Lepus americanus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kelinci Kasut Salji
کلينچي کاسوت ثلجي
Rupa musim panas.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. americanus
Nama binomial
Lepus americanus
Erxleben, 1777
Taburan Lepus americanus
Rupa pada musim sejuk.

Lepus americanus ialah satu spesies arnab yang ditemui di Amerika Utara, dikenali dengan gelaran Kelinci Kasut Salji (Tulisan Jawi: کلينچي کاسوت ثلجي) dari (bahasa Inggeris: Snowshoe Hare) kerana kaki belakangnya yang besar dan jejak yang ditinggalkan oleh ekornya. Kaki haiwan ini menghalangnya daripada terjerumus dalam salji ketika melompat atau berjalan, di samping berbulu pada tapaknya supaya tidak terjejas oleh suhu yang terlalu sejuk.

Sebagai langkah penyamaran, bulunya bertukar warna putih pada musim sejuk dan warna perang karat pada musim panas; kecuali bahagian rusuknya yang putih sepanjang tahun. Lepus americanus juga dikenali dengan jambak berbulu hitam di sisi telinganya

Taksonomi dan taburan[sunting | sunting sumber]

Lepus americanus bertaburan dari timur Newfoundland hingga Alaska barat; selatan Sierra Nevada hingga California tengah; Banjaran Rocky hingga Utah selatan dan New Mexico utara; dan Pergunungan Appalachian Mountains hingga Carolina Utara dan Tennessee [2]. Taburan mengikut subspesies adalah seperti berikut:[3]

  • Lepus americanus americanus (Erxleben) – Ontario, Manitoba, Saskatchewan, Alberta, Montana, dan Dakota Utara
  • L. a. cascadensis (Nelson) – British Columbia dan Washington
  • L. a. columbiensis (Rhoads) – British Columbia, Alberta, dan Washington
  • L. a. dalli (Merriam) – Mackenzie District, British Columbia, Alaska, Wilayah Yukon
  • L. a. klamathensis (Merriam) – Oregon dan California
  • L. a. oregonus (Orr) – Oregon
  • L. a. pallidus (Cowan) – British Columbia
  • L. a. phaeonotus (J. A. Allen) – Ontario, Manitoba, Saskatchewan, Michigan, Wisconsin, dan Minnesota
  • L. a. pineus (Dalquest) – British Columbia, Idaho, dan Washington
  • L. a. seclusus (Baker dan Hankins) – Wyoming
  • L. a. struthopus (Bangs) – Newfoundland, Nova Scotia, New Brunswick, Prince Edward Island, Quebec, dan Maine
  • L. a. tahoensis (Orr) – California, Nevada barat
  • L. a. virginianus (Harlan) – Ontario, Quebec, Maine, New Hampshire, Vermont, Massachusetts, Pennsylvania, Ohio, dan Tennessee
  • L. a. washingtonii (Baird) – British Columbia, Washington, dan Oregon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:USDA

  1. ^ Murray, D. & Smith, A.T. (2008) Lepus americanus di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 Februari 2010.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan r9 tidak disediakan
  3. ^ Hall, E. Raymond. 1981. The mammals of North America. 2nd ed. Vol. 2. New York: John Wiley and Sons ISBN 1-930665-31-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Lepus americanus di Wikimedia Commons