Kuala Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Kedah merupakan sebuah kawasan parlimen di negeri Kedah Darul Aman, di utara Semenanjung Malaysia. Kuala Kedah terletak di bahagian muara Sungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari pusat bandar iaitu Alor Setar cuma 10 km sahaja.

Isi kandungan

Ekonomi [sunting]

Kuala Kedah merupakan kawasan perkampungan nelayan. Nelayan-nelayan menangkap ikan di perairan Selat Melaka dan di Laut Andaman. Bot-bot besar dipunyai oleh tauke-tauke Cina sementara awak-awak terdiri daripada orang tempatan.

Rangkian Perhubungan [sunting]

Dari zaman dahulu sehingga era enam puluhan jalan sungai dan jalan laut merupakan lebuh raya utama. Sebagai perhentian lebuh raya laut Kuala Kedah merupakan perhentian yang penting menghubungi Kuala Perlis,Kuala Sanglang,Kuala Jerlun , Tajung Dawai dan Pulau Pinang. Kuala Kedah juga satu pintu laluan masuk ke pendalaman melalui Sungai Kedah. Di era enam puluhan Kuala Kuala tersebut di hubungi dengan bot tambang dan bot kargo.

Dengan pembangunan pesat selepas meredeka jalan raya banyak di bina jadi laluan laut makin merosot kecuali bagi industri perikanan dan pelancongan.

Dengan terbangunya Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai di Zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri kepenting Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis meningkat semula. Dari kuala kedah pelacung juga boleh ka Pulau Payar sabuah pulau pelancung dan reserve perikanan.

Jeti Baru Kuala Kedah [sunting]

Ada sebuah jeti yang moden telah dibina oleh kerajaan pusat bagi memudahkan pelancong berkunjung ke pulau Langkawi yang indah itu. Jeti ini terletak di tepi muara sungai berlumpur dan tumbuhan utamanhya ialah paya bakau. Di hadapan jeti Kuala Kedah terdapatnya tapak bersejarah iaitu Kota Kuala Kedah . Selain itu terbina sebuah Marina Kuala Kedah yang sudah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan kerana terletak di kawasan yang cetek.

Pemandangan di kawasan jeti ini cukup menarik kerana banyaknya bot-bot nelayah yang berwarna-warni kelihatan pulang dari laut. Nelayan keletihan mengangkut hasil tangkapan.

Rumah nelayan yang berselerak di tepi-tepi laut dan sungai di Kuala Kedah telah dipindahkan ke kawasan perumahan Kota Warisan, Kerajaan negeri Kedah telah membina 700 buah rumah dua tingkat stail kampung . Baki yang tinggal hanya 56 buah keluarga yang belum pindah kerana masalah teknikal.


Galeri [sunting]

Rujukan [sunting]