JF-17 Thunder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
JF-17 Thunder
FC-1 Fierce Dragon
Jf17parade.jpg
Sebuah JF-17 sedang membuat lintas lalu semasa Hari Pertahanan Pakistan pada tahun 2007.
Peranan Tempur pelbagai peranan
Pengeluar Perbadanan Industri Pesawat Chengdu (PIPC)
Kompleks Penerbangan Pakistan (KPP)
Penerbangan sulung 25 Ogos 2003
Diperkenalkan 12 Mac 2007
Status Beroperasi dengan Tentera Udara Pakistan sejak 18 Februari 2010,[1] sedang menjalani pembangunan avionik dan radar.
Pengguna utama Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat
Tentera Udara Pakistan
Dikeluarkan China: Jun 2007–kini
Pakistan: Januari 2008–kini
Jumlah dibina Prototaip: 6
Pengeluaran: 14
Kos seunit AS$ 15 juta (anggr.) [2]

PAC JF-17 Thunder (Urdu: تھنڈر), juga dikenali sebagai Chengdu FC-1 Fierce Dragon (Tulisan Cina Ringkas 枭龙, Tulisan Cina Tradisional 梟龍, pinyin:Xiāo Lóng) [3] di China, merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, satu tempat duduk yang dibangunkan secara bersama oleh China dan Pakistan. Designasi "JF" dan "FC" masing-masing merujuk kepada "Joint Fighter" dan "Fighter China". Dua buah pesawat pertama telah diserahkan kepada Tentera Udara Pakistan pada 12 Mac 2007.[4] JF-17/FC-1 direka sebagai sebuah pesawat berkos rendah yang memenuhi keperluan taktikal dan strategik tentera udara di negara-negara membangun. Pada 22 Januari 2008, Pakistan telah memulakan siri pengeluaran pesawat di Kompleks Penerbangan Pakistan, Kamra.[5][6][7]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

JF-17 dikeluarkan oleh Perbadanan Industri Pesawat Chengdu (PIPC) dan Kompleks Penerbangan Pakistan (KPP). Kos projek ini dianggarkan AS$ 500 juta, dan dibahagikan sama rata di antara China dan Pakistan. Ia disokong oleh Perbadanan Import & Eksport Teknologi Penerbangan Kebangsaan China bagi pihak China. Nilai bagi setiap pesawat (kos terbang) dijangkakan AS$ 8-15 juta. Projek pembangunan awal JF-17 Thunder telah disiapkan dalam masa empat tahun.[8] Bagaimanapun, penambahbaikan ke atas projek yang dilakukan kemudian telah memakan masa yang lama. Pakistan mengumumkan ia akan membeli 150 buah pesawat, tetapi jumlah ini mungkin bertambah sehingga 300 buah. JF-17 akan mengantikan pesawat-pesawat Chengdu F-7, Nanchang A-5 (Q-5) dan Mirage III/V yang kini masih digunakan oleh Pakistan. Azerbaijan dan Zimbabwe juga telah membuat pesanan ke atas pesawat ini. Sembilan buah negara lain yang menunjukan minat untuk membeli JF-17 adalah Bangladesh, Burma (Myanmar), Mesir, Iran, Lebanon dan Malaysia[9], Maghribi, Nigeria, Sri Lanka dan Algeria telah menukar keputusan awal mereka dan memutuskan untuk membeli pesawat MiG-29UBS versi terkini.

Pada 1986, China telah menandatangani perjanjian dengan Grumman untuk menaik taraf pesawat J-7 yang dikenali sebagai "Saber II", bagi mengantikan projek naik taraf "Super 7" yang digugurkan. Program ini telah dibatalkan pada 1990, disebabkan hubungan yang semakin memburuk dengan Amerika Syarikat berikutan rusuhan Medan Tiananmen 1989. Bagaimanapun, PIPC masih meneruskan program ini dengan menyuntik sedikit dana dari sumber kewangan mereka sendiri.

Penglibatan Pakistan bermula setelah Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi ke atas Pakistan pada 1990.

Prototaip pertama dikeluarkan pada 31 Mei 2003, dan melakukan penerbangan sulung pada 25 Ogos 2003. Prototaip 03 pula membuat penerbangan sulung pada April 2004. Pada 28 April, 2006, prototaip 04 telah membuat penerbangan sulung dengan avionik yang beroperasi sepenuhnya.

Dua buah JF-17 Thunder melakukan lintas hormat semasa Perarakan Perkhidmatan Bersama Hari Kebangsaan di Islamabad pada 23 Mac 2007.

Berpandukan status kerja-kerja pembangunan, prototaip keempat pesawat JF-17 Thunder berjaya melakukan penerbangan operasi pertamanya pada 10 Mac 2006 di Chengdu, China.[10] Prototaip ke-4 pesawat tempur JF-17 Thunder dikonfigarasi sebagai sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan dan boleh membawa persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan peluru berpandu udara ke permukaan. Pesawat ini dilengkapi dengan sistem-sistem persenjataan dan elektronik termaju. Pakistan telah menerima penyerahan 2 buah pesawat pertama pada 23 Mac 2007, manakala Kompleks Penerbangan Pakistan di Kamra akan mula mengeluarkan pesawat JF-17 pada 2008. China secara rasminya telah mula mengeluarkan pesawat ini pada Jun 2007.

Prototaip ke-4 dikatakan telah direka dan dilengkapi dengan ciri Divertless Supersonic Intake; alat ini mengalih lapisan sempadan aliran udara bergelora jauh dari salur masuk enjin[11][12]

Semasa Pertunjukan Udara Zhuhai ke-6 yang berlangsung di China, Alat Unit Latihan yang seolah-olah menyerupai model awal pada JF-17 telah dipamerkan kepada umum, dan pengeluar pesawat bersama-sama pengeluar persenjataan udara lain telah menyediakan maklumat terperinci berkenaan projek ini:

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

JF-17 merupakan sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin turbofan tunggal dan dibina menggunakan bahan aloi aluminium. Sayapnya dipasang pada kedudukan pertengahan yang memiliki tenggekan bagi pemasangan pod-pod persenjataan, bahan api dan avionik. Salur masuk udara bagi enjin turbofan RD-93 terletak di bawah kokpit dan ia memiliki sirip dan kemudi konvensional.

Avionik[sunting | sunting sumber]

Perisian JF-17 mempunyai sejumlah lebih sejuta baris arahan, yang mengabungkan konsep senibina terbuka. Perisian JF-17 ditulis menggunakan perisian C++ bagi mengantikan perisian Ada. Alasan bagi menggunakan C++ adalah disebabkan kelaziman commercial off-the-shelf bagi menggunakan perisian awam yang banyak boleh didapati dengan lebih baik. Avionik pesawat prototaip JF-17 berdasarkan mikro-pemproses asal Motorola 88000, tetapi boleh ditukar kepada jenis-jenis lain dalam kelas yang sama. Prototaip keempat memiliki ciri-ciri avionik yang maju.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Azerbaijan Azerbaijan
Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan
  • Tentera Udara Pakistan - Satu-satunya pengguna JF-17 Thunder dengan 8 buah telah diserahkan, 150 buah telah dipesan dan sehingga 275 buah pesawat dijangka akan diperolehi.[15][16][17] Berdasarkan kepada Ketua Marshal Udara Tanvir Mahmood Ahmad dari Tentera Udara Pakistan, skuadron pertama JF-17 akan mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Pakistan pada suku pertama 2009.[18]
 Republik Rakyat China

Spesifikasi (JF-17 Thunder)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 dan 2
  • Muatan: 3,700 kg ()
  • Panjang: 14.0 m[19] (49 kaki)
  • Rentang sayap: 9.45 m[19] (31 kaki)
  • Tinggi: 4.77 m (15 kaki 8 in)
  • Sayap luas: 24.4 m²[19] (263 kaki²)
  • Berat kosong: 6,450 kg[19] (14,200 lb

maximum external payload= 3,700kg)

  • Berat berisi: 9,100 kg[20] (20,062 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 12,700 kg[20] (28,000 lb)
  • Loji kuasa: 1× RD-93 atau WS-13 turbofan
    • Tujahan kering: 51.2 kN (dengan enjin WS-13) (11,240 lbf)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 86.37 kN (dengan enjin WS-13) [1][2][20] (18,300 lbf)
  • Muatan bahan api:2,300 kg (5,130 lb) [21]

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Six more JF-17 Thunder fighter jets inducted into PAF, Daily Times (Pakistan), Saturday, March 15, 2008, diarkibkan daripada asal pada 2013-01-13 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan JF-17_Thunder.2C_PAC_Kamra tidak disediakan
  3. Nota: Beberapa juru analisis merujuk J-10 Vigorous Dragon (F-10 Vanguard) sebagai "Fierce Dragon".
  4. Anon. (12 March,2007) Two JF-17s Delivered to Pakistan. GEO News.
  5. JF-17 production commences - Jane's Air Forces News
  6. Urdu
  7. Sub-assembly of Thunder aircraft begins at Kamra -DAWN - Top Stories; January 23, 2008
  8. Anon. (2003) JF-17 Thunder/FC-1. Global Security.
  9. Iqbal, Anwar. (Feb, 2005) Malaysia looks to Pakistan as source of armaments. Pakistan Military Consortium.
  10. Anon. (11 May, 2006) 4th Prototype JF-17 Thunder aircraft successfully completed inaugural flight JF-17 Thunder. Pak Tribune.
  11. Anon. (12 May, 2006) JF-17 Thunder. Pakistan Defence - JF-17 Multirole Aircraft.
  12. Anon. (30 Dec, 2006) FC-1/JF-17 Multirole Fighter Aircraft. Sino Defence.
  13. Azeri Defence Spending Under Fire
  14. Azerbaijan’s military aviation opportunities
  15. http://www.sinodefence.com/special/arms-trade/export.asp
  16. https://archive.is/20121221081739/www.dailytimes.com.pk/default.asp?page=2008%5C11%5C29%5Cstory_29-11-2008_pg5_4
  17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Thenews tidak disediakan
  18. http://www.defenseindustrydaily.com/stuck-in-sichuan-pakistani-jf17-program-grounded-02984/
  19. 19.0 19.1 19.2 19.3 2008 Aviation Source Book, Aviation Week & Space Technology, January 28, 2008
  20. 20.0 20.1 20.2 Frawley, Gerald. "Chengdu FC-1", The International Directory of Military Aircraft, 2002/2003. Aerospace Publications, 2002. ISBN 1-875671-55-2.
  21. Pakistan Aeronautical Complex
  22. http://www.sinodefence.com/airforce/fighter/fc1_specs.asp
  23. http://www.sinodefence.com/airforce/fighter/fc1_specs.asp

Pautan luar[sunting | sunting sumber]