Padang Terap
| Daerah Padang Terap | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Daerah |
| Asal nama | N/A |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Padang Terap |
| Keluasan | 1,357 |
Daerah Kedah Darul Aman |
|
| Daerah Padang Terap | |
| Pejabat daerah | Kuala Nerang |
|---|---|
| Pegawai daerah | N/A |
| Kawasan | |
| - Jumlah | 1,357 km² |
| Populasi | |
| - Anggaran 2010 | 82,692 |
| - Kepadatan | N/A/km² |
Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia.
Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.
Isi kandungan |
Asal Usul [sunting]
Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang.
Di Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan "Padang" seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat. Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.
Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini. Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.
Kawasan Penting [sunting]
Mukim [sunting]
- Mukim Batang Tunggang Kanan
- Mukim Batang Tunggang Kiri
- Mukim Belimbing Kanan
- Mukim Belimbing Kiri
- Mukim Kurong Hitam
- Mukim Padang Temak
- Mukim Padang Terap Kanan
- Mukim Padang Terap Kiri
- Mukim Pedu
- Mukim Tekai
- Mukim Tolak
- Bandar Kuala Nerang
- Pekan Naka
- Pekan Durian Burung
- Pekan Lubok Merbau
- Pekan Bukit Tembaga
- Pekan Padang Sanai
- Pekan Kampung Tanjung
Ekonomi [sunting]
Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.
Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang di keluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari landang ia jua memproses gula yang diimpot kerana keluaran landang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang.Lagi pun industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang di importt dari pasaran dunia agak murah berbading dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah memperbagai tanaman nya meliputi tanaman pisang dan nenas.[1]
Tarikan pelancongan [sunting]
Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din, Charok Batang Padi, Pangkalan Tok Mas, Puncak janing, Mini Muzium Padi dan Dusun Minda Resort. Satu lagi laluan masuk keluar ke Thailand sedang di bangunkan di Durian Burung.