4 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
| MMXII | ||||||
4 November merupakan hari ke-308 (hari ke-309 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 57 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Bendera di Panama
- Hari Perpaduan di Rusia.
[sunting] Peristiwa
- 1791 - Perang Indian Barat Laut: Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.
- 1852 - Count Cavour (gambar) menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.
- 1869 - Nature, salah satu jurnal sains umum yang tertua dan bereputasi, diterbitkan buat pertama kali.
- 1918 - Revolusi Jerman bermula apabila empat puluh ribu kelasi merampas pelabuhan Kiel.
- 1918 - Perang Dunia Pertama: Austria-Hungary menyerah kepada Itali.
- 1979 - Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.
- 1995 - Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (gambar) dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.
- 2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
- 2009 - Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||