Melayu Cape

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Afrika Selatan Melayu Cape
Jumlah penduduk
200,000
Kawasan ramai penduduk
Cape Barat, Gauteng
Bahasa

Bahasa Afrikaans, Bahasa Inggeris

Agama

Islam

Masyarakat Melayu Cape ialah sebuah kumpulan etnik atau masyarakat di Afrika Selatan. Ia mengambil namanya dari Cape Barat (Tanjung Barat) di Afrika Selatan dan orangnya berasal dari Asia Tenggara Kelautan; kebanyakannya orang Jawa dari (kini) Indonesia dan sebahagiannya orang Melayu dari Melaka Belanda. Ahli-ahli masyarakat adalah hamba kepulauan Nusantara yang dihantar ke Afrika oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.[1] Mereka disusuli pembangkang politik dan pemimpin keagamaan Islam yang membantah kehadiran Belanda di kepulauan Indonesia dan dibuang negeri. Bermula pada tahun 1654, para penentang ini dipenjara atau dibuang negara ke Afrika Selatan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda, yang menemu dan menggunakan apa yang kini Cape Town sebagai stesen bekalan semula untuk kapal-kapal yang mengembara di antara Eropah dan Asia. Ahli mayarakat Melayu Cape adalah kumpulan pertama yang memperkenalkan Islam di Afrika Selatan.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Identiti Melayu Cape dapat dianggap produk suatu set sejarah dan masyarakat selain suatu takrifan sebagai sebuah kumpulan etnik. Oleh sebab ramai orang Melayu Cape lebih menekankan keislaman mereka daripada asal-usul "Melayu" mereka, dalam satu keadaan mereka diperikan sebagai "Melayu Cape", dan dalam keadaan lain mereka dikenali sebagai orang "Muslim Cape" oleh orang di dalam dan di luar masyarakat tersebut.

Semenjak tahun 1970-an sehingga ke hari ini, sesetengah ahli masyarakat ini – khususnya mereka yang mempunyai perhubungan dan kesetiaan pada gerakan pembebasan lebih luas di Afrika Selatan – telah ditakrif sebagai "hitam" dari segi Gerakan Kesedaran Orang Hitam. Pengenalan "Melayu Cape" telah juga menjadi suatu subkategori daripada kategori Coloured (orang kulit berwarna, berbanding kulit putih), dalam istilah klasifikasi kerajaan zaman aparteid perkauman. Seperti ramai penduduk Afrika Selatan, orang yang digelar dalam sesetengah keadaan sebagai "Melayu Cape" sering berketurunan daripada orang yang datang dari banyak benua dan agama.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Koir Melayu di District Six (Daerah Enam)
Pertandingan Koir Melayu

Pengasas masyarakat inilah yang mula-mula membawa Islam ke Afrika Selatan. Budaya dan tradisi masyarakat ini juga meninggalkan kesan yang dapat dirasai hingga ke hari ini. Penyesuaian makanan tradisional seperti bredie, bobotie, sosatie dan koeksister sering dijumpai di dalam banyak rumah kediaman Afrika Selatan. Masyarakat Muslim di Cape Town besar dan bertenaga, dan sudah berkembang lebih daripada para orang buangan yang membina masjid-masjid pertama di Afrika Selatan.

Ahli masyarakat Melayu Cape lazimnya bertutur dalam bahasa Afrikaans dan juga bahas Inggeris, ataupun dialek kedua-dua bahasa tersebut. Mereka tidak lagi bertutur dalam bahasa nenek moyang mereka, yakni bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain, akan tetapi beberapa perkataan dan frasa bahasa Melayu masih kekal dalam bahasa harian.

Kumpulan budaya ini telah menimbulkan muzik "Melayu Cape" yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Satu jenis lagu rakyat sekular, yang berasal-usul Belanda, disebut nederlandslied. Bahasa dan gaya muzik genre ini mencerminkan sejarah keabdian di Afrika Selatan; ia sering diperi dan dirasa sebagai "sedih" dan penuh "emosi" dalam kandungan dan konteksnya. Persembahan-persembahan nederlandslied menunjukkan pengaruh gaya nyanyian Arabesque(kearaban). Gaya ini unik pada Afrika Selatan dan mungkin di dunia.[petikan diperlukan]

Muzik Melayu Cape menarik minat para ahli akademik, sejarawan, ahli muzikologi, penulis, malah ahli politik juga. Pesta tahunan Cape Town Minstrel atau pesta jalanan Karnival ialah sebuah acara budaya yang berakar umbi budaya Melayu Cape. Ia memuatkan lagu jenaka atau moppie (sering kali dipanggil lagu-lagu ghoema) Melayu Cape. Gendang berbentuk tahang ataupun tong yang dipanggil "ghoema" berkait rapat dengan muzik Melayu Cape.

Penduduk dan lokasi[sunting | sunting sumber]

Dianggarkan terdapat 166,000 orang di Cape Town yang boleh dikatakan Melayu Cape, dan lebih kuranga 10,000 di Johannesburg. Daerah Melayu yang menawan hati di bandar Cape Town terletak di Signal Hill (Bukit Semboyan), dan digelar Bo-Kaap.

Ramai orang Melayu Cape Many juga tinggal di District Six (Daerah Enam) sebelum ia diruntuhkan; selepas kemusnahannya mereka berpindah ke apa yang digelar bandar-bandar Berwarna di kawasan Cape Flats. Masjid Claremont Road, yang sering dikunjungi orang Muslim Cape, merupakan sebuah pusat penting pergerakan anti-aparteid. Sarjana Islam. Farid Esack datang dari masyarakat ini.

Perhubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perhubungan antara orang Malaysia dan Afrika Selatan pulih apabila Afrika Selatan menyertai masyarakat antarabangsa semula selepas penghapusan sistem aparteid. Kemasukan semula Afrika Selatan dialu-alukan oleh kerajaan Malaysia dan juga beberapa kerajaan Asia Tenggara lain. Pertubuhan bukan kerajaan, seperti Gapena juga menjalinkan perhubungan dengan masyarakat diaspora Melayu Cape.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Theal, George McCall (1894). South Africa (dalam bahasa Sout). New York: G.P. Putman's Sons. ms. 35. Diperoleh pada 2009-12-12. 
  2. Gapena and the Cape Malays: Initiating Connections, Constructing Images Penerbit UKM

Pautan luar[sunting | sunting sumber]