K.Y Mustafa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

K.Y Mustafa

PJN; SPDK (Sabah)
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Dalam jawatan
2020 – kini
RajaAl-Sultan Abdullah
Sultan Ibrahim Ismail
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Muhyiddin Yassin
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar Dato' Ibrahim
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Pengerusi Lembaga Pengarah (BoD), Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF)
Dalam jawatan
1 Ogos 2017 – 31 Oktober 2018
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Najib Tun Haji Razak
Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir bin Mohamad
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal
Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Sabah
Dalam jawatan
1 November 2018 – 31 Julai 2019
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal
Pesuruhjaya, Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Pendatang Asing Ke Sabah
Dalam jawatan
11 Ogos 2012 – 9 Februari 2013
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Najib Tun Haji Razak
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Pengerusi Lemabaga Pengarah, Universiti Malaysia Sabah (UMSLink) Link Holdings Sdn. Bhd.
Dalam jawatan
2008–2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Dalam jawatan
Mei 2000 – Julai 2008
RajaSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Sultan Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Tun Datuk Seri Panglima Abdullah Ahmad Badawi
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Dalam jawatan
Februari – April 2000
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Osu Sukam
Pengarah, Unit Sains Dan Teknologi, Jabatan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
1998 – Februari 2000
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Setiausaha Tetap, Kementerian Kerja Raya Sabah
Dalam jawatan
1996–1998
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Pengarah, Bahagian Kabinet Dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
17 Mac 1994 – 2 Januari 1996
GabenorTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Mohd Said Keruak
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriTuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai
YAB Datuk Seri Panglima Mohamed Salleh bin Tun Haji Mohamed Said
Pengurus Kanan (Pentadbiran), Gas Sabah Sdn. Bhd.
Dalam jawatan
1986–1992
Pengurus Sumber Manusia, Gas Sabah Sdn. Bhd.
Dalam jawatan
1984–1986
Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Dalam jawatan
1 Jun 1982 – 1984
Pegawai Eksekutif, Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
1974–1982
Butiran peribadi
LahirKee Mustafa bin Kee Yusof Abu Bakar
(1948-07-03) 3 Julai 1948 (umur 75)
Sandakan, Borneo Utara British
Pasangan1. Allahyarhamah Datin Dayang Jamaiah Pengiran Ali
2. Datin Cusna Yusoff (kini)

Datuk K.Y. Mustafa (lahir 3 Julai 1948) merupakan mantan penjawat awam kanan Sabah yang berasal dari Tawau (tetapi dilahirkan di Sandakan) yang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ketujuh dari tahun 2000 hingga 2008 dan beliau bergiat aktif dalam sektor korporat dan pendidikan.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

K.Y. Mustafa dilahirkan pada 3 Julai 1948 di Tanah Merah, Sandakan. Beliau merupakan anak kepada Kee Yusof Abu Bakar dan Halimah Jaafar, sepasang suami isteri yang berasal dari Tawau serta berketurunan Suluk.[1] Beliau merupakan salah seorang graduan Universiti Malaya dan memiliki sarjana muda seni antropologi dan sosiologi pada tahun 1974.

Kerjaya Penjawat Awam[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, beliau memulakan kerjayanya sebagai penjawat awam dengan menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1974 hingga 1982. Setelah 8 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, beliau kemudianya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah bermula pada 1 Jun 1982 hingga 1984.

Seterusnya, dari tahun 1984 hingga 1986, beliau telah dipinjamkan ke Sabah Gas Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan dilantik sebagai Pengurus Kanan (Pentadbiran) Sabah Gas Sdn. Bhd. dari tahun 1986 hingga 1992.

Pada tahun 1992, beliau dipindahkan kembali ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan berkhidmat di beberapa jabatan kerajaan negeri Sabah.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar Jabatan Ketua Menteri Sabah.[2]

Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah bermula dari tahun 1996 hinnga 1998. Kemudian, beliau diberi tanggungjawab untuk menjawat Jawatan sebagai Pengarah Unit Sains Dan Teknologi di Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1998 hingga Februari 2000.

Beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah yang paling singkat tempoh berkhidmat dalam sejarah negeri Sabah dari Februari hingga ke April 2000.[3]

Kemudian, beliau telah diberi tanggunjawab dan amanat untuk menggalas jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk tempoh lapan tahun dua bulan bermula dari awal bulan Mei 2000 sehingga 2 Julai 2008 (iaitu bersara wajib ketika berusia 60 tahun pada hari kelahirannya yang jatuh pada keesokan harinya iaitu 3 Julai).[4][5]

Pada tahun 2020 (iaitu 12 tahun selepas persaraanya dari perkhidmatan awam), K.Y Mustafa telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah.[6][7]

Ahli Pesuruhjaya Untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Ogos 2012, K.Y. Mustafa merupakan daripada 6 orang yang dilantik dan diperkenaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pesuruhjaya untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012.[8]

Namun pada 11 Februari 2013, siasatan berikut terpaksa dihentikan berikutan peristiwa Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013.[9]

Penglibatan Dalam Sektor Pendidikan[sunting | sunting sumber]

K.Y. Mustafa pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah bermula dari tahun 2000 hingga 2008. Setelah tujuh tahun berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah beliau kemudianya dilantik sebagai Pengerusi Universiti Malaysia Sabah Link Holdings bermula dari tahun 2008 (sejurus sahaja persaraan beliau pada tahun yang sama) sehingga tahun 2013.

Pada 1 Ogos 2017, K.Y. Mustafa telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah (BoD) Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) dan atas komitmen serta tanggungjawab beliau dalam sektor pendidikan pada 1 November 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.[10]

Namun pada 1 Ogos 2019, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.[11]

Kerjaya Korporat[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Lembaga Pengarah, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)[12]
  • Ahli Lembaga Pengarah, Suria Capital Holdings Sdn. Bhd.[13]
  • Ahli Lembaga Pengarah, Sabah Ports Sdn. Bhd.[14]
  • Ahli Jawatankuasa Audit, Berjaya Land Berhad[15]
  • Ahli Lembaga Pengarah, Malaysia Airlines Berhad (2000-2003)[16]
  • Ahli Lembaga Pengarah, Sawit Kinabalu (2000-2020)

Kegiatan Aktif Dalam Persatuan[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk SP Kee Kassim tokoh berjasa". www.abdnaddin.com.
  2. ^ "Mantan Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar Jabatan Ketua Menteri Sabah". bkd.Sabah.gov.my.
  3. ^ "our leadership , Kee Mustafa Biography". suriagroup.com.my.
  4. ^ "Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah". bkd.sabah.gov.my.
  5. ^ "KY Mustafa dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Baharu". www.pressreader.com.
  6. ^ "Direktori Pengurusan SPANS". espans.sabah.gov.my.
  7. ^ "639 jawatan kosong ditawarkan SPANS". sabahmedia.com.
  8. ^ "RCI on illegal immigrants". www.theborneopost.com.
  9. ^ "Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah". www.astroawani.com.
  10. ^ "Ex-State Secretary appointed UMS Board Chairman". www.dailyexpress.com.my.
  11. ^ "Datuk K Y Mustafa Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS". www.sabahpost.net.
  12. ^ "Board of Directors Petroliam Nasional Berhad". www.petronas.com.my.
  13. ^ "Board of Directors Suria Capital Holdings Berhad (SURIA)". suriagroup.com.my.
  14. ^ "Board of Directors Sabah Ports Sdn.Bhd". www.spsb.com.my.
  15. ^ "Board of Directors Berjaya Land". www.berjaya.com.
  16. ^ "MEMBERS OF THE BOARD KWSP". find-and-update.company-information.service.gov.uk.
  17. ^ "Mantan Penasihat Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Sabah (2000-2008)". puspanita.sabah.gov.my.
  18. ^ "KY Mustafa dahului senarai darjah kebesaran sempena hari jadi TYT". www.borneotoday.net.
  19. ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.