Lukut
Pekan Lukut terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia dipercayai dibuka oleh Raja Busu yang berketurunan raja dari Selangor yang memulakan aktiviti perlombongan bijih timah. Mengikut jalan lama dari Seremban ke Port Dickson, anda akan temui pekan Lukut di pertengahan jalan. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Sebelum ini, Lukut dan Sungai Ujong mempunyai konotasi yang sama. Ia ada kaitan dengan Datuk Kelana Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Lukut akhirnya menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting. Sungai Lukut dan Sungai Ujong merupakan lombong bijih timah yang utama .
Lukut pernah melahirkan tokoh besar seperti Raja Busu, Raja Jaafar, Raja Jumaat dan Raja Bot.
Lukut juga pernah terkenal kerana ladang ternakan babi yang luas dan merebaknya virus Nipah di Bukit Pelanduk.
Di Lukut juga terdapat sebuat kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.
Kampung [sunting]
- Kampung Batu 6 Lukut
- Kampung Bukit Palong Lukut
- Kampung Seri Parit
- Kampung Melayu Seri Parit Dalam
Taman Perumahan [sunting]
- Taman Bandar Baru Lukut Jaya
- Taman Perdana Bukit Palong
- Taman Seri Aman
- Taman Tun Sambathan
- Taman Jaya Lukut
- Rumah Rakyat Pekan Lukut
- Taman Indah Jaya
- Taman Aman