Pergi ke kandungan

Mohd Fadzullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Fadzullah bin Abdul Razak (28 tahun) ditangkap polis PDRM pada 15 Julai 2010 di rumahnya diKeramat, Kuala Lumpur sekembali dari Thailand .Dia ditahan di bawah ISA dan boleh disambung-sambung penahanan sehingga 6 bulan di lokasi rahsia. Keluarganya terkejut dan tidak mempercayai penglibatan anak mereka.

Dia merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor jurusan kejuruteraan pada 2005.Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa supaya tahanan dibicarakan di mahkamah supaya dapat membela diri.[1] Cik Nalini Elumalai selaku Setiausaha GMI dan koordinator Suaram kecewa dengan kerajaan yang mahu mengkaji ISA tapi pada masa yang sama menangkap dan menggunakan ISA.

Dia terpengaruh dengan ideologi Salafiah Jihadiah lalu menubuhkan kumpulan Tandzin Al-Qaeda Asia Tenggara pada 2008 dan berjaya merekrut lima penuntut UTM Skudai menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI). Dua penuntut UTM yang berjaya direkrutkannya, berjaya ditangkap di Thailand pada 2007 dihukum penjara 28 tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam aktiviti keganasan di Thailand.

Mohd. Fadzullah dan anggota-anggotanya menjadikan Osama bin Laden dan al-Qaeda sebagai idola mereka.Mereka menubuhkan sel-sel kecil, beroperasi secara berasingan dan tidak mempunyai struktur organisasi dan tiada hubungan dengan kepimpinan induk al-Qaeda.Organisasi sebegini menyukarkan pihak polis untuk mengesan aktiviti dan perancangan anggota sel ini. Datuk Mohamadf Fuzi Harun selaku Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman menyatakan bahawa PDRM menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memberantas kegiatan mereka.[2]

Beberapa lulusan UTM yang berjaya direkrut akan dihantar untuk Perang Jihad. 10 orang berjaya ditahan pada Januari 2010 dan 9 daripadanya adalah rakyat asing. Pelajar asing dari Nigeria,Syria,Jordan dan Yemen ditugaskan untuk meletupkan tokong di Pulau Pinang dan Selangor.[3] Salah seorang yang berjaya direkrut berumur 17 tahun.[4] Ibu bapa mereka bekerja sebagai profesor, doktor, pegawai kedutaan, pegawai polis dan pensyarah.

Fadzullah ada kaitan dengan guru ugama rakyat Syria,Aiman Al-Dakkak (50 tahun) yang ditangkap di Sungai Chincin,Gombak pada 21 Januari 2010. Guru agama rakyat Malaysia Azzahari Murad (39 tahun) juga berjaya ditangkap dan merupakan bendahari kumpulan. Mereka mendapat latihan di Afghanistan pada 1990-an dan menjadi ahli kumpulan Lashkar-e-Toiba yang berpengkalan di Pakistan.Dia bertemu dengan Aiman Al-Dakkak ketika belajar di Abu Bakar Islamic University di Karachi, Pakistan..Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishammuddin Hussein menyatakan PDRM bekerjasama dengan Interpol, Aseanapol dan FBI.[5]