Pandangan Wikipedia terhadap pandemik COVID-19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Statistik kunjungan laman untuk rencana pandemik COVID-19 (sebelum ini bertajuk "pandemik koronavirus 2019–2020") di Wikipedia bahasa Inggeris dari 1 Januari hingga 24 Mac 2020

Wikipedia mengalami peningkatan kunjungan pada pandemik COVID-19.[1] Para penyunting bekerja untuk menyingkirkan maklumat palsu.[2][3] Menurut akhbar Dawn, sejak laporan kes di Wuhan yang muncul pada Disember 2019, para penyunting Wikipedia memiliki rata-rata 163 suntingan setiap jam. Terdapat sekitar 4.500 laman Wikipedia dalam seluruh bahasa berkait dengan pandemik tersebut, pada 23 April 2020.[4]

Wikipedia[sunting | sunting sumber]

Tangkapan skrin dari sebuah templat di Wikipedia bahasa Inggeris yang memgandungi sejumlah rencana berkaitan pandemik koronavirus, pada 22 April 2020

Wikipedia bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pesanan kepada pembaca Wikipedia bahasa Inggeris mengenai COVID-19, yang ditulis oleh Katherine Maher, pengarah eksekutif Yayasan Wikimedia

Laman "Koronavirus" dibuat pada 2013. Rencana Wikipedia "Wabak radang paru-paru China 2019–2020", yang diubah menjadi rencana utama tentang pandemik tersebut di Wikipedia bahasa Inggeris, dibuat pada 5 Januari 2020. Entri-entri Wikipedia kemudian dibuat untuk "koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2" dan "penyakit koronavirus 2019".[2] Pada 9 Februari, rencana utama tersebut disunting lebih dari 6.500 kali oleh sekitar 1.200 penyunting, dan enam rencana Wikipedia primer mengenai pandemik tersebut dikunjungi sebanyak lebih dari 18 juta kali. Entri-entri awal lainnya termasuk gambaran keseluruhan pandemik tersebut mengikut negara dan wilayah, garis masa dan entri lainnya yang berfokus pada xenofobia dan perkauman. Laman Wikipedia mengenai kelawar sebagai makanan, jenama bir Corona, sindrom pernafasan akut teruk (SARS), dan Wuhan juga menerima peningkatan kunjungan.[2]

Wikipedia bahasa Jerman[sunting | sunting sumber]

Terdapat ratusan rencana Wikipedia mengenai pandemik koronavirus di Wikipedia bahasa Jerman. Para penyunting mulai menulis topik mengenai pandemik tersebut pada Januari 2020, ketika wabak itu merebak di China. Rencana utama mengenai pandemik tersebut dan entri untuk penyebaran penyakit tersebut di Jerman masing-masing telah dicapai sekitar 150.000 dan 100.000 kali sehari pada Mac 2020.[5]

Bahasa-bahasa India[sunting | sunting sumber]

Logo untuk WikiProjek COVID-19 di Wikipedia bahasa Urdu

Wikipedia memiliki maklumat COVID-19 dalam sembilan bahasa di India pada 27 Mac 2020: Arab, Bangla, Bhojpuri, Hindi, Kannada, Malayalam, Tamil, Telugu, dan Urdu. SWASTHA (akronim dari Special Wikipedia Awareness Scheme for the Healthcare Affiliates),[6] sebuah bahagian dari WikiProjek Kedoktpran, berkajasama dengan Universiti Johns Hopkins, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga dan Pihak Berkuasa Kesihatan Kebangsaan India, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengekalkan sorotan[7][8]

Entri Wikipedia bahasa Urdu untuk koronavirus dikunjungi lebih dari 12.000 kali pada 23 April 2020.[4]

Wikipedia bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih dari seratus rencana Wikipedia mengenai pandemik koronavirus di Wikipedia bahasa Jepun. Rencana Wikipedia "Abenomask (アベノマスク)" meraih perhatian kerana diminta untuk dihapuskan. Beberapa orang berkata bahwa nama tersebut ialah penghinaan terhadap Shinzo Abe, sementara yang lainnya menyatakan bahawa ini bukanlah penghinaan dan digunakan dalam Sankei Shimbun, sebuah akhbar konservatif dan sayap kanan Jepun.[9] Para komuniti memutuskan agar rencana tersebut tak sepatutnya dihapuskan.[10][11]

Wikipedia bahasa Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama mengenai pandemik tersebut di Wikipedia bahasa Spanyol dibuat oleh seorang penyunting dari Costa Rica pada 19 Januari 2020. Pada pertengahan April, rencana tersebut telah disunting sebanyak lebih dari 5.000 kali, yang termasuk 350 rujukan dan meraih lebih dari 5 juta kunjungan. Entri tersebut dipantau oleh lebih dari 175 penyunting pada masa itu, dan meraih rata-rata 80.000 kunjungan sehari.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Koeze, Ella; Popper, Nathaniel (2020-04-07). "The Virus Changed the Way We Internet". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-04-22.
  2. ^ a b c Benjakob, Omer (2020-02-09). "On Wikipedia, a fight is raging over coronavirus disinformation". Wired UK. ISSN 1357-0978. Dicapai pada 2020-04-22.
  3. ^ Dodds, Laurence (2020-04-03). "Why Wikipedia is winning against the coronavirus 'infodemic'". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2020-04-22.
  4. ^ a b Jahangir, Ramsha (23 April 2020). "Wikipedia breaks five-year record with high traffic in pandemic". Dawn. Dicapai pada 23 April 2020.
  5. ^ "Hochzeiten für Wikipedia: Dauerhafte Coronavirus-Updates" [Golden era for Wikipedia: substantial coronavirus updates]. Heise Online (dalam bahasa German). Heinz Heise. 24 March 2020. Dicapai pada 22 April 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Wikipedia Has a Special Project to Fight Coronavirus Fake News in India" (dalam bahasa Inggeris). NDTV. Dicapai pada 2020-04-22.
  7. ^ "Wikipedia's SWASTHA project to help fight Covid-19 fake news in India: Report". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-03. Dicapai pada 2020-04-22.
  8. ^ "Wikipedia has COVID-19 information in Bangla, Hindi, Tamil and 6 other Indian languages". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-27. Dicapai pada 2020-04-22.
  9. ^ "【襲来!コロナウイルス】「アベノマスク」って差別語だったの? 「ウィキペディア」の項目の削除要求をめぐるトンデモ大論争". J-CAST 会社ウォッチ (dalam bahasa Jepun). 2020-04-24. Dicapai pada 2020-05-15.
  10. ^ "Wikipedia:削除依頼/アベノマスク", Wikipedia (dalam bahasa Jepun), 2020-04-26, dicapai pada 2020-05-15
  11. ^ "From Abenomics to Abenomask: Japan Mask Plan Meets With Derision". www.bloomberg.com (2 April 2020). Dicapai pada 15 May 2020.
  12. ^ Veiga, Yolanda (15 April 2020). "El coronavirus pone a prueba Wikipedia". Hoy (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 24 April 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]