Nasimuddin Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
Nasimuddin Amin.jpg
Lahir: 1955
Kuala Pilah, Negeri Sembilan,
 Malaysia
Meninggal dunia: 2 Mei 2008
Los Angeles, California,
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Pekerjaan: CEO Naza Group
Pasangan: Puan Sri Zaleha Ismail
Anak-anak: 5

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Nasimuddin yang lahir pada tahun 1955 ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.

Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang prudent and simple man who saved every sen he received from his parents since his school days, and from what he earned helping his father in his construction business and later from his job as a clerk. [1]

Alam perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada kos sebanyak RM80,000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. [1]

Kontroversi permit import[sunting | sunting sumber]

Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8,500 setiap satu.[perlu rujukan] Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Akhirnya, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Dr. Mahathir berkata Nasimuddin mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Dia membuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuat demikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr. Mahathir kepada Bernama.[2]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan).[4] Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara dengan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid. [5]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.

Nasimuddin turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.

Nasimuddin dilaporkan berminat untuk membeli 40% kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia merestuinya agar membeli kepentingan kawal syarikat tersebut.[6] Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.

Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 (Inggeris) Ritikos, Jane (2007-02-03). "Prudent path to success". The Star. Diperoleh pada 2008-05-02. 
  2. "Nasimuddin Contoh Kejayaan DEB, Kata Mahathir". Bernama. 2008-05-02. Diperoleh pada 2008-05-03. 
  3. "Naza boss honoured". The Star. 2007-01-07. Diperoleh pada 2008-05-04. 
  4. Salmy Hashim (2 Mei 2008, 11:05pg). "Pengasas Kumpulan Naza Meninggal Dunia Di Los Angeles". Bernama. Diperoleh pada 2008-02-05. 
  5. "Jenazah Tan Sri S.M Nasimuddin Selamat Dikebumikan". Bernama. 2008-05-04. Diperoleh pada 2008-05-05. 
  6. (Inggeris) Nathan, D. M., dan Barrock, J. (2007-01-20). "A plan for Proton". The Star. Diperoleh pada 2008-05-03. 
  7. "Nasimuddin Bawa Naza Ke Tahap Tertinggi". Bernama. 2 Mei 2008. Diperoleh pada 2008-05-03. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]