Hidetoshi Nakata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hidetoshi Nakata
Maklumat peribadi
Tarikh lahir 22 Januari 1977 (37 tahun)
Tempat lahir Kofu, Yamanashi, Jepun
Tinggi 5 ft 9 in (1.75 m)
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
1986–1989 Hokushin Boys Soccer Club
1989–1992 Kofu Kita Jr. H.S.
1992–1995 Nirasaki H.S.
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1995–1998 Bellmare Hiratsuka 85 (16)
1998–2000 Perugia 48 (12)
2000–2001 Roma 30 (5)
2001–2004 Parma 67 (5)
2004 Bologna (pinjaman) 17 (2)
2004–2006 Fiorentina 20 (0)
2005–2006 Bolton Wanderers (pinjaman) 21 (1)
Jumlah 288 (41)
Pasukan kebangsaan
1991–1993 Jepun B-17 6 (2)
1994–1995 Jepun B-20 12 (6)
1995–2000 Jepun B-23 12 (3)
1997–2006[1] Jepun 77 (11)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Hidetoshi Nakata, Cavaliere OSSI (中田 英寿 Nakata Hidetoshi?, lahir 22 Januari 1977 di Wilayah Yamanashi), merupakan bekas pemain bola sepak Jepun. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak Asia paling terkenal dari generasinya.

Nakata memulakan karier professionalnya pada tahun 1995 dan memenangi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1997 dan 1998, Scudetto bersama A.S. Roma pada tahun 2001, bermain untuk Jepun di tiga pertandingan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan bermain dalam Sukan Olimpik dua kali (1996 dan 2000). Pada tahun 2005, beliau dijadikan Knight of the Order of the Star of Italian Solidarity, salah satu daripada penghormatan tertinggi Itali, kerana meningkatkan imej negara itu di negara luar.[2] Nakata juga terlibat dalam fesyen, kerap hadir ketika pertunjukan runway dan memakai pakaian berjenama terkenal.

Nakata mengumumkan persaraan ketika berumur 29 tahun pada 3 Julai 2006 selepas sepuluh tahun karier termasuk tujuh musim dalam liga Itali, Serie A dan satu musim dalam Liga Perdana Inggeris. Pada bulan Mac 2004, Pelé menamakan Nakata dalam FIFA 100.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Nakata memulakan karier professionalnya ketika berumur 18 pada tahun 1995, bersama pasukan Liga J., Bellmare Hiratsuka (sekarang Shonan Bellmare). Selepas Piala Dunia 1998 di Perancis, Nakata ditandatangani oleh kelab Serie A, A.C. Perugia dengan yuran 4J AS$,[3] menjadikannya pemain Jepun kedua untuk beraksi dalam liga tertinggi Itali selepas Kazu Miura beraksi bersama Genoa empat tahun lebih awal. Semasa musim pertamanya di Itali, Nakata menjaringkan 10 gol, tertinggi untuk dirinya dalam semusim.

Nakata pada tahun 2011

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 2000, selepas satu setengah musim di Perugia, Nakata berpindah ke Roma dengan nilai 42 Bilion ITL (€21.691 juta)[4] membantu kelab itu memenangi scudetto. Kemuncak kerjaya Nakata di Roma datang pada 6 Mei 2001 ketika perlawanan Serie A menentang Juventus di Stadio Delle Alpi. Selepas menggantikan Francesco Totti ketika separuh masa kedua dengan Roma ketinggalan 0–2, Nakata menjaringkan gol dari jarak 30-ela melepasi jangkauan penjaga gol Juventus Edwin van der Sar, dengan perlawanan berbaki 11 minit. Nakata kemudiannya membantu Roma mengikat kedudukan dengan Vincenzo Montella menjaringkan gol untuk Roma pada minit akhir. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2–2 dan Roma mengekalkan kelebihan enam mata di puncak liga.[5]

Tahun-tahun kemudian (2001–2006)[sunting | sunting sumber]

Ketika musim panas tahun 2001, Nakata menyerti Parma[6] dengan nilai 55 bilion lire (€28.4 juta)[7][8] dimana beliau bermain dua musim setengah.

Pada bulan Januari 2004, Nakata menyertai Bologna dimana dia bermain untuk baki musim 2003–04 sebelum berpindah ke Fiorentina, dimana dia bermain untuk musim berikutnya. Pada bulan Ogos 2005, Nakata berpindah ke kelab Liga Perdana, Bolton Wanderers secara pinjaman. Ketika musimnnya di Bolton, dimana merupakan musim terakhir karier professionalnya, beliau menjaringkan gol sekali dalam liga, ketika kemenangan 2–0 ke atas West Bromwich Albion.[9]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "NAKATA Hidetoshi". Japan National Football Team Database. 
  2. "Arise, Sir Nak!". This Is Lancashire. October 14, 2005. Diperoleh pada July 3, 2006. 
  3. Source: http://www.guardian.co.uk/football/2001/jul/24/newsstory.sport1
  4. "BILANCIO D'ESERCIZIO E CONSOLIDATO DI GRUPPO AL 30 GIUGNO 2000". AS Roma (dalam bahasa Italian) (Borsa Italiana Archive). Diperoleh pada 2010-04-02. 
  5. (Itali) Source: http://www.repubblica.it/online/campionato_partite/juveroma/juveroma/juveroma.html
  6. "Nakata joins Parma". BBC. 6 July 2001. Diperoleh pada 5 January 2013. 
  7. AS Roma SpA bilancio 30.06.2001 [AS Roma SpA Report and Accounts on 30 June 2001]. AS Roma (PDF, require login and purchase) (dalam bahasa Italian) (CCIAA (Italian company filing office)). 
  8. "Parma, non solo Nakata". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). 6 July 2001. Diperoleh pada 13 April 2013. 
  9. "Bolton 2-0 West Brom". BBC. 23 October 2005. Diperoleh pada 15 September 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]