Kerajaan Bani Abbasiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abbasiyyah)
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta dunia semasa zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

Revolusi menentang Ummaiyyah[sunting | sunting sumber]

Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraisy yang berlainan daripada keturunan nabi.

Wilayah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.

Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.

Masalah dan Cabaran[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama, malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentadbiran baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka.

Duit syiling semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.

Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah.

Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah (bukan Syiah yang difahami seperti sekarang). Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik.

Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam, melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah.

Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.

Mamluk[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Mamluk
Peta empayar Islam Abbasiyyah pada zaman kemuncaknya.

Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.

Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan, seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus berkembang semasa "tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.

Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah[sunting | sunting sumber]

Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan.


Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya.

Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.

Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.

Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.

Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.

Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.

Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.

Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah[sunting | sunting sumber]

Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

Lihat juga Sejarah Islam

Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah[sunting | sunting sumber]

Khalifah Abbasiyyah Baghdad[sunting | sunting sumber]

Khalifah Abbasiyyah Kaherah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]