Lepus castroviejoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelinci Castroviejo
196px
Lepus castroviejoi
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Famili: Leporidae
Genus: Lepus
Subgenus: Eulagos
Spesies: L. castroviejoi
Nama binomial
Lepus castroviejoi
Palacios, 1976

Kelinci Castroviejo (Lepus castroviejoi) ialah satu spesies kelinci yang endemik di Sepanyol utara. Taburannya terbatas dalam Pergunungan Cantabria (di antara Serra dos Ancares dan Sierra de Peña Labra) di Sepanyol utara. Rantau tersebut kira-kira 230 km (140 bt) dari timur ke barat, dan 25–40 km (16–25 bt) dari utara ke selatan. Arnab ini mendiami kawasan gunung setinggi hampir 2,000 m (6,600 ka), tetapi berpindah ke hilir pada musim sejuk untuk menghindari suhu dingin yang melampau dan salji. Habitatnya berbentuk kawasan semak rawa, terutamanya Erica, Calluna, dan Vaccinium, yang banyak dilitupi pokok renek Cytisus, Genista, dan Juniperus. Ia juga mendiami cerang hutam daun luruh campuran oak dan beech.

Lepus castroviejoi tumbuh hingga panjang tubuhnya 45–65 cm (18–26 in). Ekornya boleh tumbuh sepanjang 5–10 cm (2.0–3.9 in). Tungkai depannya boleh tumbuh hingga panjangnya 10–20 cm (3.9–7.9 in) manakala tungkai belakangnya boleh mencapai 20–30 cm (7.9–12 in) long. Telinganya boleh memanjang hingga 18–20 cm (7.1–7.9 in). Bulu Kelinci Castroviejo berwarna campuran perang, hitam dan sedikit putih di bahagian atas tubuhnya. Bahagian bawah tubuhnya pula putih semuanya. Pangkal ekornya hitam, tetapi bahagian bawah ekornya putih sepadan dengan badannya. Telinganya berwarna kelabu keperangan dan biasanya berhujung hitam.

Arnab ini hanya diperikan sebagai spesies yang berbeza pada tahun 1976; sebelum ini, ia belum dibezakan dengan Kelinci Eropah. Tidak banyak yang diketahui mengenai tabiat pemakanan, pembiakan atau perilaku Lepus castroviejoi, tetapi dipercayai serupa dengan Kelinci Eropah.

Interaksi dengan manusia dan kesannya[sunting | sunting sumber]

Kelinci Castroviejo disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN sebagai spesies rentan. Ancaman utama yang tersenarai dalam statusnya ialah kegiatan memburu. Pemburuan arnab ini amat berleluasa di kawasan habitatnya, lebih-lebih lagi pada musim sejuk apabila kelinci ini berpecah-belah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lagomorph Specialist Group (1996). Lepus castroviejoi. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2006-05-11. Listed as Vulnerable (VU B2c+3c, C2b v2.3)