MasterCard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MasterCard
ماستركارد
Jenis Syarikat awam
Didagangkan sebagai NYSE: MA
S&P 500
Industri Kewangan
Ditubuhkan 16 Disember 1966 (47 tahun) (sebagai Master Charge The Interbank Card)
16 Disember 1979 (34 tahun) (sebagai MasterCard)
Ibu pejabat MasterCard International Global Headquarters
Purchase, New York
, Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Perancang utama Richard N. Haythornthwaite
(Ketua)
Ajaypal Singh Banga (Pengarah Utama & CEO)
Produk Kad pembayaran (kad kredit, kad debit, kad prabayar), Sistem pembayaran
Hasil US$ 7.391 billion (2012)[1]
Pendapatan operasi US$ 3.937 billion (2012)[1]
Pendapatan bersih US$ 2.759 billion (2012)[1]
Jumlah aset US$ 12.462 billion (2012)[1]
Jumlah ekuiti US$ 6.917 billion (2012)[1]
Pekerja 6,700 (2011)[1]
Induk Syarikat perbankan di California
Interbank Card Association
Laman web www.mastercard.com

MasterCard (tulisan Jawi : ماستركارد, NYSE: MA) ialah sebuah perkhidmatan kad kredit antarabangsa sejak 1966 (sebagai "Master Charge The Interbank Card"). MasterCard pertama kali dilancarkan di Purchase, New York, Amerika Syarikat pada tarikh 16 Disember 1966 sebagai Master Charge The Interbank Card, dan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 16 Disember 1979 sebagai MasterCard. Ibu pejabatnya berada di Purchase, New York, Amerika Syarikat dan O'Fallon, Missouri, Amerika Syarikat sebagai MasterCard International Global Headquarters (Ibu Pejabat Antarbangsa MasterCard). MasterCard dikeluarkan oleh lebih 25,000 syarikat perbankan di mana-mana negara di seluruh dunia.

Maksud pelancaran MasterCard (ketika itu sebagai "Master Charge The Interbank Card") di California ialah untuk berlumba dengan BankAmericard yang dikeluarkan oleh Bank of America, yang seterusnya mengeluarkan kad kredit VISA yang dikeluarkan pada tarikh 1 Julai 1970. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Mengenai MasterCard[sunting | sunting sumber]

Logo Master Charge The Interbank Card pada 16 Disember 1966 sehingga 15 Disember 1979
Logo Master Charge The Interbank Card pada 16 Disember 1966 sehingga 15 Disember 1979
Logo kedua MasterCard pada 16 Disember 1989 sehingga 15 Disember 1994
Logo kedua MasterCard pada 16 Disember 1989 sehingga 15 Disember 1994
Logo rasmi MasterCard yang dilancarkan pada tarikh 16 Disember 1994 sehingga kini
Logo rasmi MasterCard yang dilancarkan pada tarikh 16 Disember 1994 sehingga kini
Logo syarikat induk MasterCard dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2006, walaupun logo rasmi ini tidak nampak pada setiap-tiap kad kredit MasterCard.
Logo syarikat induk MasterCard dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2006, walaupun logo rasmi ini tidak nampak pada setiap-tiap kad kredit MasterCard.

Maklumat : Laman diterjemahkan bebas daripada Wikipedia Bahasa Inggeris.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Pelancaran[sunting | sunting sumber]

Beberapa syarikat perbankan yang melancarkan MasterCard ialah : Wells Fargo Bank, United California Bank (kini First Interstate Bank ketika diambilalih oleh Wells Fargo Bank), Wells Fargo Bank, Crocker National Bank (juga diambilalih oleh Wells Fargo Bank), dan Bank Of California (kini Union Bank Of California). Pada tarikh 1 Disember 1966, beberapa syarikat perbankan dijemput oleh Interbank Card Association (ICA) untuk menganjurkan mesyuarat untuk membuat kad kredit baharu untuk berlumba dengan BankAmericard yang pertama popular di dunia. Oleh kerana itu, keputusan mesyuarat itu dikekalkan, iaitu : "melancarkan kad kredit baharu".

Selepas lebih dua ahad bermesyuarat, akhirnya nama untuk kad kredit baharu diberikan, iaitu : "Master Charge The Interbank Card". Maka, dengan nama baharu itu, pada tarikh 16 Disember 1966, "Master Charge The Interbank Card" dilancarkan. Keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan California dengan ICA, Marine Midland Bank (kini Hongkong Bank USA). Pertumbuhan "Master Charge The Interbank Card" pertama berlaku pada 1969 apabila First National City Bank (kini Citibank) pula melancarkan The Everything Card. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Pada tahun 1968, Master Charge The Interbank Card dan Eurocard menandatangani kerjasama untuk mengenali jenama Master Charge The Interbank Card di wilayah Eropah. Pada tahun 1972, Master Charge The Interbank Card menandatangani kerjasama dengan Access daripada Inggeris untuk lebih mengenali jenama Master Charge The Interbank Card.

Penjenamaan semula menjadi "MasterCard"[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 16 Disember 1979, jenama Master Charge The Interbank Card dijenamakan semula menjadi "MasterCard" supaya lebih dikenali. Pada dekad 1990-an, MasterCard mengambilalih kad kredit Access daripada Inggeris. Selepas itu, pada 2000, Eurocard pula diambilalih oleh MasterCard. Sejak ketika itu, penguasaan MasterCard semakin besar untuk menjadi syarikat kad kredit gergasi di dunia.

Kemudian, pada tarikh 16 Disember 2006, bersempena dengan sambutan majlis 40 tahun MasterCard, syarikat induk MasterCard melancarkan logo baharu iaitu mempunyai rekabentuk rajah venn, sekalipun tak nampak pada kad kredit yang diterbitkan oleh MasterCard. Bersempena dengan pelancaran logo baru syarikat induk MasterCard, MasterCard mengekalkan cogankata yang sehingga ketika ini merupakan identiti MasterCard, iaitu "The Heart Of Commerce".

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Semenjak 1982, MasterCard menaja perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA sehingga 2006. MasterCard merupakan kad kredit rasmi Universal Studios Singapura dan Resorts World Sentosa. MasterCard pula menaja 1Malaysia Mega Sale untuk meraikan sambutan hari kebangsaan. Dalam lumba kereta, MasterCard menaja pasukan Benson & Hedges Jordan Grand Prix.

Jenama dan rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk dua bulatan[sunting | sunting sumber]

Logo MasterCard mempunyai rekabentuk dua bulatan, diikuti pula oleh anak syarikatnya, Maestro dan Cirrus.

Pelekat hologram[sunting | sunting sumber]

Pelekat hologram MasterCard mempunyai rekabentuk dua bulatan bumi, iaitu Benua Amerika di bahagian kiri dan Benua Afrika, Eropah, Asia, dan Australia di bahagian belakang.

Senarai Produk MasterCard[sunting | sunting sumber]

Kad kredit[sunting | sunting sumber]

MasterCard ialah salah sebuah syarikat kad kredit gergasi di dunia, yang telah menerbitkan kad kredit sejak 1966. Kad kredit ini untuk kali pertama dilancarkan dengan jenama "Master Charge The Interbank Card" yang merupakan keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan di California, tempat warisan kad kredit dilancarkan.

Kad debit[sunting | sunting sumber]

MasterCard pula menerbitkan tiga jenis kad debit iaitu Debit MasterCard, MasterCard Electronic, Maestro (kad debit). Kad debit ini ialah kad debit yang diterima di rangkaian ATM yang mempunyai logo MasterCard/Maestro/Cirrus dan kedai-kedai yang mempunyai logo MasterCard/Maestro di seluruh dunia.

Kad prabayar (PayPass)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: MasterCard Paypass

MasterCard melancarkan kad prabayar iaitu "PayPass" untuk berlumba dengan Visa PayWave daripada VISA. Fungsinya sama semacam kad prabayar MEPS Cash dan Touch 'n Go tetapi diterima di seluruh dunia.

Senarai bank pengeluar MasterCard di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi MasterCard