Arnab Gunung Berapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arnab Gunung Berapi
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Famili: Leporidae
Genus: Romerolagus
Merriam, 1896
Spesies: R. diazi
Nama binomial
Romerolagus diazi
(Ferrari-Pérez, 1893)

Arnab Gunung Berapi, juga dikenali sebagai teporingo atau zacatuche (Romerolagus diazi) ialah sejenis arnab kecil yang hidup di pergunungan Mexico. Ia merupakan spesies arnab kedua terkecil di dunia, mengekori Arnab Kerdil. Arnab ini mempunyai telinga kecil yang kebulatan, kaki yang pendek, dan bulu yang pendek dan nipis. Arnab Gunung Berapi tinggal secara berkelompok dua hingga lima ekor dalam sarang bawah tanah. Berbeza dengan kebanyakan spesies arnab (tetapi serupa dengan pika), Arnab Gunung Berapi tidak berdebap-debap atas tanah, sebaliknya mengeluarkan bunyi yang nyaring untuk memberikan amaran bahaya kepada arnab yang lain. Ia merupakan haiwan nokturnal yang cukup aktif mulai waktu senja hingga subuh. Berat Arnab Gunung Berapi sekitar 390–600 g (14–21 oz). Tepat pada tahun 1969, terdapat 1000 hingga 1200 ekor yang hidup secara liar.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Arnab Gunung Berapi tinggal di Mexico, terutamanya di lereng-lereng gunung berapi Iztaccíhuatl, Pelado, Popocatepetl, dan Tlaloc. Arnab Gunung Berapi sering dijumpai pada aras tinggi 2,800 m hingga 4,250 m, di hutan pokok pain dengan semak [[rumput rumpun yang tebal dan rupa bumi berbatu-batan yang bergelar paksi neovolkanik melintang.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Arnab Gunung Berapi memakan daun hijau rumput zacaton, daun muda hebra berduri dan kulit pokok alder. Pada musim tengkujuh, ia juga memakan oat dan jagung tanaman.

Ancaman dan pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Arnab Gunung Berapi paling teruk diancam oleh kemusnahan habitat dan kegiatan memburu.[1]

Kumpulan Pakar Lagomorfa IUCN/SSC telah merangkakan pelan tindakan untuk arnab ini, yang bertumpukan perlunya mengawal pembakaran dan peragutan berlebihan habitan zacaton serta menguatkuasa undang-undang yang melarang penangkapan, penjualan dan pemburuan. Selain itu, pemulihan habitat serta penentuan koridor zacaton untuk menghubungkan kawasan habitan utama adalah diperlukan. Koloni pembiakan dalam kurungan wujud di Jersey Zoo, UK dan Zoo Chapultepec, Bandar Mexico.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Lagomorph Specialist Group (1996). Romerolagus diazi. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2006-05-05. Listed as Endangered (EN A1abc+2bc, B1+2bcd+3abc, C1+2a v2.3)
  • McCollum, Austin. "Volcano Rabbit." Endangered Species of the World. April 13, 2006: 50-51.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]