Sylvilagus robustus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arnab Ekor Kapas Pergunungan Davis
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Famili: Leporidae
Genus: Sylvilagus
Spesies: S. robustus
Nama binomial
Sylvilagus robustus
(Bailey[disambiguation needed], 1905)
Taburan Arnab Ekor Kapas Pergunungan Davis

Arnab Ekor Kapas Pergunungan Davis (Sylvilagus robustus) merupakan satu spesies arnab ekor kapas yang endemik di empat banjaran gunung di rantau barat daya Amerika Syarikat dan kawasan Mexico yang bersebelahan. Selama ini, ia pernah dikira sebagai subspesies Arnab Ekor Kapas Timur (S. floridanus), tetapi baru-baru ini telah dinaikkan ke taraf spesies setelah menjalani analisa morfologi.[2] S. robustus dibezakan daripada subspesies-subspesies S. floridanus terutamanya kerana perbezaan saiz, kegigian dan kraniumnya. Arnab ini biasanya mencapai purata kepanjangan tubuh 42 cm, dan beratnya antara 1.3 dan 1.8 kg.[3] Taburan spesies ini terhad kepada kawasan pergunungan yang kering dan bersemak di atas paras 1500 meter.[3] Sungguhpun jarang ditemui, namun spesies ini tidak menerima apa-apa perlindungan atau penyenaraian agensi kerajaan buat masa ini.[1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Dahulunya, spesies ini dikenali sebagai endemik di empat banjaran gunung. Di negeri Texas, ia dikenali dari banjaran-banjaran Guadalupe, Davis dan Chisos. Di New Mexico, ia dikenali dari Pergunungan Guadalupe. Di negeri Coahuila, Mexico, arnab ini dikenali dari Sierra de la Madera. Arnab ini dipercayai sudah pupus dari banjaran Chisos dan Guadalupe.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Ruedas, L. & Smith, A.T. (2009) Sylvilagus robustus Dalam: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Versi 2009.1. www.iucnredlist.org Diterima pada 2009-08-20. Database entry includes a brief justification of why this species is endangered
  2. Systematics of Sylvilagus Gray, 1867 (Lagomorpha: Leporidae) from Southwestern North America. Luis A. Ruedas. Journal of Mammalogy, Vol. 79, No. 4 (November 1998), pp. 1355-1378.
  3. 3.0 3.1 The mammals of Texas: 2nd edition By David J. Schmidly, William B. Davis. 2004. pp. 466-467. University of Texas Press.