Ijtihad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Ijtihad (bahasa Arab اجتهاد) ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan.

Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu-satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek-aspek yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada pakar (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam eutanasia atau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau "makanan diubah secara genetik", para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan-pandangan pakar dalam bidang bio-teknologi dan sebaliknya.

Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka.