Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan adalah sebuah program majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun hijrah di Malaysia. Pemenangnya akan mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadan tahun 1379 Hijrah. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran seterusnya melahirkan generasi qurani. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung di dalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Senarai johan[sunting | sunting sumber]

Qari[sunting | sunting sumber]

(1960) : En Abdul Hamid Desa (Kedah)
(1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau @ Mad Pergau (Kelantan)
(1962) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1963) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1964) : Tuan Haji Mohd Amin Hj Shamsuddin (Kedah)
(1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1966) : En Abd Majid Awang (Kelantan)
(1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1969) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1970) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1971) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1972) : En. Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1973) : En. Affandi Haji Siraj (Johor)
(1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1976) : Tuan Haji Mokhtar Haji Ahmad (Kelantan)
(1977) : En. Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1978) : En. Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1979) : Tuan Haji Shafie Kati (Selangor)
(1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1981) : Tuan Haji Mohamad Hasri (Wilayah Persekutan)
(1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1983) : En. Ismawi Haji Duet (Sarawak)
(1984) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1985) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1986) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1987) : Tuan Haji Shafie Kati @ Haji Sulaiman (Selangor)
(1988) : En. Salleh Saidi (Johor)
(1989) : En. Mohammad Haji Yusoff (Kelantan)
(1990) : Tuan Haji Daud Che Man (Terengganu)
(1991) : Tuan Haji Mohammad Haji Yusoff (Kelantan)
(1992) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1993) : En. Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Tuan Haji Mohammad Awang Teh (Terengganu)
(1996) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1998) : Tuan Haji Salleh Saidi (Johor)
(1999) : En. Che Yahaya Daud (Kelantan)
(2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2001) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak)
(2002) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak)
(2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Pahang)
(2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2005) : En. Pisol Yusob (Perlis)
(2006) : Tuan Haji Shafie Lebai Hanafiah (Pahang)
(2007) : Tuan Haji Aziz Mustakim (Johor)
(2008) : En. Shamsul Ariffin Supian (Perak)
(2009) : En. Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan (Sarawak)
(2010) : En. Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Wilayah Persekutuan)
(2011) : En. Amirahman Abas (Negeri Sembilan)
(2012) : En. Muhammad Anuar Ghazali (Kelantan)
(2013) : En. Anuar Hasin (Perak)[1]

Qariah[sunting | sunting sumber]

(1960) : Cik Saodah Che Pi @ Hanafi (Perlis)
(1961) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1962) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1963) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1964) : Cik Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1966) : Cik Siti Noor Ismail (Kelantan) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1969) : Puan Hajjah Jamaliah Ahmad (Kedah) [Video[1]]
(1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1975) : Puan Hajjah Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1979) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1980) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1982) : Cik Munirah Kassim (Kelantan)
(1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Terengganu)
(1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1986) : Puan Hajjah Embab @ Siah Mat Amin (Terengganu)
(1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1988) : Puan Pasiah Hashim (Selangor)
(1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1993) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1996) : Puan Hasinah Abdullah (Johor)
(1997) : Puan Hajjah Siti Aminah Awang (Pulau Pinang)
(1998) : Puan Hajjah Sepiah Mohamad (Terengganu)
(1999) : Puan Maznah Awang (Terengganu)
(2000) : Puan Amnah Ayup (Sarawak)
(2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Selangor)
(2002) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(2003) : Puan Hajjah Hanisah Abdullah (Johor)
(2004) : Puan Hajjah Hanisah Abdullah (Johor)
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Selangor
(2006) : Puan Maslina Sinaga Abdul Rahman (Selangor)
(2007) : Puan Hajjah Amnah Ayup (Sarawak)
(2008) : Cik Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (Perak)
(2009) : Cik Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (Perak)
(2010) : Puan Nor Azrah Ayub (Johor)
(2011) : Puan Hajjah Suraya Abu Hassan (Johor)
(2012) : Puan Hajjah Che' Minah Che' Awang (Wilayah Persekutuan)
(2013) : Puan Hanimzah Hj. Jalaludin (Pahang)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]