Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak.jpg

Maktab Rendah Sains MARA Kem Terendak (singkatan: MRSM Terendak) terletak di Kem Terendak, Melaka. Ia merupakan salah satu MRSM yang terdapat di Melaka selain Maktab Rendah Sains Mara Jasin. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1983. Ketika itu, hanya terdapat dua blok asrama, yang dikenali sebagai Blok A (lelaki) dan Blok B (perempuan). Hampir 150 pelajar melaporkan diri pada 23 Julai 1983. Pengetua pertamanya ialah En. Asrokin Sanuji.

Ia ditubuhkan hasil daripada rundingan yang dilakukan di antara pihak MARA dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam kerjasama ini, MARA mengurus semua aspek berkaitan akademik dan kakitangan, sementara Kementerian Pertahanan Malaysia membantu dalam tugas penyediaan petempatan dan urusan penyelenggaraan.

Pada 2008, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak penubuhannya di MRSM Terendak dan MITC Melaka.

Novel remaja bersiri Nydia Terendak dan Bintang : Episod Pengenalan dan Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior yang diterbitkan oleh PTS One mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak yang juga dikenali ramai sebagai MRSM Terendak ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]