Mentor Milenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mentor Milenia adalah merupakan sebuah rancangan realiti televisyen nyanyian terbitan TV3. Setiap musim, empat atau lima Mentor akan memilih Protege masing-masing untuk merebut hadiah juara program tersebut. Siri rancangan ini diadaptasi daripada siri program asal Mentor sebelum ini. Format baharu siri ini juga mulai diperkenalkan pada tahun 2016 sehingga sekarang. Namun pada tahun 2018 siri ini tidak diadakan kerana memberi laluan kepada siri Mentor Otai dan Mentor 7 dimana kedua-dua program ini disiarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 2020, program ini juga tidak diadakan demi keselamatan kerana saat ini Malaysia sedang dilanda virus Covid-19.

Mentor Milenia
FormatNyanyian
Muzik
Realiti
PengacaraIssey Fazlisham (2016-2017)
Marsha Milan (2016-2017)
Shuk Sahar (2019)
Elly Mazlein (2019)
JuriDato' Hattan (2017)
Datuk Syafinaz (2019)
Altimet (2019)
Lagu pembukaan"Tunjuk Ajarku Sifu" nyanyian Mentor Milenia
PenggubahCat Farish
Ajai
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim3
Bilangan episod29
Penerbitan
LokasiPelbagai
Tempoh siaran2 jam
Syarikat penerbitan
Media Primework Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal3 Januari 2016 – 15 Disember 2019
Kronologi
MengikutiMentor Milenia 2016
Diikuti olehMentor Milenia 2017

Format Rancangan[sunting | sunting sumber]

Undian[sunting | sunting sumber]

Setiap musim empat atau lima Mentor akan memilih Protege melalui ujibakat yang dijalankan. Format pemarkahan protege pula 50% dari juri tetap dan juri jemputan, 30% dari undian penonton di laman sesawang Mentor Milenia 2019 dan 20% dari juri awam di studio.

Ujibakat dan pemilihan[sunting | sunting sumber]

Musim pertama dan kedua setiap lokasi ujibakat akan diasingkan mengikut giliran Mentor dimana setiap Mentor akan memilih tiga peserta akhir untuk dipilih kelak dalam program realiti ini. Setelah memilih peserta pilihan mereka, maka setiap Mentor perlu memilih dua orang sahaja daripada tiga peserta untuk meneruskan perjuangan ke konsert Battle mingguan Mentor Milenia. Namun pada musim ketiga, sesi ujibakat tidak lagi diasingkan mengikut Mentor, sebaliknya Mentor hanya boleh mula memilih peserta pilihan mereka ketika konsert penentuan yang berlangsung selama dua minggu. Setelah selesai memilih dua peserta akhir masing-masing, kemudian mereka akan mula bertanding pada Pusingan Battle secara mingguan bagi menentukan juara mingguan dan juara keseluruhan musim kali ini.

Senarai Musim[sunting | sunting sumber]

Protege[sunting | sunting sumber]

Mentor Milenia 2016[sunting | sunting sumber]

Protege Asal Mentor
Muhd. Afeeq Farhan bin Zulkifli (Han) Kedah Akim
Nur Saheeba binti Raja Ifikhar Ahmed Khan (Ebba) Kuala Lumpur
Muhd. Fareezuan Hazwan bin Mohd. Fauzi (Fareez) Selangor Hazama
Nurul Amira binti Mat Nasir (Mya) Pahang
Nurul Syazwanie binti Mohd Basir (Wanie) Selangor Black
Rossaidi bin Abdul Rani (Qody) Kedah
Sharifah Nurilmuhayati binti Syed Hussain (Nuri) Kuala Lumpur Azlan
Nur Izzati binti Mohd Rashid (Zetty) Pulau Pinang


Mentor Milenia 2017[sunting | sunting sumber]

Protege Asal Mentor
Noor Jannah Abu Hanipah (Jannah) Selangor Akim
Angelica Paujin (Elica) Sabah
Muhd. Saiful Naim bin Muhd. Noor (Usop) Kedah Hazama
Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis) Terengganu
Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) Kelantan Black
Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) Selangor
Mohamad Rozaimi bin Rosli (Along) Kedah Tomok
Nur Qhalysa Shazreen binti Zainuddin (Qalisa) Sabah


Mentor Milenia 2019[sunting | sunting sumber]

Protege Asal Mentor
Sarifah Noor Hasmah binti Syed Hassim (Sharee Lopes) Sabah Akim
Nazrul Fhad Sulaiman bin Fahmi (Ryan Que) Selangor
Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin
(Apex Tajudin)
Terengganu Hazama
Ameerul Solihin Ariffin bin Malek
(Arayn Malek)
Johor
Muhd. Asyraff bin Mohd. Zamani (Bulan) Selangor Black
Muhd. Aidil bin Kamarulzaman
(Aedy Kama)
Kuala Lumpur
Abdul Amir Ariff bin Abdul Manaf
(Remy Manaf)
Selangor Stacy
Erika Rianty Anthony (Rika Riana) Sabah
Muhd. Firdaus bin Abdul Rafi
(Daus Husny)
Johor Ernie Zakri
Mohd. Yazrul bin Abdul Latip
(Yazrul Arrep)
Sarawak

Mentor[sunting | sunting sumber]

Juri[sunting | sunting sumber]

Penaja[sunting | sunting sumber]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Tahun Musim Juara/Protege Mentor
2016 1 Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi (Fareez Fauzi)
 Selangor
Hazama
2017 2 Angelica Paujin
(Elica)
 Sabah
Akim
2019 3 Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajuddin
(Apex Tajudin)
 Terengganu
Hazama

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Juara

  • Fareez - "Ku Ingin Kau Tahu" (2016)
  • Elica - "Bila Nanti" (2017)
  • Apex - "Panggung" (2019)

Alumni

  • Qody - "Dia" (2018)
  • Usop - "Aku Yang Bersalah" (2018)
  • Rika Riana - "Mengapa" (2020)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pada musim pertama siri format baharu ini, keempat-empat mentor akan menilai dan memberikan komen mereka terhadap persembahan para peserta. Ini kerana belum ada juri professional yang dilantik ketika itu. Bermula pada musim kedua (2017) panel juri professional telah dilantik dan Dato' Hattan merupakan juri tetap pertama yang dilantik didalam program ini.
  • Hazama mencipta sejarah dalam program ini apabila dua kali dinobatkan sebagai juara iaitu pada musim pertama (2016) dan musim ketiga (2019).
  • Akim juga mencipta sejarah apabila kedua-dua protegenya selama dua musim (2016 & 2019) gagal mara ke peringkat akhir. Elica merupakan satu-satunya protegenya yang bertahan dan berjaya mara ke peringkat akhir sekaligus menjuarai musim kedua (2017).
  • Stacy juga hampir mengalami igauan ngeri apabila beliau nyaris kehilangan protege tunggalnya yang masih bertahan ketika itu, Rika Riana yang hampir tersingkir pada konsert suku akhir. Namun Rika terselamat apabila tiada penyingkiran dilakukan pada minggu tersebut.
  • Pengarah muzik bagi program ini, Faizal Uzir atau Lok U telah meninggal dunia pada 22 Januari 2020 akibat mengalami sesak nafas di kediamannya selepas pulang daripada bersenam.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Netizen mula mengecam dan mempersoalkan sistem undian online yang digunakan oleh pihak Mentor Milenia 2019. Ini kerana netizen tidak berpuas hati dan mengecam tindakan Aizat Amdan yang ketika itu lebih memilih dua orang bakal protegenya yang mendapat undian terendah berbanding Faris yang mendapat undian online tertinggi ketika konsert penentuan pertama berlangsung.
  • Pemilihan penyanyi rap Altimet sebagai salah seorang juri tetap Mentor Milenia 2019 turut dipersoalkan netizen kerana mereka beranggapan bahawa penyanyi rap tersebut tidak layak menjadi juri disebabkan beliau hanyalah seorang penyanyi rap.

Rujukan[sunting | sunting sumber]