Miss Universe Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miss Universe Malaysia
Kerangka
Cogan kataBeauty Beyond You
Jenis/bentuk sahPertandingan kecantikan
Keanggotaan Miss Universe
Bahasa rasmi
Tapak webweb rasmi mumo.my
Sejarah
Dibentuk1963
Pengurusan
Pengarah KebangsaanElaine Daly
Organisasi indukMiss Universe Malaysia Organization (MUMO)
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiMiss Malaysia Universe
Lokasi
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Miss Universe Malaysia merupakan salah satu pertandingan kecantikan terbesar di Malaysia yang menghantar pemenangnya ke pertandingan Miss Universe.

Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 oleh mendiang Encik Liu Chang Lan dan pemenang asal Miss Malaysia Universe ialah YBhg. Che Puan Sri Kelana D'Raja Kelantan Almarhumah Datin Nik Azizah Nik Yahya dari Kelantan walaupun Malaya telah menghantar peserta pertama ke Miss Universe iaitu Sarah Alhabshee Abdullah pada tahun 1962. Pertandingan ini juga merupakan salah satu pertandingan ratu cantik tertua di Malaysia.

Pemenang Miss Universe Malaysia akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe. Apabila pemenang tidak layak (atas sebab umur atau faktor lain) maka seorang naib juara akan dihantar.

Miss Universe Malaysia 2020 ialah Francisca James berasal dari Sarawak[1] yang dinobatkan pada 5 September 2020 di Petaling Jaya, Selangor. Fakta menarik, beliau merupakan satu-satunya peserta yang mewakili Sarawak di dalam pertandingan berprestij itu pada edisi 2020. Francisca akan mewakili Malaysia di Miss Universe 2020.

Miss Universe Malaysia 2022 ialah Lesly Cheam.Dia mewakili Malaysia di Miss Universe 2022

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Motto Miss Universe Malaysia ialah "Beauty Beyond You" dan Datin Elaine Daly merupakan pengarah kebangsaan Miss Universe Malaysia sejak tahun 2016 menggantikan bekas pengarah, Carey Ng yang meletak jawatan 2 hari selepas Kiran Jassal memenangi pertandingan yang berprestij ini.

Pertandingan ini akan dihadiri oleh peserta dari pelbagai tempat dari 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Selangor selalunya diwakili oleh lebih daripada satu peserta), untuk mencukupkan jumlah peserta 18 hingga 20 orang.

Pada tahun 1963 hingga 1986, setiap negeri di Malaysia telah mengadakan pertandingan dalam negeri untuk memilih perwakilan mereka bagi mewakilkan negeri mereka di pertandingan Miss Universe Malaysia. Pemenang negeri akan menyandang gelaran "Miss (Negeri) Universe" untuk satu tahun. Pertandingan dalam dalam negeri dihentikan sejak 1990-an hingga sekarang (2020).

Negeri yang paling berjaya adalah Sarawak, yang mempunyai jumlah wakil paling berjaya memasuki pusingan 10 teratas dan naib juara terbanyak termasuk lapan pemenang. Negeri-negeri lain yang berjaya termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Perak. Antara negeri yang kurang berjaya adalah Perlis, berjaya mara ke 10 teratas hanya beberapa kali dalam pertandingan; Kelantan, tidak mendapat tempat sejak tahun 1980-an; dan Kedah, yang telah memperoleh satu-satunya kemenangan pada tahun 1983. Negeri-negeri yang belum (memenangi) gelaran adalah Labuan dan Perlis. Walaupun Perlis telah memenangi pertandingan Miss Malaya pada tahun 1957 tetapi ia masih tidak dianggap sebagai pertandingan rasmi Miss Universe Malaysia.

Keperluan[sunting | sunting sumber]

Keperluan untuk peserta pilihan Miss Universe Malaysia:

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 27 tahun.
  • Bujang atau sudah berkahwin, dan bukan beragama Islam(berkemungkinan peraturan ini akan dirombak semula pada masa hadapan dengan mengikut syarat-syarat serta ketetapan majlis agama di peringkat persekutuan mahupun negeri)
  • Ketinggian minimun 165cm.
  • Mempunyai pengetahuan umum dan berfikiran luas tentang pelancongan dan budaya di Malaysia.
  • Rupa yang menarik, cantik, pintar dan mempunyai keperibadian unggul.
  • Boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.

Pemenang Miss Universe Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kunci Warna[sunting | sunting sumber]

  •      Diisytihar sebagai Pemenang
  •      Berakhir sebagai Naib Juara
  •      Berakhir sebagai salah seorang Finalis atau Semifinalis
Tahun Miss Universe Malaysia Diwakili Tempat Pertandingan Kedudukan di Miss Universe
2015 Vanessa Tevi Kumares Negeri Sembilan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
2016 Kiranmeet Kaur Jassal Selangor Seri Kembangan, Selangor
2018 Jane Jun Teoh Pulau Pinang Kuala Lumpur
2019 Shwetajeet Kaur Sekhon Kuala Lumpur Kuala Lumpur
2020 Francisca Luhong James Sarawak Damansara, Selangor
2022 Lesly Cheam Pulau Pinang Kuala Lumpur

Nota: Ini ialah nama pemenang Miss Universe Malaysia selepas organisasi itu telah dirombak pada tahun 2010.[2]

Penyandang gelaran[sunting | sunting sumber]

Tahun Miss Universe Malaysia Tempat Kedua Tempat Ketiga Tempat Keempat Tempat Kelima
2020 Francisca James Charissa Chong Serene Chai Neha Verma
2019 Shweta Sekhon Frost Yaw Tessmin Kaur Su Lee
2018 Jane Teoh Alexis Sue Ann Liliana Fernandez Jasebel Robert
2017 Samantha James Dana Low Olle Kunasagaran Laura Simon
2016 Kiran Jassal Dhivya Suppiah Lina Soong Swarna Naidu Nisha Sema
2015 Vanessa Tevi Pauline Tan Kelly Jagan Sugeeta Chandran
2014 Sabrina Beneett Lalitha Monisha Kausalya Ida Lyn Lim Karina Grewal
2013 Carey Ng Natalia Ng May Salitah Kiob Symren Kaur
2012 Kimberley Leggett Gabriella Robinson Boon Lu Xanne Juanita Ramayah
2010 Nadine Thomas Mourhrna Reddy Vera Hui
2009 Joannabelle Ng Cassandra Patrick Claudia Sibert
2008 Levy Li Jean Thor Valerie Chan
2007 Adelaine Chin Nai Hsing Sue Ann Cheng
2006 Melissa Ann Tan Rehka Athmalingam Daphne Chan
2005 Angela Gan Chloe Chan Charmaine Poo
2004 Andrea Fonseka Pushpa Robless Estelle Looi
2003 Elaine Daly Andrea Ho Rane Tey A. Thanusia Jacqueline How
2002 Karen Ang Christina Chelliah
1989 Carmen Cheah Christine Tan Evrill June Bernaddine Ooi Jean Chia
1988 Linda Chee Amy Quek Jennifer Chong
1979 Irene Wong Debbie Oh Saharah Abu Bakar Janet Poon Annie Chin
1978 Yasmin Yusoff Nancie Foo Leona Anne Pinto Ngafimah Osir Risia Ali Omar
1977 Leong Li Ping Noraini Abdul Yusuf Rosnah Jakata Alice Yoke Audrey Chin
1975 Alice Cheong Sabrina Husseini Janet Yee
1973 Margaret Loo Evelyn Thum Marleng Shawn Hamiza Abu Bakar Rosalina Ahmad
1971 Yvette Batterman Zuraidah Ismail Fatimah Mahmood Philomena Brohier Shailene Khor
1969 Sabrina Loo Rosemary Wan Sandra Van Geyzel
1965 Patricia Augustus Alice Woon Clara De Run Nancy Blassan Anom Binte Kamal
1964 Angela Filmer Juriah Binte Basir Margaret Choo Hafsa Hamdan Susan Jane Wright

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.utusansarawak.com.my/?p=14949
  2. ^ "www.missuniversemalaysia.com". www.missuniversemalaysia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-21. Dicapai pada 2016-10-06.