Surah Al-Ikhlas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
  Sura 112 of the Qur'an  
سورة الإخلاص
Sūrah Al-Ikhlāṣ
Keikhlasan

Arabic text · Audio file  ·Translations


Sura112.pdf
Classification Makkiyah
Alternative titles (Sūrah Al-Tawḥīd) سورة التوحيد
Other names Kesatuan, Keesaan Tuhan, Agama Tulus, Perisytiharan Kesempurnaan [Allah]
Position Juz' 30
Structure 4 verses
Kotak ini: papar  bincang  sunting

Sūraṯ al-Ikhlāṣ (Bahasa Arab: سورة الإخلاص‎) (Yang Ikhlas), atau Sūraṯ al-Tawḥīd (Bahasa Arab: سورة التوحيد‎) (Monoteisme) adalah surah ke-112 dalam al-Quran. Ia merupakan penyataan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada 4 ayat. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "penulenan", yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak hadir atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Status surah ini diperdebatkan apakah ia sebuah surah Makkiyah atau Madaniyah. Yang pertama tampaknya lebih mungkin, terutama kerana ia seperti menyentuh secara tidak langsung hal Bilal, yang, ketika dia sedang diseksa oleh tuannya yang kejam, berulang kali mengatakan "Ahad, Ahad! "(Tunggal, merujuk kepada Allah). Hal ini dilaporkan dari Ubay ibn Ka'ab yang terungkap setelah kaum musyrikin bertanya "Wahai Muhammad! Beritahu kami garis keturunan Tuhanmu."

[sunting] Pengenalan dan ringkasan pada Surah Al-Ikhlas

Surah ini meringkaskan dalam empat ayat tentang keilahian dan keesaan Tuhan (Allah).

Surat Ikhlas dikenali sebagai Surah Pelindung.

[sunting] Tulisan, transliterasi & terjemahan bahasa Arab

Bahasa Arab:
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١
اللَّهُ الصَّمَدُ ٢
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤

Transliterasi:
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

  1. Qul huwa Allahu ahad
  2. Allahus-samad
  3. Lam yalid walam yulad
  4. Walam yakun lahu kufuwan ahad


Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

[Nota] Harus diingatkan bahawa al-Qur'an pada asalnya tidak bertulis, dan ayat/surah tidak pernah bernombor. Namun untuk keselesaan para penganut, nombor-nombor ini secara tradisionalnya dicetak. Begitu juga dengan kalimah Bismillah yang ditulis pada awal (hampir) setiap surah. Ia bukanlah sebahagian daripada surah al-Ikhlas, namun dicetak kerana telah diperintahkan dalam al-Quran untuk memulakan membaca / melafazkan al-Quran dengan nama Allah.

[sunting] Pautan luar


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Lahab
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Falaq
Surah 112
Alatan peribadi
Ruang nama
Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain