Lepus timidus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelinci Gunung
Arnab Gunung berbulu musim panas
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Famili: Leporidae
Genus: Lepus
Spesies: L. timidus
Nama binomial
Lepus timidus
Linnaeus, 1758
Taburan Lepus timidus
(hijau - asli, merah - pendatang)

Kelinci Gunung (Lepus timidus) ialah sejenis arnab liar yang amat tersuai dengan habitat kutub dan pergunungan. Ia bertaburan dari rantau Fennoscandia hingga Siberia timur; selain itu terdapat populasi yang terpencil di Alps, Ireland, Poland, United Kingdom dan Hokkaidō. Ia juga dibawa masuk ke Shetland dan Kepulauan Faroe. Kelinci Gunung mencapai kepanjangan 46–65 sentimeters (18–26 in) dan jisim 2–4 kilograms (4.4–8.8 lb); yang betina lebih berat sedikit berbanding yang jantan[2].

Kelinci Gunung berbulu musim sejuk

Pada musim panas, hampir semua populasi Kelinci Gunung bertukar warna bulunya menjadi keperangan. Ketika bersedia untuk musim sejuk, kebanyakan populasi bersalin bulu menjadi putih. Ekornya kekal putih sepanjang tahun, maka di sinilah bezanya Arnab Gunung dengan Kelinci Perang yang ekornya hitam pada sisi atasnya[2]. Subspesies Lepus timidus hibernicus (Kelinci Gunung Ireland) kekal berwarna perang sepanjang tahun dan jarang tumbuh bulu putih; selain itu, ekornya juga berwarna gelap atau kelabu pada luarannya, padahal populasi yang lain pula kekal putih pada bahagian berkenaan. Warna ekor ini bersama saiznya yang besar (berbanding populasi arnab yang lain) serta rona keperangan yang diperlihatkan oleh kelinci Ireland ini boleh menyebabkan ia disalah sangka sebagai Arnab Perang (Lepus europaeus).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lagomorph Specialist Group (1996). Lepus timidus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 28 Januari 2010.
  2. 2.0 2.1 "Mountain Hare". ARKive. Diperoleh pada 28 Januari 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]