Kerdil biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kerdil biru ialah sebuah kelas bintang hipotesis yang berkembang daripada bintang kerdil merah yang hampir kehabisan bekalan bahan bakar hidrogennya. Oleh sebab bintang kerdil merah melakur hidrogennya dengan perlahan dan berolak sepenuhnya (keadaan yang membolehkan bintang kerdil ini melakur perkadaran besar bekalan tuntas hidrogennya), umur alam semesta tidak cukup tua bagi pembentukan kerdil biru. Kewujudan kerdil biru diramal berdasarkan model-model teori. [1]

Kekilauan bintang-bintang bertambah apabila mereka menjadi tua. Sesebuah bintang yang lebih berkilau perlu menyinarkan tenaga dengan lebih pantas agar dapat memelihara keadaan seimbang. Bintang-bintang yang lebih besar daripada kerdil merah melakukan ini dengan membesar dan menjadi gergasi merah yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar. Akan tetapi, kerdil merah yang jisimnya kurang daripada 0.25 jisim suria diramal akan meningkatkan kadar sinaran melalui penambahan suhu permukaan dan menjadi lebih "biru". Kebiruan ini disebabkan lapisan permukaan kerdil merah tidak menjadi lebih legap sejajar dengan peningkatan suhu. [1]

Kerdil biru berubah menjadi kerdil putih sebaik sahaja kehabisan bahan bakar hidrogen.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Adams, F. C.; P. Bodenheimer, G. Laughlin (2005). "M dwarfs: planet formation and long term evolution". Astronomische Nachrichten 326 (10): 913–919. Bibcode:2005AN....326..913A. doi:10.1002/asna.200510440. 

Templat:Star