Jafri Malin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prof Dr Hj. Jafri Malin Abdullah
Jafri.Malin.jpg
Kelahiran 5 Disember 1962(1962-12-05)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Terkenal kerana Perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan experimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia.

Profesor Jafri Malin bin Abdullah adalah Pengarah atau "Founding Director" Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains,Universiti Sains Malaysia(P3Neuro) yang pertama di Asia Tenggara dan 'Founding Head" serta mantan Ketua Jabatan Neurosains, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Beliau juga merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan experimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia.[1] Beliau menjayakan program di peringkat Sarjana di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mendirikan satu-satunya program seperti ini di IPTA/IPTS iaitu Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Doktor Falsafah (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi). Dengan usaha-usaha ini, jumlah pakar bedah saraf di Malaysia telah meningkat dua kali ganda ke satu jumlah yang membanggakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan . Jumlah saintis neuro yang bertambah sebanyak satu kali ganda juga telah mula berkhidmat di universiti-universiti tempatan lain.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Profesor Jafri adalah anak sulong kepada Leftenan Jeneral Datuk Abdullah Samsudin dan Datin Norleni Mohd Salleh telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin atau lebih dikenali pada masa itu sebagai Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang daripada 1976 hingga 1977. Kemudian,beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra mulai 1978 hingga 1979. Setelah itu beliau dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Leederville Technical College,Perth di wilayah Western Australia pada tahun 1980 dan 1981 dan kemudianya mendaftar seketika sebagai Sarjana Muda BSc(Mikrobiologi) di University of Western Australia ,Perth.

Antara ijazah yang Profesor Jafri perolehi adalah Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1986. Lapan tahun selepas itu beliau memperolehi Diploma Kepakaran Pembedahan Neuro pada December 1994 daripada Universiti Ghent, Belgium. Seterusnya,ijazah Doktor Falsafah ( Sains Bioperubatan) Universiti Ghent, Belgium di bawah seliaan Prof Luc Calliauw dan Prof Jacques Caemaert, Universiti Ghent, Belgium diberikan kepadanya pada bulan March 1995.

Keahlian Felo yang dianugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001 Profesor Jafri telah menjadi Felo American College of Surgeons dan selang empat tahun kemudian pada tahun 2004 beliau menjadi salah seorang dari Felo Royal College of Surgeons, Edinburgh.Beliau juga menjadi Felo European Stroke Society pada tahun 2008.Setahun selepas itu beliau dilantik menjadi Felo Akademi Sains Malaysia.[2]

Fellowship penyelidikan yang telah diperolehinya ialah pada September 1994 hingga Disember 1994 iaitu Felo penyelidik Neurofisiologi , Jabatan Neurologi, Hospital Universiti Ghent, Belgium (di bawah selaian Prof Jacques De Reuk) dan pada Dis 1994 hingga Mei 1995 Felo Penyelidik Elekta (Elekta Fellowship award) ,Sweden dalam pengkhususan Stereotaktik, Functional,Movement Disorder dan Pain Neurosurgeri di Hospital Universiti Karolinska Stockholm, Sweden (dibawah seliaan Prof Bjorn Meyerson). Diteruskan lagi pada 1995 hingga 2009 latihan pengkhususan Neurovaskular,Neurointensif dan Neurosains di Jerman dan Amerika Syarikat.

Pengalaman profesional[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1999 beliau mendapat Anugerah Saintis Muda Negara Malaysia. Mulai tahun 2001-2009 beliau dilantik untuk menjadi Penyelaras program Sarjana Neurosurgeri, neurologi dan Sarjana/Phd Neurosains di Pusat Pengajian Sains Perubatan. Beliau juga menjadi Ketua Penyelidikan Kelompok ("Kluster") Sains Otak, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM pada tahun 2004 hingga 2010. Beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa, Rangkaian Program Neuro Sains, Pertubuhan Penyelidikan Otak Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya International Brain Research Organization(IBRO) pada 2007. Kejayaannya tidak berhenti di situ, apabila beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Jurnal Sains Perubatan,Malaysian Journal of Medical Sciences pada 2008. Pada tahun 2009 beliau di lantik sebagai Presiden Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM dan juga Presiden Society for Neuroscience, Amerika Syarikat (Malaysian Chapter) dalam tahun 2009.Beliau juga adalah Editor untuk Journal of Pediatric Neurology,Peer J dan menjadi ahli "editorial board" untuk 5 lagi jurnal antarabangsa.Beliau baru-baru ini dilantik sebagai Top Research Scientist Malaysia dalam bidang neurosains oleh Akademi Sains Malaysia pada tahun 2013.

Penerbitan dan ciptaan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan ciptaan yang telah dilakukan oleh Professor Jafri setakat 2014 adalah 145 buah manuskrip, 12 bab di dalam sebuah buku, 9 buah buku sebagai editor utama, pemenang hadiah emas dan gangsa di peringkat antarabangsa dalam pertandingan inovasi beberapa produk dan mempunyai 2 "paten tertangguh".

Petikan daripada Estidotmy ,Akademi Sains Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kata beliau ini dipetik daripada Estidotmy bulan Disember 2009 iaitu

Otak dan minda merupakan sumber kepada segala tingkah laku manusia dan bertanggungjawab untuk menjalankan proses berinteraksi didalam masyarakat majmuk Malaysia kita. Masyarakat menikmati apa juga di sekeliling mereka kerana adanya otak dan minda yang berebeza daripada satu orang ke orang yang lain.Ini melahirkan satu proses berinteraksi unik yang aktif dan dapat di lihat daripada segi sosial. Misalnya,bidang neurosains sosial ini merupakan satu bidang khas yang diselidiki kerana tatkala manusia berkumpul di satu tempat, menikmati keindahan tempat tersebut sambil berborak dan berinteraksi,satu proses gabungan dan interaksi otak dan minda diwujudkan daripada kalangan manusia yang berbeda agama,jantina dan latarbelakang.[3]

[4] Saintis negara -negara maju sudah bermula pada bulan September 2009 (www.dom2009.de) dengan gelombang era neurosains dan minda daripada 2010-2020 dan kita di Malaysia tidak harus ketinggalan.Apabila gelombang neurosains ini berakhir pada tahun 2020,masa itu baru Malaysia hendak mendirikan Institute dan sebagainya.Sepatutnya pusat penyelidikan di dirikan sekarang semasa gelombang ini bermula supaya Malaysia dapat bersaing dan tidak ketinggalan

Ada tiga perkara yang saling berinteraksi dan mempunyai perkaitan iaitu sains, agama dan masyarakat. Masyarakat menerima sains kerana bidang ini memenuhi keperluan dan kemahuan hidup mereka.

Namun perlu difahami, daripada segi hierarki, agama terletak di tempat teratas, tempat kedua, sains dan ketiga ialah seni.Jarak perbezaan sains dengan seni juga tidak jauh bukan beribu batu, keduanya mempunyai pertalian selari seperti lagu dan irama, jiwa dan raga,hati dan otak/minda.Tanpa sains mananya seni dan tanpa seni mananya sains.

Khidmat kepada masyarakat sains di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Belaiu mempunyai index H sebanyak 12 menggunakan nama MA Jafri,JM Abdullah,J Abdullah.Jafri Malin Abdullah,Jafri Abdullah,Malin J untuk penerbitannya.(www.scopus.com). Prof. Jafri Malin merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains di USM serta memperluaskannya. Beliau juga turut menjayakan program pengajian tinggi di USM iaitu program Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Phd (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi).

Beliau juga turut menyelia 41 orang pelajar Sarjana Surgeri (Neurosurgeri) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi), 27 orang pelajar Sarjana Sains (Neurosains) termasuk program Integrated Doctor of Neurosains(USM) dan empat pelajar Phd. Untuk memperluaskan bidang neurosains dan memperkenalkannya di serata dunia beliau telahpun dilantik oleh Neuroscience Programme Network IBRO, Paris untuk meningkatkan neurosains di negara-negara Asia Tenggara.

Beliau juga menjadi Presiden, Society For Neuroscience, USA Malaysia Chapter. Beliau juga banyak menjalankan kolabrasi dengan institusi-institusi dalam dan luar negara seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Putra Malaysia, Universiti Darul Iman Malaysia, University of Vienna (Austria), Max Planck Institute For Neuropsychiatry,European Neuroscience Institute di Germany, CIREN Cuba dan juga University of Ghent (Belgium). Tujuan kerjasama ini diwujudkan adalah untuk memperolehi teknologi baru daripada barat yang boleh disalurkan kepada staf dan pelajar di USM. Perkongsian teknologi terkini antara negara maju seperti Jerman, Belgium, Sweden, Austria dan Cuba diletakkan sebagai batu asas untuk menyediakan pendekatan penyelidikan yang intensif demi kemajuan negara.

Beliau juga turut aktif menjalankan penyelidikan dan menyebabkan jabatan ini adalah antara unit yang paling aktif dalam bidang penyelidikan di USM terutamanya penyelidikan “stroke” dan kanser otak. Pencapaian yang paling membanggakan antaranya ialah penciptaan peralatan endoskop yang canggih untuk kegunaan surgeri invasif, kajian genetik barah otak yang diiktiraf dengan penerbitan dalam jurnal-jurnal antarabangsa yang terkenal dan penghasilan biomaterial, iaitu Bovine Pericardium untuk Duraplasty.

Sejajar dengan halatuju USM iaitu ‘bertanda aras antarabangsa’ Jabatan ini bergiat aktif dalam bidang penyelidikan di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pencetusan idea bagi penubuhan "Brain Sciences Cluster" pada tahun 2004 dan seterusnya mulai 2009 menjadi salah seorang ahli "Brain Mind Nexus" pada 29hb Oktober 2009 yang diterajui oleh Prof Zalina Ismail.

Kewujudan P3Neuro yang menyediakan ‘jaringan’ persefahaman dan penyelidikan bersama yang menyeluruh di antara Kampus-Kampus Kejuruteraan, Induk, Kesihatan, dan Universiti lain di Malaysia untuk memastikan kajian neurosains dan kognitif dapat dikekalkan sekaligus menaikkan nama negara Malaysia serta memperkenal dan memartabatkan bidang Neurosains di persada antarabangsa.

Realiti penyelidikan sains Otak dan Minda Malaysia di peringkat antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mengikut apa yang ditunjukkan didalam buku Penyelidikan sains asas, gunaan dan klinikal neurosains: perjuangan yang belum berakhir oleh Jafri Malin Abdullah keluaran Penerbit USM 2006


Ilmu neurosains merangkumi ilmu tentang sel-sel otak yang secara bersendirian dan berkelompok berfungsi dan berinteraksi. Sel-sel otak ini juga berinteraksi dengan saraf tunjang yang terdiri daripada saraf spina medula dan cabang- cabangnya hinggalah ke saraf periferi. Pengetahuan dan penyelidikan neurosains ini masih berkurangan di Malaysia dan perlu dipertingkatkan. Malaysia menduduki tempat terakhir dalam rangkaian negara yang hampir maju selepas Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Afrika Selatan dan negara Amerika Selatan, dalam bidang neurosains. Hal ini disebabkan hanya sejumlah kecil sahaja saintis di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam bidang ini. Usaha Universiti Sains Malaysia (USM) untuk meningkatkan jumlah pakar neurosains dalam bidang asas gunaan dan klinikal sedang giat dijalankan. Ilmu psikologi dan minda terdiri daripada satu bahagian fungsi kognitif. Penggunaan minda untuk mendapat maklumat daripada fungsi persekitaran belum diselidiki dengan teliti khususnya dalam konteks pemikiran rakyat kita yang berbilang kaum. Ilmu baru tentang anatomi neuro (struktur sel) yang merangkumi protein, lemak dan karbohidrat (proteomik, genomik dan neurosains berkomputer) juga perlu dirisik untuk membongkar rahsia-rahsia baru. Fisiologi neuro (tindak balas sel melalui pelbagai cara seperti peralihan caj dan pergerakan kimia neuro) dan "jiwa" (psikologi) yang mengawal tindak balas terhadap stimulus-stimulus luaran dan dalaman masih belum dikaji dengan terperinci oleh saintis Malaysia. Penggunaan biodiversiti yang wujud di Malaysia sepatutnya disepadukan ke dalam penyelidikan neurosains di peringkat asas, gunaan dan klinikal kerana terdapat ubat untuk merawat penyakit-penyakit ini yang masih tersembunyi di dalam hutan, sungai dan lautan kita. Kumpulan Penyelidikan Neurosains USM melalui Brain Sciences Network telah meningkatkan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa. Kesannya mula terlihat dengan meningkatnya penerbitan tentang neurosains di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang neurosains semenjak dua tahun yang lepas.


Editor dan ahli lembaga editorial jurnal nasional dan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Editor, Malaysia Journal of Medical Sciences.
  • Associate Editor, Journal of Peadiatric Neurology,IOS,Holland
  • Editorial Board Member, Indian Journal of Medical Sciences
  • Editorial Board Member, Journal of Pediatric Infection Diseases, Turkey
  • Editorial Board Member, Evidence-Based Surgery
  • Editorial Board Member, IJBPS
  • Editorial Board Member, AGMCT
  • Editorial Board Member, Journal Clinical Neuroscience, Australia
  • Editorial Board Member, The Asia-Pacific Journal of Oncology and Hematology (APJOH)
  • Editorial Board Member, Asian Journal of Neurosurgery
  • The Board Membership, The Open Neurosurgery Journal
  • Peer Reviewer, African Journal of Pharmacy and Pharmacology

Ahli Persatuan dan Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

  • Association of Neurosciences Department and Programs (ANDF, USA)
  • Society for Neurosciences (SFN)
  • International Brain Research Organization
  • American Society for Gene Therapy
  • European Paediatric Neurology Society
  • European Stroke Council
  • American Academy of Neurology
  • International Headache Society
  • Movement Disorder Society
  • International Association for the Study of Pain
  • European Neurological Society
  • World Federation of Neurorehabilitation
  • Malaysian Neuroscience Society
  • Indian Neurological Society
  • Society of Neurosurgical Anesthesia & Critical Care
  • Stereotactic & Functional Neurosurgical Society
  • International Society of Paediatric Neurosurgery
  • American Association of Neurological Surgeons
  • Asian Society for Stereotactic, Functional & Computer Assisted Neurosurgery
  • Asian Congress Neurological Surgeons
  • World Stereotactic and Functional Neurological Society
  • World Federation of Neurosurgical Societies
  • Neurosurgical Association Malaysia
  • American Association of Electrodiagnostic Medicine
  • European Neurooncology Society
  • World Academy for Neurological Surgeons
  • International Society for Neurochemistry
  • Asian Association of Neurooncology
  • International Society for Neuroimmunology
  • International Clinical Neurophysiology Society
  • Infantile Seizure Society

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Hubungan luar[sunting | sunting sumber]