Hisham ibni Abd al-Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siria (damasco), califfo hisham, dirhem omayyade, 724-743.JPG

Hisham ibni Abd al-Malik (691-743) ialah seorang khalifah Ummayyah yang memerintah selama 20 tahun iaitu dari tahun 723 hingga tahun 743.

Beliau mewarisi takhta daripada abangnya Yazid II, Hisham memerintah di bawah pemerintahan yang bermasalah. Beliau bagaimanapun berjaya mengatasi masalah ini. Beliau juga melakukan pelbagai pembaharuan seperti pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Seperti abangnya Al-Walid I, Hisham ialah seorang penggemar seni dan menggalakkan perkembangan kesenian di dalam empayar Islam Ummayyah. Beliau juga menggalakkan bidang pendidikan dengan membina sekolah-sekolah serta penterjemahan karya-karya ke dalam Bahasa Arab. Beliau juga mengetatkan undang-undang Syariah seperti mana yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz termasuk terhadap kaum keluarganya sendiri.

Dalam segei ketenteraan, Hisham menghantar tentera untuk menghapuskan pemberontakan Hindu di Sind, India. Di Sepanyol pula, konflik dalaman telah tamat dan ini menyebabkan Hisham meneruskan operasi ketenteraan ke Perancis. Walau banyak kemenangan dicapai, tetapi tentera Muslim berjaya dihalang di Perang Tours oleh Charles Martel. Empayar Islam terus berkembang di Sepanyol walaupun dengan kekalahan tersebut. Di Afrika Utara satu pemberontakan oleh kaum Barbar berjaya dihancurkan.

Walaupun dengan banyak kejayaan yang diperolehi Hisham, pengaruh golongan Abbasiyyah semakin berkembang tetapi mereka masih lagi tidak cukup kuat untuk menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Selepas kematian Hisham, beliau digantikan oleh al-Walid II.