Munafik (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Munafik
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehACP Datuk Dr. Yusof Haslam
Dibintangi
Sinematografi
  • Rahimi Maidin (1-3)
Disunting oleh
  • Syamsul Yusof (1-3)
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 : 25 Februari 2016
  • 2 : 30 Ogos 2018
  • 3 : 2023
Masa tayangan
197 minit (12)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 4.03 juta
Pecah panggungRM 65.04 juta

Munafik ialah siri filem seram Malaysia yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof dengan Dato Yusof Haslam berkhidmat sebagai penerbit.[1] Siri ini terdiri daripada tiga trilogi: Munafik (2016),[2] Munafik 2 (2018)[3] dan Munafik 3 (2023)[4] yang kini dalam pembangunan. Filem pertama merupakan satu kejayaan komersial, meraih kutipan RM17.04 juta.[5] Manakala filem kedua menjadi kejayaan dari segi kewangan, sekaligus menjadikannya sebagai filem Malaysia terlaris bagi tahun 2018.[6]

Filem[sunting | sunting sumber]

Munafik (2016)[sunting | sunting sumber]

Ustaz Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung. Adam seakan-akan tidak boleh menerima qada & qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya, Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung, mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius). Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa apa-apa makna apabila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria rentetan kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan dan penampakan jin/syaitan.[7]

Munafik 2 (2018)[sunting | sunting sumber]

Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, lautan kehidupan Ustaz Adam (Syamsul Yusof) kembali tenang selepas dihantu oleh kematian isteri dan anaknya. Dia mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Ujian yang menimpa sebelum ini telah mengajarnya untuk lebih tawadhu pada Ilahi. Namun apa yang mengelirukan, Adam sentiasa dihantui dengan imbasan-imbasan silam tentang kematian Maria. Adam juga sering didatangi seorang wanita misteri yang mempersoalkan tentang keimanan dan takdir Tuhan. Dalam masa yang sama, di seberang kampung tinggal seorang wanita bernama Sakinah (Maya Karin) dan anak perempuannya, Aina.[8]

Munafik 3 (2023)[sunting | sunting sumber]

Filem ketiga telah diumumkan secara rasmi pada 4 September 2018. Syamsul dilaporkan ingin menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[9][10] Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[11] Beliau kemudian mengesahkan bahawa Munafik 3 akan menjalani penggambaran pada 2019.[12]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Filem
Munafik
(2016)
Munafik 2
(2018)
Munafik 3
(2023)
Ustaz Adam Syamsul Yusof
Ustaz Azman Dato Fizz Fairuz
Rahim Dato Rahim Razali
Maria Nabila Huda
Zulaikha Zarina Zainoordin
Fazli Pekin Ibrahim
Zati Sabrina Ali
Imam Ali A. Galak
Abu Jar Nasir Bilal Khan
Sakinah Maya Karin
Azhar Mawi
Umar Fauzi Nawawi
Catatan : Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru[sunting | sunting sumber]

Kru Filem
Munafik
(2016)
Munafik 2
(2018)
Munafik 3
(2023)
Pengarah Syamsul Yusof
Penerbit ACP Datuk Dr. Yusof Haslam
Penulis Syamsul Yusof
Sinematografi Rahimi Maidin
Penyunting Syamsul Yusof
Syarikat penerbitan Skop Productions Sdn Bhd
Tarikh keluaran 25 Februari 2016 30 Ogos 2018 21 September 2023
Tempoh masa 98 minit 104 minit Akan Datang

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet Rujukan
Munafik 25 Februari 2016 RM 17.04 juta RM 1.5 juta [13]
Munafik 2 30 Ogos 2018 RM 48 juta RM 2.8 juta [14]
Jumlah RM 65.04 juta RM 4.03 juta [15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Othman, Kemalia (13 Mac 2015). "Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  2. ^ Norhidayyu Zainal (4 Ogos 2017). "Syamsul Yusof syukur Munafik diiktiraf". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  3. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  4. ^ "Kafe Ahad: Nantikan Munafik 3 - Syamsul Yusof". Harian Metro. 4 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  5. ^ Muhamad Fairoz Azizan dan Farhana Ab Rahman (22 Mac 2016). "Filem Munafik kutip RM17 juta dalam 26 hari". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  6. ^ Norhafiza Musa (16 September 2018). "Munafik 2 terus pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 Mac 2016). "Syamsul Yusof Angkat 'Munafik' Lebih Daripada Karya Seram". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-14. Dicapai pada 14 Mac 2016.
  8. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  9. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Ogos 2018). "Lakar sejarah, Syamsul rancang sambungan Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2018.
  10. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2018.
  11. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 4 September 2018.
  12. ^ Melanie Chalil (4 September 2018). "Syamsul Yusof confirms Munafik 3 filming to start 2019". The Malay Mail. Dicapai pada 12 September 2018.
  13. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2016". Finas.
  14. ^ Kemalia Othman (16 September 2018). "'Munafik 2' atasi 'HKL', pecah rekod RM40 juta". mSTAR Online. Dicapai pada 16 September 2018.
  15. ^ Hanisah Selamat (30 September 2018). "Munafik 2 cemerlang di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 1 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]