum Balas
[sunting] Kutipan
Pada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[7]
Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[8] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.
[sunting] Pencalonan & Anugerah
Filem ini mendapat pencalonan dalam FFM 24 dengan 4 pencalonan iaitu:
- Pengarah Terbaik - Mamat Khalid
- Aktor Terbaik - Awie
- Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid
- Aktor Pembantu Terbaik - Shy8
Ianya sekali gus memulihkan reputasi filem ini selepas gagal tercalon pada ASK 2011.
[sunting] Rujukan
- ↑ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banggadanpuashati/Article
- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
- ↑ http://www.iawani.com/ulasan-filem-hantu-kak-limah-balik-rumah-mamat-khalid.html
- ↑ http://mysifu.net/entertainment/ulasan-review-filem-hantu-kak-limah-balik-rumah/
- ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1216&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm&arc=hive
- ↑ ULASAN - Sindiran Sinis Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah Gua.com.my
- ↑ Hantu Kak Limah Kaut RM6 Juta, gua.com.my, 28 Disember 2010. Dicapai pada 28 Disember 2010.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; teks bagi rujukanfinastidak disediakan