Sylvilagus audubonii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arnab Ekor Kapas Gurun
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Famili: Leporidae
Genus: Sylvilagus
Spesies: S. audubonii
Nama binomial
Sylvilagus audubonii
(Baird, 1858)
Taburan Arnab Ekor Kapas Gurun

Arnab Ekor Kapas Gurun (Sylvilagus audubonii), juga dikenali sebagai Arnab Ekor Kapas Audubon, ialah sejenis arnab ekor kapas Dunia Baru yang menganggotai famili Leporidae.

Arnab Ekor Kapas Gurun ditemui di seluruh Amerika Syarikat barat, dari Montana timur hingga Texas barat, dan Mexico utara dan tengah. Taburannya menjangkau ke arah barat hingga Nevada tengah, California selatan dan Baja California.[1] Ia ditemui di kawasan aras tinggi sampai 2,000 meter. Walaupun dikaitkan dengan kawasan padang rumput yang kering seolah-olah gurun di kawasan barat daya Amerika, namun arnab ini juga ditemui di habitat yang kurang gersang seperti hutan pinyon-juniper.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Mexican Association for Conservation and Study of Lagomorphs (AMCELA), Romero Malpica, F.J. & Rangel Cordero, H. (2008) Sylvilagus audubonii di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 February 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]