Need for Speed: Carbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Need for Speed: Carbon
Gambar kulit
Pembangun EA Black Box
EA UK (PS3, Windows dan Mac OS X)
Penerbit Electronic Arts
Siri Need for Speed
Versi 1.4 (2007-06-08)[1]
Pelantar Windows, Mac OS X, PlayStation 3, Xbox 360, Wii, PS2, XB, GCN, PSP, GBA, NDS, Telefon bimbit
Tarikh keluaran PS2, Xbox, GameCube & GBA

Amerika Syarikat 31 Oktober 2006
United Kingdom 3 November 2007
Xbox 360, Wii, NDS
Amerika Syarikat 16 November 2006
Playstation 3, Playstation Portable dan Windows
Amerika Syarikat 19 November 2006
Eropah 8 Disember 2006
Mac OS X
Amerika Syarikat 17 Ogos 2007[2]

Genre Perlumbaan
Mod Pemain tunggal, berbilang pemain
Penilaian United Kingdom BBFC: PG

Jepun CERO: B
Amerika Syarikat ESRB: E10+
Amerika Syarikat ESRB: E (NDS, GBA)
Australia OFLC: G
Kesatuan Eropah PEGI: 12+
Finland PEGI: 11+
Jerman USK: 12+

Bahantara CD, DVD, Cakera Blu-ray, Cakera Optikal Wii, UMD, GCN Game Disc, katrij GBA, Kad Permainan NDS
Keperluan sistem Windows

Macintosh

Kaedah input PC: Papan kekunci, tetikus atau stereng/pad permainan USB

Need for Speed: Carbon, juga dikenali sebagai NFS Carbon atau NFSC adalah sebuah judul permainan video keluaran Electronic Arts dalam siri Need for Speed. Judul ini merupakan versi keempat belas, didahului oleh Need for Speed: Most Wanted dan diikuti oleh Need for Speed: ProStreet.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Need for Speed: Carbon mula dipamerkan pada montaj EA di gerai pameran serta sidang Nintendo 2006 serta menjadi kisah muka hadapan di majalah Game Informer isu Julai 2006. Carbon adalah permainan video pertama di dalam siri Need for Speed yang dikeluarkan bagi kesemua konsol generasi ketujuh. Carbon menampilkan beberapa kereta daripada siri terdahulu; iaitu Need for Speed: Underground 2 dan Need for Speed: Most Wanted, tetapi turut menampilkan beberapa kereta baru termasuklah Audi R8 (dipanggil Le Mans Quattro di dalam permainan), Chrysler 300C SRT 8, Chevrolet Chevelle SS dan Toyota MR2 Spyder. Carbon menampilkan pelakon serta model Kanada, Emmanuelle Vaugier sebagai Nikki, sumber pertolongan utama pemain serta sekutu di dalam jalan cerita Karier. Versi PSP, Nintendo DS, dan Game Boy Advance dikenali sebagai Need For Speed Carbon: Own the City, masih berpusat di Bandaraya Palmont tetapi dengan jalan cerita yang jauh berbeza. Permainan tersebut juga boleh didapati dalam versi Mac OS X. [3] Need for Speed: Carbon menjuarai kedudukan teratas Carta Permainan Semua Format UK pada minggu pertama pelancarannya, menewaskan Konami Pro Evolution Soccer.[4]

Carbon menggunakan enjin permainan Most Wanted yang banyak diubah suai.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Jalan cerita Need for Speed: Carbon bermula sebaik sahaja pemain keluar dari Rockport dengan kereta BMW M3 GTR selepas penamat Most Wanted.

Semasa memandu sepanjang Carbon Canyon ke Bandaraya Palmont City, dia mengimbau semula perlumbaan haram dengan Kenji, Angie, dan Wolf. Insiden dengan polis semasa tamat perlumbaan memaksa pemain meninggalkan Palmont dengan tergesa-gesa. Di Carbon Canyon waktu sekarang, Cross, bekas Sarjan Polis yang kemudian menjadi pemburu wang ganjaran, menghambat pemain dengan menaiki kereta Chevrolet Corvette[5], menyebabkan kereta BMW M3 GTR remuk akibat berlanggar dengan lori balak. Darius kemudian menyuraikan Cross, dan pemain bertemu dengan Nikki (bekas teman wanita pemain,pelakon: Emmanuelle Vaugier) dalam keadaan yang kurang baik.[6]

Darius memberitahu pemain dengan pertolongan Nikki untuk membersihkan imejnya dengan menewaskan geng lumba haram lawan untuk memperoleh kawasan serta mengembalikan semula maruahnya sebagai pelumba haram terhormat di Palmont. Dengan memenangi satu demi satu perlumbaan, pemain merampas kawasan milik Kenji, Angie, dan Wolf. Sebaik sahaja pemain bertemu dengan pelumba yang ingin menyertai kumpulan pemain, beberapa ahli kumpulan secara beransur-ansur mula mendedahkan kisah sebenar dari pandangan mereka, mengenai malam sewaktu pemain meninggalkan Palmont.[7]

Setelah menguasai ketiga-tiga daerah, Darius meminta pemain menemuinya, di mana dia membuat pendedahan bahawa dia sebenarnya mempergunakan pemain. Semasa hampir ditangkap oleh Cross, Nikki menyelamatkan pemain, dan memberitahu pemain bahawa ahli-ahli kumpulannya bercakap benar mengenai insiden polis itu, dan akhirnya menyertai kumpulan pemain.[8] Setelah menyedari bahawa Darius bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejatuhan pemain, pemain seterusnya cuba menguasai daerah Silverton, dan seterusnya menewaskan Darius dan geng "Stacked Deck" pimpinannya, untuk membersihkan sepenuhnya maruah pemain.[9]

Beberapa siri perlumbaan akhir antara pemain dengan geng "Stacked Deck" menyaksikan pemain memenanginya di sebalik usaha Darius untuk menyekatnya. Setelah Darius akhirnya tewas di tangan pemain, Darius terpaksa menyerahkan kunci kereta Audi Le Mans Quattro miliknya kepada pemain serta memencilkan dirinya daripada Palmont dengan memberi amaran kepada pemain, "Nikmatinya sementara masih sempat, suatu hari nanti pasti ada seseorang yang lebih laju daripada engkau, dan lama-kelamaan mereka akan bersaing..."[10]

Dalam versi PSP pula, pemain mengimbau satu perlumbaan haram di mana dia, abangnya serta beberapa pelumba haram lain berlumba untuk menguasai bandar raya. Namun, pemain terlibat dalam kemalangan jalan raya, menyebabkan yang cedera parah dikejarkan ke hospital dan seterusnya mengalami amnesia, sementara abangnya Mick mati. Pemain kemudian berlumba dalam pelbagai perlumbaan berbeza untuk mengalahkan geng-geng lumba haram dan seterusnya memastikan sama ada mereka mengetahui apa-apa mengenai kemalangan tersebut, yang tertumpu kepada empat suspek utama: Poorboy, Buddy, EX, dan pemain sendiri. Dalam video terakhir, Sara, teman wanita Mick, mendedahkan bahawa pemain sendiri yang membunuh abangnya dalam kemalangan semasa perlumbaan, disebabkan EX.

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Gaya permainan adalah berasaskan kepada kumpulan atau geng lumba haram.

Pemain mengendalikan sebuah kumpulan pelumba haram serta boleh mengupah beberapa pelumba haram tertemtu sebagai ahli kumpulan. Setiap pelumba haram upahan mempunyai dua kemahiran, yang pertama ialah kemahiran perlumbaan (Scout, Blocker dan Drafter) dan yang kedua ialah kemahiran bukan perlumbaan (Fixer, Mechanic dan Fabricator). Setiap kemahiran mempinyai sifat berbeza daripada mencari jalan pintas di lorong belakang sehinggalah kepada mengurangkan tumpuan polis.

Dalam mod Karier, pemain perlu berlumba untuk menjajah wilayah dan seterusnya berdepan dengan bos untuk menawan daerah.

Permainan ini juga mengembalikan perlumbaan drift, mod yang ditampilkan di dalam Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Underground 2, tetapi dibuang daripada pendahulu Carbon, Most Wanted; serta perlumbaan gaya baru, Perlumbaan Kanyon, berasaskan perlumbaan Touge Jepun. Terdapat 4 jenis perlumbaan kanyon: Canyon Duel, Canyon Race (perlumbaan pecutan ataupun "perlumbaan kanyon"), Canyon Checkpoint dan Canyon Drift. Canyon Duel terdiri daripada 2 peringkat. Di dalam peringkat pertama, pemain mengekori musuh dan memperoleh mata mengikut serapat mana pemain mengekori musuh. Di dalam peringkat kedua pula, musuh pula mengekori pemain dan pemain kehilangan mata mengikut serapat mana musuh mengekori pemain. Pemain menang jika masih mempunyai baki mata pada peringkat kedua ataupun berjaya memintas musuh dan seterusnya mengekalkan keadaan tersebut selama lebih 10 saat. Namun demikian, pemain akan kalah jika dipintas musuh selama lebih 10 saat, ditinggalkan jauh melebihi 10 saat pada peringkat kedua, jatuh ke dalam gaung ataupun kehilangan kesemua mata di dalam peringkat kedua. Perlumbaan Checkpoint berjalan sama seperti Perlumbaan Plaza Tol di dalam Most Wanted—pemain mesti sampai di titik berikutnya dalam jangka masa ditetapkan. Perlumbaan Drag dibuang daripada Carbon tetapi sebelum ini ditampilkan di dalam Underground, Underground 2, dan Most Wanted.

Need for Speed: Carbon Collector's Edition pula menampilkan 4 kereta eksklusif, 10 kereta yang sudah ditala (keluar daripada kotak), 6 perlumbaan baru, 3 acara cabaran unik, 10 hiasan vinil unik serta sekeping DVD bonus menunjukkan proses pembikinan Carbon serta pertunjukan kesemua kereta yang digunakan. Collector's Edition turut menampilkan gambar kulit alternatif serta pembungkusan metalik. Walaupun versi Mac tiada versi Collector's Edition, ia tetap mengandungi kesemua ciri-ciri dalam Collector's Edition.

Edisi mudah alih bagi Carbon (Own the City) menampilkan Audi TT dan Chevrolet Cobalt SS, manakala versi muat turun menampilkan Kit Prestasi Unggul, 2006 Pagani Zonda F dan model 1971 Dodge Challenger.

Kini sudah terdapat keupayaan untuk memuat naik tampilan permainan ke laman web Need for Speed, lengkap dengan statistik dan pengubahsuaian. Juga, versi PC, Xbox 360, dan PS3 menampilkan mod perlumbaan "Be The Cop" yang hanya boleh dicapai secara atas talian sahaja, di mana pelumba terpantas terpaksa melarikan diri daripada kereta lain yang kesemuanya polis; sebaik sahaja ada pemain lain yang memotong pemain terpantas tersebut, pemain itu pula yang bertukar menjadi kereta buruan.

Di dalam edisi PS2, beberapa rim sport tidak boleh diperolehi, tetapi dapat dilihat pada pelumba lain.

Kawalan[sunting | sunting sumber]

Kawalan sebenar permainan bergantung kepada jenis konsol. Kawalan stereng PlayStation 3 dan Xbox 360 boleh dikendalikan melalui kayu ria, sementara pecutan serta brek di samping kawalan lain boleh ditetapkan konfigurasinya dan dipetakan kepada butang-butang kawalan yang berbeza. Pada versi Windows, kayu ria serta kawalan stereng adalah disokong, si samping peranti yang dilengkapi maklum balas daya.

Versi Nintendo Wii tiada pilihan permainan atas talian, tetapi menyokong sepenuhnya penggunaan Wii Remote.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pengubahsuaian kereta[sunting | sunting sumber]

Audi Le Mans Quattro yang banyak diubahsuai berbanding model kilang Lamborghini Murciélago LP640 , menunjukkan ciri-ciri "Autosculpt" di dalam permainan.

Carbon menampilkan pilihan pengubahsuaian kereta baru dikenali sebagai "Autosculpt", membolehkan pemain untuk menggunakan bahagian kereta serta membentuknya mengikut kesukaan pemain. Pemain juga boleh turut memiliki beberapa vinil ataupun mengubahsuainya. Penalaan prestasi telah dilakukan agar pemain, sebaik sahaja komponen naik taraf dibeli, boleh menala kereta mereka untuk beberapa sifat berbeza, seperti kelajuan maksimum lebih tinggi atau pecutan lebih tinggi. Tidak seperti Most Wanted, kesemua kerja-kerja ubahsuai kereta di dalam permaian Carbon dilakukan di dalam markas.

Watak[sunting | sunting sumber]

Seperti Need for Speed: Most Wanted, pemain akan berinteraksi dengan watak-watak utama (iaitu Darius, Nikki, Angie, Wolf, dan Kenji) merangkumi antagonis, deuteragonis, serta beberapa "ahli kumpulan" terpilih di mana beberapa orang daripada mereka mendakwa ada kaitan dengan kisah utama pemain.

Oleh kerana pemain akan mengendalikan sebuah kumpulan lumba haram di sepanjang permainan, pemain akan bertembung dengan beberapa kumpulan besar, kumpulan kecil, dan ahli kumpulan "upahan" sepanjang mod karier.

Jenis permainan[sunting | sunting sumber]

Sebuah Mitsubishi Lancer Evolution IX dan sebuah Lamborghini Gallardo di dalam Perlumbaan Kanyon--mod permainan yang menyerupai touge.

Need for Speed: Carbon menampilkan 10 jenis permainan berikut: Sprint, Circuit, Drift, Checkpoint, Race Wars, Canyon Duel, Canyon Sprint, Canyon Drift, Canyon Checkpoint, dan Speedtrap. Beberapa jenis permainan hanya boleh dimainkan melalui set siri cabaran.

Kebanyakan tumpuan Carbon adalah terhadap perlumbaan kanyon, yang menjadi tema utama permainan. Pemain perlu berlumba dengan pelumba lain, melakukan "drift" di kanyon, atau menghadapi musuh di dalam perlumbaan satu-lawan-satu yang dikenali sebagai "perlumbaan kanyon", diilhamkan daripada perlumbaan Touge Jepun.

Sistem buruan polis[sunting | sunting sumber]

Seperti Most Wanted, pihak polis sentiasa berada di mana-mana di dalam Carbon. Aksi kejar-mengejar dengan pihak polis boleh berlaku bila-bila masa sahaja, tak kira semasa mod Perantauan Bebas, semasa berlumba, ataupun semasa baru sahaja selesai berlumba. Beberapa jenis perlumbaan tidak memberi peluang buruan pihak polis, seperti Perlumbaan Kanyon ataupun Perlumbaan Checkpoint. Sebagai mana Need for Speed: Most Wanted, terdapan 5 keadaan buruan. Pemain perlu berhati-hati agar tidak ditangkap oleh pihak polis.

Walaupun sistem buruan polis adalah sama seperti di dalam Most Wanted, ciri-ciri ini telah diaturcara semula di dalam Carbon untuk memastikan pihak polis tidak terlalu dominan terhadap taktik penangkapan pesalah semasa aras buruan tinggi. Beberapa taktik polis (seperti kawat berduri) pada masa yang sama menjadikan pesalah sukar melepasi buruan polis.

Semasa anda melanggar sekatan jalan raya melebihi 55 km/j, permainan akan memasuki gerak perlahan dan anda dapat melihat bagaimana kereta anda merempuh kereta polis dari perspektif orang ketiga. Juga, jika anda melanggar sekatan jalan raya pada kelajuan melebihi 160 km/j, kereta polis akan melambung ke udara selama hampir 12 saat.

Kereta[sunting | sunting sumber]

Pemain boleh memilih daripada pelbagai kereta berlesen yang dibahagikan kepada tiga kelas berikut: Tuner, Muscle, dan Exotic. Setiap kereta mempunyai perwatakannya tersendiri daripada pengendalian mudah kepada prestasi jalan raya yang seimbang. Pemain perlu belajar menguasai kereta bagi setiap kelas untuk menguasai permainan. Pemain boleh meilih untuk memulakan mod karier dengan salah satu daripada tiga kelas di mana kereta yang dibuka boleh jadi berbeza.

Terdapat 3 jenis kereta di dalam permainan:-

  • Tuner - Kelebihan utama ialah pengendalian, dengan pecutan yang berpatutan tetapi kelajuan maksimum yang rendah. Ia terdiri daripada kereta-kereta talaan buatan Jepun serta model aliran perdana Eropah.
  • Exotic - Kelebihan utama ialah kelajuan maksimum, tetapi ia turut memiliki tahap pengendalian serta pecutan yang berpatutan. Kebanyakannya terdiri daripada kereta-kereta sport buatan Eropah. Kebanyakan pemain memilih kelas ini kerana kelas ini merupakan kelas kereta yang paling seimbang di dalam permainan.
  • Muscle - Kelebihan utama ialah pecutan dengan kelajuan maksimum yang berpatutan, tetapi pengendaliannya sangat teruk serta mudah terbabas. Kebanyakannya terdiri daripada kereta muscle buatan Amerika Syarikat.

Laman web rasmi hanya memaparkan 46 kereta, 3 daripadanya merupakan kereta polis khas.[11][12]

Pemain juga boleh membuka kereta yang dikhususkan untuk perlumbaan pantas sepanjang permainan serta memperoleh kad ganjaran.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Permainan bertempat di sebuah bandar raya fiksyen Palmont yang wujud bersama-sama Rockport seperti di dalam Need for Speed: Most Wanted, Bayview seperti di dalam Need for Speed: Underground 2, dan Olympic City seperti di dalam Need for Speed Underground. Semasa perlumbaan kanyon di "Eternity Pass" (litar di mana pemain berlumba dengan Darius), anda boleh melihat pemandangan keseluruhan Palmont serta kelibat Rockport, pulau di sebelah kiri; dan Bayview, pulau di sebelah kanan, dengan memecahkan penghalang pertama yang dilalui. Bandar raya ini serta bandar raya Rockport dari Need for Speed: Most Wanted turut ditampilkan dalam permainan dalam talian Need for Speed: World.

Terdapat tiga kanyon utama di Palmont iaitu kanyon Timur, Barat dan Carbon. Kawasan pantai utama merangkumi bahagian barat daya bandar raya tersebut. Terdapat beberapa batang sungai utama serta sebuah tasik berhampiran Carbon Canyon.

Bandar raya tersebut terbahagi kepada 4 daerah pada permulaan permainan, setiap satu dikuasai geng lumba haram utama. Walau bagaimanapun, selepas anda menamatkan mod Karier, Palmont tidak lagi terbahagi memandangkan keseluruhan bandar raya tersebut menjadi jajahan anda. Lebuh raya utama, Lebuhraya 142, menghubungkan seluruh bahagian di bandar raya Palmont.

Dalam Need for Speed: Carbon - Own the City pula, permainan bertempat di bandar raya Coast City dengan jalan cerita yang jauh berbeza daripada versi asal.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Seperti tajuk-tajuk Need For Speed yang lepas, runut bunyi permainan ini menampilkan variasi muzik elektronik, hip-hop, dan rock. Secara lalai, lagu-lagu hip-hop dimainkan semasa memandu kereta eksotik, lagu-lagu elektronik pula dimainkan semasa memandu kereta talaan, dan muzik rock dimainkan ketika memandu kereta muscle (di dalam versi PSP kesemua jenis muzik dimainkan tidak mengira jenis kereta). Runut bunyi tersebut dilancarkan oleh EA di dalam cakera padat edisi terhad dalam bilangan yang sangat terhad.

Lagu yang dimainkan di dalam markas dan menu permainan yang lain, di samping sebilangan kecil perlumbaan digubah oleh Ekstrak, dan dilancarkan secara meluas oleh EA, serta boleh didapati di kedai atas talian seperti iTunes, di samping cakera padatnya sendiri.

Muzik lain, banyak dimainkan di perlumbaan utama, seperti Race Wars dan Canyon Battle telah dilancarkan secara meluas serentak dengan lagu olek Ekstrak. Runut bunyi sebenar mengandungi lagu-lagu hasil ciptaan Trevor Morris, yang pernah bekerja dengan Steve Jablonsky untuk permainan strategi masa nyata tahun 2007 EA, Command & Conquer 3: Tiberium Wars.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan majalah permainan memberi komen positif terhadap permainan ini. PC Format memberi markah 7.8, menyatakan permainan tersebut "cukup mengujakan," tetapi kurang inovasi. IGN memberi markah 7.9 dan 8.2 masing-masing bagi versi Playstation 3 dan Xbox 360, daripada 10 markah.

"Ia bukan satu revolusi, ia juga bukanlah sesuatu yang bijak, tetapi ia sememangnya perlumbaan yang bagus dan mendalam," kata IGN.com

Gamespot memuji penambahan klip video, pengubahsuaian serta gaya permainan yang utuh tetapi agak kritikal mengenai pertarungan bos yang mengecewakan serta semasa menggunakan aksi kejar-mengejar polis. Wii juga dipuji kerana kawalan pergerakannya tetapi ketiadaan permainan atas talian.

Satu lagi kritikan terhadap Need for Speed: Carbon ialah semasa ia dilancarkan, beberapa model kereta terkenal seperti Porsche 911 Turbo dan Ford Shelby Mustang GT500 tidak boleh dicapai di dalam permainan. Setelah dikritik hebat di laman-laman web forum Need for Speed lazim seperti NFSUnlimited.net dan NFScars.net, wakil EA Smoothie kemudian berbincang dan menyatakan ia masalah kecil yang timbul pada saat-saat akhir sebelum permainan ini dikeluarkan, maka EA melancarkan pakej kereta yang masih terkunci itu untuk dimuat turun dengan harga AS$5.00 di laman web rasmi permainan.

Gaya permainannya juga didapati sangat singkat berbanding pendahulunya.

Electronic Gaming Monthly memberi markah purata 8.0 bagi permainan ini.[13]

Isu Windows Vista[sunting | sunting sumber]

Versi PC yang tidak ditampal mengalami masalah keserasian apabila dimainkan di bawah Windows Vista dan lumpuh selepas paparan logo EA, walaupun isu tersebut telah ditangani di dalam perisian tampalan versi 1.4.

Menurut Laman Web Sokongan EA,[14] pada masa tersebut mereka masih belum melancarkan apa-apa permainan yang disokong oleh Windows Vista serta mencadangkan agar pemain menggunakan mod keserasian untuk memainkan permainan EA jika perlu.

Di dalam versi sebelum 1.4, permainan boleh dimuatkan pada kedua-dua edisi 32 bit dan 64 bit Windows Vista jika mod keserasiannya diubah kepada sama ada Windows 98 atau 95. Walau bagaimanapun, permainan masih boleh lumpuh dengan kerapnya. Membuang atau menamakan semula folder MOVIES, walau bagaimanapun, berupaya menangani masalah ini. Ia juga dikaitkan dengan perisian tampalan naik taraf 1.3. Beberapa pengguna berjaya menjalankan permainan tersebut sebaik sahaja baru dibeli pada Vista edisi 32 bit RTM, memberitahu bahawa isu tersebut mungkin ada kaitan dengan kod pra-pelancaran Vista.

Di dalam versi 1.4 permainan tersebut, konflik dengan Windows Vista telah berjaya ditangani, menurut EA,[15] tetapi jika ia masih tidak berkesan, adalah dinasihatkan untuk menukar mod keserasian Windows 98[16].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "NFS C: New Patch released!". NFS-Planet. 2007-06-08. http://www.nfsplanet.com/en/news/3938. Capaian 2007-06-13. 
  2. "EA Ships Four Games for the Mac". http://home.businesswire.com/portal/site/home/index.jsp?epi-content=NEWS_VIEW_POPUP_TYPE&newsId=20070817005520&ndmHsc=v2*A1187348400000*B1187413360000*DgroupByDate*J1*N1000837&newsLang=en&beanID=202776713&viewID=news_view_popup. 
  3. ""EA Brings Hit Portfolio To Apple MAC OS X"". 2007-6-11. http://www.ea.com/article.jsp?id=mac. 
  4. ""Christmas charts take shape"". 2006-11-13. http://www.mcvuk.com/news/24722/Christmas-charts-take-shape. Capaian 2006-11-13. 
  5. Need For Speed Carbon Career Intro Cutscence
  6. Need For Speed Carbon Cutscence after initial pursuit against Cross
  7. Electronic Arts. Need for Speed: Carbon. Electronic Arts. PlayStation 2. 2006. “Need For Speed Carbon various cutscences after unlocking Sal, Colin of TFK, Yumi of Bushido, and Samson of 21st Street.”
  8. Electronic Arts. Need for Speed: Carbon. Electronic Arts. PlayStation 2. 2006. “Need For Speed Carbon cutscence after beating the last crew.”
  9. Electronic Arts. Need for Speed: Carbon. Electronic Arts. PlayStation 2. 2006. “Need For Speed Carbon Cutscence after unlocking Nikki.”
  10. Electronic Arts. Need for Speed: Carbon. Electronic Arts. PlayStation 2. 2006. “Need For Speed Carbon Cutscence after beating Darius.”
  11. Official Need for Speed website Accessed December 21, 2006
  12. Official Need for Speed Car Library Accessed December 21, 2006
  13. Need for Speed: Carbon PC Game, Need for Speed: Carbon
  14. EA Customer Support Page Is my game supported on Windows Vista? Accessed December 21, 2006
  15. "ELECTRONIC ARTS New Zealand". Electornic Arts New Zealand. 2008-03-24. http://www.ea.co.nz/en-nz/downloads/patches/nfsc1-4patch. Capaian 2008-03-24. 
  16. http://dawnerd.wordpress.com/2006/11/11/need-for-speed-carbon-vista-problems/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]