Pembiakan anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembiakan anjing ialah proses pembiakan seks pada anjing bela jinak.

Anatomi dan perkembangan seks anjing[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Anatomi anjing

Umum[sunting | sunting sumber]

Pada anjing bela jinak, kematangan seks (kebalighan) berlaku pada antara umur 6 hingga 12 bulan untuk kedua-dua anjing jantan dan anjing betina, sungguhpun ini boleh dilambatkan sehingga umur dua tahun untuk sesetengah baka besar. Kebuntingan adalah mungkin seawal kitaran estrus pertama, tetapi pembiakbakaan tidak disyorkan sebelum kitaran kedua.[1] Seperti spesies bela jinak lain, pembelajinakan telah dibiakbakakan secara terpilih untuk libido lebih tinggi, dan kitaran pembiakbakaan lebih awal pada anjing daripada leluhur liarnya.

Jantan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Zakar anjing dan Bebuli glans
Tulang zakar anjing. Anak panah menunjukkan sulkus uretra.
Seekor anjing cocker spaniel muda, dengan zakar tegang dan memancutkan mani.
Seekor serigala jantan dalam kedudukan pertahanan.
Male repro system labelled.jpg

Seperti kebanyakan mamalia jantan, perkembangan ciri seks sekunder pada anjing bela jinak bergantung pada penghasilan testosteron oleh buah zakar. Ciri seks sekunder termasuk peningkatan jisim otot, pembesaran zakar, hipertrofi dubur, dan perkembangan bonggol sfera di dasar zakar anjing, dipanggil bebuli glans. Paras testosteron juga bertanggungjawab untuk dorongan seks anjing bela jinak, yang tidak berkitaran. Anjing jantan terbuka untuk mengawan pada bila-bila masa, sungguhpun anjing betinanya tidak berada dalam estrus.

Betina[sunting | sunting sumber]

Anatomi anjing betina adalah sama seperti banyak mamalia lain. Ia mempunyai dua biji ovari terletak kaudal dengan ginjal di rongga abdomen. Ia mempunyai rahim bikornu (atau bertanduk dua) yang berakhir di serviks, terusan pendek yang bersambung dengan faraj. Serviks adalah berotot dengan sokongan tisu berserat, dan bukaan menutup dalam corak bebintang. Faraj dan uretra membuka ke dalam vestibul. Kelentit terletak di bawah tukup di dalam vulva. Tukup kelentit memanjang ke bawah dan membentuk sempadan luar vestibul sebagai labia minora. Anjing betina kerap mempunyai penyempitan faraj atau selaput dara, yang merupakan tinggalan tempat faraj dan vestibul melakur semasa perkembangan embrio. Struktur ini kerap asimptomatik dan umumnya tidak habis meninggalkan bukaan dari faraj ke vestibul. Struktur ini dipaksa buka selanjutnya semasa pengawanan.

Pada spesies bela jinak salah satu kesan pertama dan terkuat dilihat daripada pembiakbakaan terpilih ialah pemilihan untuk kerjasama dengan proses pembiakbakaan seperti diarah oleh manusia. Salah satu tingkah laku ketara ialah penghapusan ikatan pasangan yang dilihat pada kanin liar. Kebolehan anjing bela jinak betina untuk datang kepada estrus pada bila-bila masa dalam setahun dan biasanya dua kali setahu juga dinilai. Jumlah masa antara kitaran sangat berlainan antara anjing individual, tetapi kitaran anjing biasa biasanya tekal sepanjang hidupnya. Sebaliknya, spesies liar umumnya mengalami estrus sekali setahun, biasanya pada hujung musim sejuk.

Kebanyakan anjing mendatangi musim untuk kali pertama pada antara 6 dengan 12 bulan, sungguhpun sesetengah baka besar mungkin selambat dua tahun. Seperti kebanyakan mamalia, umur anjing betina pertama kali mendatangi musim mempunyai sumbangan multifokus genetik, hormon, pemakanan dan nutrisi, dan petanda tingkah laku kepada kedua-dua pematangan fizikal dan seks. Steroid seks gonad, hormon pertumbuhan, faktor pertumbuhan seperti insulin (IGF-1) dan leptin membentuk penentu primer kandungan badan berevolusi dan masa mula kebalighan.[petikan diperlukan] Hubungan antara lemak badan dengan jisim badan berhubung kait dengan baik dengan masa permulaan kebalighan pada kebanyakan mamalia. Ia kemudian mengalami estrus pada sekitar setiap tujuh bulan sehingga umur lanjut. Anjing betina tidak mengalami putus haid, sungguhpun kitarannya akan menjadi tidak biasa dan kesuburan tidak boleh dijangkakan sebaik menjadi lebih tua. Anjing pada sekitar 7 atau 8 tahun biasanya tidak dianggap sesuai untuk pembiakbakaan, tetapi masih boleh tetap subur.

Kitaran pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kitaran betina[sunting | sunting sumber]

Vulva anjing betina dalam kemuncak.

Panjang tempoh purata kitaran pembiakan untuk anjing betina ialah 2–4 minggu. Anjing betina mencapai kematangan seks (kebalighan) pada umur antara 8 dengan 18 bulan. Ada kebolehubahan besar pada umur kematangan antara baka, dan juga pada baka anjing.[2]

Peringkat pertama kitaran pembiakan ialah proestrus, yang melibatkan telur di dalam ovari mula menjadi matang dan paras estrogen mula meningkat. Semasa peringkat ini anjing jantan tertarik kepada anjing betina yang tidak terbuka. Pada awalnya, bibir vulva akan membengkak dan menjadi mudah dilenturkan dan akan ada jumlah kecil luahan faraj berdarah bersama dengan tanda kencing kerap dan kekurangan rehat. Proestrus umumnya berlangsung selama 9 hari.[2]

Estrus ialah peringkat seterusnya, yang melibatkan paras estrogen tinggi, telur matang dikeluarkan dari ovari, dan anjing betina secara mental dan fizikal menjadi terbuka kepada pengawanan. Hanya semasa estrus yang pengawanan akan menyebabkan kebuntingan.

Semasa proestrus dan estrus, anjing betina mungkin mempunyai luahan jernih kepada berdarah. Peringkat ini dikenali sebagai "kemuncak". Panjang tempoh kitaran ini sangat berlainan antara individu. Proestrus dan estrus boleh berlangsung sehingga bila-bila antara 5 hari hingga 21 hari.[2]

Diestrus ialah tempoh ikutan pengawanan. Diestrus berlangsung selama kira-kira 56 hingga 58 hari pada anjing betina bunting, dan 60 hingga 100 hari pada anjing betina tidak bunting. Semasa kedua-dua tempoh ini, paras progesteron adalah tinggi. Oleh sebab profil hormon anjing betina bunting dan anjing betina pada diestrus adalah sama, kadang-kadang anjing betina tidak bunting akan melalui tempoh kebuntingan palsu. Pada masa itu, ia mungkin meningkat beratnya, mempunyai perkembangan kelenjar buah dada, menghasilkan susu, dan menunjukkan tingkah laku persarangan.

Anestrus ialah tempoh ketenangan pembiakan. Anjing betina tidak mempunyai tarikan kepada atau daripada jantan. Anestrus umumnya berlangsung selama empat hingga lima bulan.[2]

Pengawanan[sunting | sunting sumber]

Anjing mengawan di pantai.

Seperti kebanyakan tetrapod, pengawanan anjing melibatkan anjing jantan menyetubuhi anjing betina dari belakang, kedudukan yang secara tidak rasmi dirujuk sebagai "gaya anjing". Apabila anjing jantan tertarik untuk mengawan dengan anjing betina, ia akan membau vulva anjing betina. Sekiranya anjing betina tidak terbuka, ia akan duduk, baring, cuba menggigit, berlari, atau jika tidak tidak bekerjasama. Sekiranya anjing betina terbuka, ia akan berdiri dan mengetepikan ekornya. Anjing jantan akan kerap sambung memeriksa belakang anjing betina, sebelum menyetubuhi anjing betina dari belakang sementara mencuba penembusan dengan zakarnya.

Pada masa penembusan, zakar anjing tidak tegang, dan hanya boleh menembusi anjing betina kerana zakarnya termasuk tulang sempit dipanggil "bakulum", satu ciri kebanyakan mamalia berplasenta. Apabila anjing jantan berjaya dalam penembusan, ia akan biasanya memegang anjing betinanya dengan lebih kuat dan meradak dalam-dalam. Pada masa ini yang zakar anjing jantan membesar dan penting bahawa bebuli glans cukup jauh ke dalam untuk anjing betina memerangkapnya. Tidak seperti persetubuhan manusia, yang melibatkan zakar lelaki pertama menembusi perempuan, selepas pembesaran zakar untuk penegangan berlaku, yang biasanya berlaku dengan cepat.[3]

Kanin jantan ialah satu-satunya haiwan yang mempunyai bebuli glans mengunci, satu kawasan sfera tisu penegangan di dasar zakar. Semasa pengawanan, dan hanya selepas zakar anjing jantan sepenuhnya berada di dalam faraj anjing betina, bebuli glans menjadi berisi dengan darah.[4] Apabila faraj anjing betina selepas itu mengecut, zakar terkunci di dalam anjing betina.[5] Ini dikenali sebagai "ikatan". Sementara ciri pengawanan pada kebanyakan canid, ikatan pengawanan dilaporkan tidak hadir [6] atau sangat sekejap (kurang daripada satu minit)[7] pada anjing liar Afrika, mungkin kerana kebanyakan pemangsa besar di persekitarannya.[8]

Apabila zakar terkunci di dalam faraj oleh bebuli glans (apabila anjing jantan "terikat"), desakan menurun dan anjing jantan biasanya akan mengangkat kaki dan menggerakkannya ke atas belakang anjing betina sementera berpusing ke belakang. Kedua-dua berdiri dengan dengan hujung belakang kedua-duanya bersentuhan dan zakar terkunci di dalam faraj sementara pemancutan mani berlaku, mengurangkan kebocoran air mani dari faraj.[9][10][11] Selepas satu tempoh masa, biasanya antara 5 dengan 20 minit[12] (tetapi kadang-kadang lebih lama), bebuli glans mengecut, membolehkan pasangan berpisah. Anjing dara boleh kesakitan apabila mendapati bahawa kedua-duanya tidak boleh berpisah semasa pengawanan pertamanya, dan mungkin cuba menarik pergi atau berlari. Pembiak baka anjing kerap mencadangkan kesesuaian pengendali untuk cuba menenangkan anjing mengawan jika menunjukkan keresahan setelah peringkat ini dicapai. Tingkah laku penyetubuhan sama, yang mungkin termasuk peradakan pelvis,[13] adalah biasa untuk anjing kedua-dua jantina. Penyetubuhan, dengan atau tanpa peradakan, tidak patut dikelirukan dengan "penyetubuan pengawanan," yang melibatkan peradakan berterusan hanya sehingga "ikatan" didapatkan. Tindakan peradakan biasa senyatanya hanya anjing jantan mencari vulva anjing betina dengan zakarnya. Banyak anjing dan juga yang bela jinak dan tidak berpengalaman sebenarnya tidak tahu perkara yang cuba didapatkan dan hanya bertindak berdasarkan desakan, dan kerap gagal semasa banyak cubaan. Sebaik zakar memasuki faraj walau bagaimanapun, anjing merasai dorongan berlebihan untuk menolak ke dalam dengan lebih dalam sebanyak mungkin, dan kerap akan bertindak memanjat dengan terburu-buru dengan kaki belakangnya, yang perlu dilakukan olehnya kerana pembesaran atau penegangan zakar berlaku dengan sangat cepat. Kegagalan kerap menyebabkan pengawanan teranjak, yang tidak boleh diharapkan kerana tidak cukup bendalir prostatik lalu dari anjing jantan untuk menyokong sperma di dalam rahim anjing betina untuk tempoh masa panjang. Sebaik bulubs membesar dan anjing betina telah terkunci dengannya, anjing jantan menjadi lebih pasif, dan kadang-kadang tidak tertarik, sungguhpun terdapat banyak yang berlaku tetapi tidak boleh dilihat. Peradakan tidak diperlukan, kerana anjing betina melalui pengecutan, yang merangsang pemancutan sperma, diikuti oleh bendalir prostatik sehingga otot akhirnya melepaskannya, membolehkan anjing jantan pergi.[petikan diperlukan]

Kebuntingan dan seperinduk[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing baka kacuk bunting.
Seekor anjing liar dari Sri Lanka menyusui empat ekor anaknya yang masih ada.

Kebuntingan pada anjing ialah 63 hari panjangnya, sekiranya diukur dari hari pengovuman. Kerana kesusahan untuk menentukan tarikh tepat pengovuman, ralat kerap dilakukan dalam mengira tempoh kebuntingan.[14] Sperma anjing boleh hidup selama 10 hingga 11 hari di dalam saluran rahim (tiub Fallopio) maka sekiranya anjing betina dibiakbakakan 10 hari sebelum oosit (telur) boleh disenyawakan, ia akan kelihatan mempunyai panjang tempoh kebuntingan 70 hari. Sekiranya ia dibiakbakakan pada hari oosit boleh disenyawakan, panjang tempoh kebuntingannya kelihatan merupakan 60 hari.

Satu petua am ialah mamalia akan menghasilkan sebanyak separuh jumlah anak daripada bilangan puting pada ibunya. Petua ini diubah suai pada haiwan bela jinak kerana seperinduk lebih besar lebih dipilih untuk sebab ekonomi dan pada anjing, terutamanya, julat besar saiz dan bentuk memainkan peranan dalam bilangan anak anjing sihat yang boleh dibuntingkan oleh anjing betina. Anjing betina biasanya mempunyai 10 puting, tetapi ini tidak bererti ia boleh menyediakan nutrisi secukupnya untuk 10 ekor anak anjing dalam seperinduk.

Seperinduk purata terdiri daripada lima hingga enam ekor anak anjing, sungguhpun bilangan ini mungkin berlainan dengan besar berdasarkan baka anjing. Saiz baka berhubung kait dengan saiz perinduk. Baka kecil berpuratakan tiga hingga empat ekor anak anjing dalam setiap perinduk, dengan saiz perinduk maksimum kira-kira sebanyak 5-8 ekor. Baka besar pula berpuratakan 7 ekor anak anjing seperinduk tetapi boleh mempunyai saiz perinduk maksimum kira-kira 15 ekor.[15] Dalam satu kajian, anjing belakang permatang Rhodesia mempunyai saiz perinduk purata tertinggi dengan 8.9 ekor anak anjing seperinduk sementara anjing Pomerania dan anjing pudel mainan mempunyai yang terendah dengan 2.4 ekor anak anjing seperinduk.[15]

Bilangan anak anjing juga berlainan dengan umur ibu. Pada baka lebih kecil, kedua-dua umur muda dan tua berhubung kait dengan saiz perinduk lebih kecil. Pada baka lebih besar, hanya umur tua berhubung kait dengan saiz perinduk lebih kecil.[15] Penggunaan permanian beradas juga berhubung kait dengan saiz perinduk lebih kecil, dengan air mani beku mempunyai kesan lebih kuat daripada air mani segar.[15] Bilangan sperma bapa, masa pembiakbakaan, dan banyak faktor lain mungkin juga mempengaruhi saiz perinduk.[petikan diperlukan]

Sesetengah doktor veterinar mengatakan bahawa mengawankan anjing jantan dengan anjing betina pada setiap hari lain ialah cara untuk memenuhkan seperinduk.[petikan diperlukan] Yang lain mengatakan bahawa pengawanan pada setiap hari adalah lebih baik.[petikan diperlukan] Ini mengurankan peluang untuk mempunyai seekor anak anjing lahir pramatang atau lebih lambat daripada anak anjing lain daripada seperinduk itu.

Sesetengah baka telah dikembangkan untuk menekankan ciri fizikal tertentu melebihi titik yang melibatkan baka boleh membuntingkan seperinduk dengan selamat sendiri. Contohnya, anjing buldog Inggeris mempunyai bahu lebar dan pinggul sempit, maka baka ini memerlukan permanian buatan dan, kemudian, pembedahan sesar untuk melahirkan anak.[petikan diperlukan]

Oleh sebab ibu boleh membekalkan nutrien dan jagaan untuk hanya sebilangan anak terhad, manusia mesti membantu dalam menjaga dan memberikan makan minum apabila seperinduk melebihi kira-kira lapan ekor anak anjing.[petikan diperlukan]

Satu kajian berskala besar di Norway menunjukkan bahawa pada semua baka, lebih kurang 4% anak anjing akan lahir mati dan 4% lagi akan mati dalam minggu pertama (mortaliti neonatal awal). Antara 8 hari dengan 8 bulan, 1% akan mati. Saiz seperinduk, saiz baka dan umur anjing betina berhubung kait dengan risiko meningkat. Baka berisiko tinggi untuk lahir mati termasuk anjing mastif Bordeaux (14.2%), anjing Santo Bernard (12.3%), anjing chow chow (12.1%), anjing corgi Wales Pembroke (11.7%) dan anjing Dalmatia (10.6%). Basenji, anjing greyhound Itali, anjing terier Australia, anjing terier gandum berbulu lembut Ireland dan bichon Havana mempunyai sedikit hingga tiada lahir mati (0-0.6%). Baka berisiko tinggi untuk mortaliti neonatal awal termasuk anjing belakang permatang Rhodesia (11.6%), anjing mastif Bordeaux (10.4% ), anjing Dalmatia (8.8%) dan anjing gembala Iceland (8.7%) sementara basenji dan anjing terier Tibet tidak mempunyai mortaliti neonatal awal dan anjing terier sempadan dan anjing ladang Denmark-Sweden mempunyai <1% mortaliti neonatal awal.[16]

Sebab biasa mortaliti neonatal awal ialah jangkitan bakteria, asfiksia janin dan sindrom anak anjing melemah. Sebab lain mungkin termasuk eutanasia pilihan kerana kecacatan kongenital atau kegagalan untuk mengakuri piawaian baka.[16]

Kajian pelbagai baka lain telah meletakkan kadar lahir mati pada 6.5-7% dan mortaliti neonatal awal pada 11.5-19.8%.[16]

Isu klinikal[sunting | sunting sumber]

Anjing betina berisiko untuk endometritis dan piometra dalam tempoh postpartum dan selepas estrus atau vaginitis. Tanda dan simptom termasuk demam, ketidakbermayaan, kehilangan selera, dahaga berlebihan, kekurangan rehat, luahan faraj yang berbau busuk yang mungkin atau tidak berdarah, kemandulan, atau mungkin tidak bergejala.[17][18][19][20] Jangkitan rahim patut dirawat dengan segera sekiranya disyaki. Berlawanan dengan kepercayaan umum, jangkitan rahim boleh menyerang mana-mana anjing betina utuh, sama ada sudah dibiakbakakan atau tidak, dan sama ada masanya musim pertamanya atau bukan sungguhpun ini lebih biasa sebaik anjing menjadi lebih tua.

Pembiakbakaan anjing[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pembiakbakaan anjing

Masa[sunting | sunting sumber]

Pembiak baka dan doktor veterinar mempunyai pelbagai kaedah untuk menentukan masa terbaik untuk membiakbakakan anjing. Pembiak baka bergantung pada kedua-dua tanda jelas estrus dan kaedah pengujian moden apabila cuba memilih masa terbaik untuk membiakbakakan anjing. Tanda jelas estrus (atau kemuncak) termasuk perdarahan faraj, pembengkakan vulva dan anjing betina bertindak balas terhadap anjing jantan dengan berdiri dan "membeku" untuk membenarkan anjing jantan untuk menyetubuhinya. Ketiga-tiga kaedah perubatan yang paling biasa digunakan untuk penentuan estrus ialah: progesteron serum dan hormon Luteinizing (LH) serta calitan faraj. Dua ujian pertama untuk paras hormon itu di dalam darah, dan "calitan" mengurangkan jumlah sel epitelium terkematu hadir di dalam rembesan faraj.

Ramai pembiak baka memilih LH dan ujian progesteron kerana sangat jitu sementara keadah calitan kadang-kadang tidak boleh diharap (terutamanya apabila dilakukan oleh doktor veterinar yang mempunyai pengalaman terhad dalam menjalankan ujian ini). Walau bagaimanapun kaedah calitan masih meluas digunakan kerana lebih murah, dan kurang menekankan anjing kerana tiada darah perlu dikeluarkan.

Sebelum penciptaan pengujian moden, pembiak baka mungkin mengawankan dua ekor anjing pada setiap dua hingga tiga hari semasa estrus anjing betina untuk memastikan bahawa persenyawaan telah berlaku. Kini, kebanyakan pembiak baka akan merunut kitaran anjing betina (biasanya dengan ujian darah progesteron) dan membiakbakakannya hanya semasa tingkap 3 hari apabila ia paling subur dan paling terbuka kepada anjing jantan.

Teman seperinduk ini dilahirkan kepada seekor ibu anjing gembala Australia yang bebas berkeliaran, mencadangkan bapa berlainan.

Anjing betina yang boleh bebas berkeliaran semasa estrus akan menghasilkan anak anjing daripada bapa berbilang. Pembiak baka mungkin sekali-sekala membiakbakakan anjing betina kepada lebih daripada seekor anjing jantan yang diingini untuk pelbagai sebab, dalam kes ini satu-satu cara yang boleh diharap untuk menentukan keturunan anak anjing adalah melalui pengujian DNA anak anjing dan ibu. Seperinduk ini dipanggil seperinduk "dua bapa", justeru itu frasa "saudara anjing" atau "dansanak anjing".

Tatacara[sunting | sunting sumber]

Pembiakbakaan semula jadi mudah dicapai pada kebanyakan anjing selagi anjing betina berada dalam estrus semasa percubaan. Hanya tempatkan kedua-dua anjing di persekitaran sama selama beberapa hari dan kebuntingan akan berlaku. Jika, kerana ciri baka atau anjing jantan hanya tersedia untuk jangka masa pendek, pembiakbakaan semula jadi tidak diingini, permanian buatan boleh digunakan. Ini kerap dilakukan di pejabat doktor veterinar.[petikan diperlukan] Faraj buatan disediakan, yang merupakan sarung lateks nipis berbentuk kon berhujung di tiub pengumpulan steril. Bahagian dalam sarung lateks sedikit dilincir. Anjing jantan dibenarkan membau anjing betina dalam estrus. Bapa anjing berpengalaman sedia bekerjasama dalam proses ini. Bapa anjing baharu kerap memerlukan galakan dalam bentuk perangsangan manual.[21][jelaskan] Umumnya anjing jantan akan menyetubuhi anak betina, dan pengumpul cepat-cepat mengalihkan zakar anjing jantan ke dalam sarung lateks. Anjing jantan memancutkan mani dan air mani dikumpulkan di dalam tiub. Air mani kemudian ditarik ke dalam pipet panjang tipis.[4] Pipet dimasukkan ke dalam serviks anjing betina dan air mani diletakkan ke dalam rahimnya. Ada penyelidikan yang sedang dilakukan mengenai kaedah untuk menyejukkan atau membekukan air mani anjing. Kini, untuk pembiakbakaan bermutu tinggi, satu daripada pasangan kerap diterbangkan ke lokasi pasangan lagi satu untuk tatacara ini.[petikan diperlukan]

Pembiakbakaan[sunting | sunting sumber]

Pembiakbakaan anjing baka tulen muncul sebagai tindak balas kepada kerja yang memerlukan jenis anjing tertentu, sama ada pemburuan, penjagaan, penggembalaan, atau kerja lain dan juga dibiakbakakan hanya untuk tarikan dan penampilan fizikal. Kebanyakan mutu kerja tidak lagi berguna untuk mana-mana tujuan berguna dalam masyarakat Barat. Mutu berlainan diperlukan untuk pelbagai kerja ini, seperti mulut lembut untuk anjing pengutip atau naluri penggembalaan untuk anjing gembala. Untuk membetulkan ciri baka genetik supaya dua ekor anjing boleh membiak, kebanyakan baka telah bermula dalam sejarah dengan pembiakbakaan dalam. Mutu yang dibetulkan itu kini dirujuk sebagai piawaian baka. Piawaian ialah set dan diiktiraf oleh setiap kelab baka kebangsaan. Banyak piawaian agak tertentu dan tidak terbuka kepada pentafsiran, seperti tinggi, jenis telinga (mencucuk lawan jatuh), ekor, bulu, dan ciri pengakuran lain. Aspek lain setiap baka mungkin terbuka kepada pentafsiran. Pembiak baka mungkin memfokuskan pengakuran, perangai, atau mutu kerja, seperti pemburuan, penudingan, penggembalaan, atau penyelamatan. Kini, matlamat utama untuk kebanyakan pembiak baka adalah untuk memperbaik baka pilihan mereka untuk pertunjukan serta menghasilkan anak anjing untuk penjualan anjing peliharaan. Ramai biasanya mengiklankan anjing mereka di Interenet, penjualan dan perkapalan, kerap melalui kapal terbang, untuk tujuan peliharaan dan pertunjukan.

Pembiak baka profesional tidak hanya menyedari piawaian baka, tetapi sesetengah cuba memperbaik keturunan baka dengan sama ada pembiakbakaan galur atau dengan memperkenalkan keturunan baharu (persilangan luar). Pembiak baka profesional mungkin menguji kecacatan genetik seperti displasia pinggul, pelbagai keadaan mata, masalah tiroid, dan gila babi, sebelum membiakbakakan baka anjing.

Pembiakbakaan silang[sunting | sunting sumber]

Anjing baka pereka ialah anjing baka kacuk yang sengaja dibiakbakakan daripada induk daripada dua baka berasas. Kajian telah menunjukkan bahawa anjing baka silang mempunyai sebilangan ciri pembiakan yang diingini. Scott dan Fuller[22] menjumpai bahawa anjing baka silang ialah ibu unggul berbanding dengan ibu baka tulen, menghasilkan lebih susu dan memberikan jagaan lebih baik. Kebaikan ini membawa kepada mortaliti menurun pada anak anjing baka silang. Tempoh masa 2 bulan diambil untuk anak anjing lahir. Walau bagaimanapun, mutu anjing baka silang tidak boleh dijangkakan. Contohnya, kacukan anjing pengutip Labrador x anjing pudel ("anjing labradoodle") boleh mewarisi bulu daripada sama ada anjing pengutip Labrador, anjing pudel, atau kacukan semula.

Pengembirian dan peneuteran[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Peneuteran

Pengembirian merujuk pemandulan haiwan—biasanya dengan pembuangan buah zakar jantan atau ovari betina dan rahim—untuk menghapuskan kebolehan untuk beranak, dan mengurangkan dorongan seks. Pengembirian juga diketahui mengurangkan kelangsangan pada anjing jantan, tetapi telah menunjukkan sekali-sekala meningkatkan kelangsangan pada anjing betina.[23]

Agensi kawalan haiwan di Amerika Syarikat dan ASPCA menasihatkan bahawa anjing yang tidak diniatkan untuk pembiakbakaan lanjut patut dikembiri atau dineuterkan supaya ia tidak mempunyai anak anjing yang tidak diingini.[24] Pengembirian boleh mengurangkan risiko penyakit bawaan hormon seperti barah buah dada, serta tingkah laku bawaan hormon yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, masalah perubatan tertentu lebih berkemungkinan selepas peneuteran, seperti kencing tidak terkawal pada anjing betina[25] dan barah prostat pada anjing jantan.[26] Sesetengah membantah pengembirian kerana pemandulan boleh dilakukan tanpa pemotongan organ. Pengembirian mungkin juga dilakukan kerana sebab etnik atau agama, kerana anjing jantan kadang-kadang mengawan antara satu sama lain (seks dubur) jika tidak diperkenalkan kepada anjing betina untuk tempoh masa lanjut.

Anjing yang ditunjukkan di gelanggang pengakuran tidak boleh sama ada dineuterkan atau dikembiri. Ini menyingkirkannya daripada pertunjukkan kerana ia mesti utuh dan tidak diubah.

Anjing dan kucing betina tujuh kali lebih berkemungkinan untuk mendapat tumor buah dada jika tidak dikembiri sebelum kitaran kemuncak pertama.[27]

Kajian[28][29][30][31] telah menunjukkan bahawa pengembirian atau peneuteran berkait hubung dengan akibat kesihatan dan tingkah laku yang serius:

Anjing betina terubah[sunting | sunting sumber]

Kelangsangan meningkat pada anjing betina yang diubah sekiranya pernah menunjukkan kelangsangan sebelum pengubahan secara pembedahan. Dalam satu kajian oleh O’Farrell dan Peachy, anjing betina yang berumur kurang daripada 11 bulan yang pernah menunjukkan tanda kelangsangan lebih mungkin mempunyai pengingkatan kelangsangan selepas dikembiri.[32] Peningkatan kelangsangan ini mungkin kerana perubahan kepekatan hormon mengejut yang merupakan hasil pengubahan. Sementara pengembirian anjing betina tidak "mengaruh" kelangsangan, pengembirian boleh meningkatkan kelangsangan (terutamanya kelangsangan kedominanan) dan memudahkan selera sembarangan pada anjing betina terubah muda dan boleh mencepatkan anjing betina untuk memakan makanan atau memakan item berhubung kait dengan makanan seperti sampah.[32][33] Apabila anjing betina menunjukkan kelangsangan kedominanan ia kerap ditujukan terhadap pemilik. Tingkah laku yang ditunjukkan termasuk: pemertahanan mainan, makanan, atau tempat rehat, gaya diri tegang/tegar, ketegakan telinga dan ekor, penunjukan gigi, bunyi geram, dan penyentapan atau penggigitan. Tingkah laku ini biasanya merupakan cubaan untuk membentuk sesetengah jenis "tatatingkat kedominanan" dalam keluarga. Sesetengah anjing mungkin menunjukkan kelangsangan kedominanan terpilih terhadap salah satu anggota keluarga tetapi bukan terhadap yang lain.[32] Kelangsangan kedominanan kadang-kadang boleh disebabkan apabila pemilik mencuba untuk meletakkan anjing peliharaan di kedudukan peserah (seperti di belakangnya). Kelangsangan kedominanan juga tidak terhad kepada manusia, kanin yang menunjukkan kelangsangan kedominanan juga boleh menunjukkan tingkah laku ini terhadap haiwan lain.

Anjing jantan terubah[sunting | sunting sumber]

Pada hampir 2/3 daripada kes yang melibatkan kelangsangan antara anjing pengembirian boleh membantu untuk mengurangkan kelangsangan. Pengembirian juga mengurangkan ciri tingkah laku tipikal jantan lain seperti cubaan persetubuhan, perayauan, dan penandaan air kencing. Secara tertentu, anak anjing jantan yang dineuterkan pada antara minggu ke-7 dengan ke-10 adalah tiga kali kurang mungkin menunjukkan masalah tingkah laku berbanding dengan anjing yang dineuterkan pada 6 bulan atau lebih tua.[34] Kebanyakan anjing yang langsang secara dominan ialah anjing jantan yang menyebabkan ramai orang untuk meneuterkan anjing jantan mereka. Pembuangan testosteron boleh mengurangkan keamatan tindak balas anjing terhadap rangsangan. Testosteron tidak menyebabkan tingkah laku untuk terjadi tetapi ketidakhadirannya mungkin mengurangkan kejadian tingkah laku "buruk".[34]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], Dr B Eilts, Louisiana State University School of Veterinary Medicine, "Normal Canine Reproduction" dicapai pada 10 April 2013
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 [2], Dr B Eilts, LSU Veterinary Medicine, "The Normal Canine Estrous Cycle" dicapai pada 10 April 2013.
  3. Dan Rice (3 Oktober 2008). The Complete Book of Dog Breeding. Barron's Educational Series. m/s. 51–. ISBN 978-0-7641-3887-4. http://books.google.com/books?id=CWPXxTSPrkwC&pg=PA51&dq=(dog)+(penis%7Cbaculum%7Cmating)&hl=en&sa=X&ei=TzwUUdO4FsqK0QHs24GwAg&ved=0CDIQ6AEwAQ#v=snippet&q=%22the%20breeding%20act%22&f=false. Capaian 7 Februari 2013. 
  4. 4.0 4.1 "Semen Collection from Dogs". Arbl.cvmbs.colostate.edu. 14 September 2002. http://arbl.cvmbs.colostate.edu/hbooks/pathphys/reprod/semeneval/dog.html. Capaian 29 Januari 2012. 
  5. Bekoff, M.; Diamond, J. (Mei 1976). "Precopulatory and Copulatory Behavior in Coyotes". Journal of Mammalogy (Persatuan Ahli Mamalogi Amerika Syarikat) 57 (2): 372–375. JSTOR 1379696. 
  6. Kleiman, D. G. (1967). "Some aspects of social behavior in the Canidae". American Zoologists (Persatuan Ahli Zoologi Amerika Syarikat) 7 (2): 365–372. doi:10.1093/icb/7.2.365. http://icb.oxfordjournals.org/content/7/2/365.short. Capaian 14 Mei 2011. 
  7. {{{1}}}


  8. Kleiman, D. G.; Eisenberg, J. F. (November 1973). "Comparisons of canid and felid social systems from an evolutionary perspective". Animal Behavior (Elsevier) 21 (4): 637–659. doi:10.1016/S0003-3472(73)80088-0. PMID 4798194. 
  9. Social Behaviour In Animals
  10. Biological Exuberance: Animal Homosexuality and Natural Diversity
  11. The Illustrated Encyclopedia of North American Mammals
  12. Templat:Petikan buku
  13. Roger Abrantes. Dog Language. Dogwise Publishing. m/s. 207–. ISBN 978-1-61781-045-9. http://books.google.com/books?id=ZISsdOoLMoEC&pg=PT207&dq=mating+thrusting&hl=en&sa=X&ei=jwSIUcK2G-r-4APbnYHgCQ&ved=0CEUQ6AEwBA. Capaian 6 Mei 2013. 
  14. [3], Dr B Eilts, Louisiana State University Veterinary Medicine, "Canine Pregnancy" dicapai pada 10 April 2013.
  15. 15.0 15.1 15.2 15.3 doi:10.1016.2Fj.theriogenology.2010.10.034
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  16. 16.0 16.1 16.2 doi:10.1016/j.theriogenology.2011.12.023
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  17. http://www.eje-online.org/content/9/4/407.extract
  18. Relationship of the blood endotoxin concentration and prognosis in dogs with pyometra. - Abstract - Europe PubMed Central
  19. [4][pautan putus]
  20. Endometritis Symptoms and Treatments in Dogs
  21. Veterinary Medicine. Syarikat Penerbitan Perubatan Veterinar. 1989. http://books.google.com/books?ei=6aoWUajBFcSZ0QGir4H4CA&id=l8kmAQAAMAAJ&dq=bulbus+glandis+masturbation&q=masturbation#search_anchor. Capaian 9 Februari 2013. 
  22. John Paul Scott, John L. Fuller. Dog Behavior. 
  23. Heidenberger E, Unshelm J (1990). "[Changes in the behavior of dogs after castration]" (dalam bahasa Jerman). Tierärztliche Praxis 18 (1): 69–75. PMID 2326799. 
  24. "Top 10 reasons to spay/neuter your pet". Persatuan Amerika Syarikat untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan. http://www.aspca.org/site/PageServer?pagename=adopt_spayneuter. Capaian 16 Mei 2007. 
  25. Arnold S (1997). "[Urinary incontinence in castrated bitches. Part 1: Significance, clinical aspects and etiopathogenesis]" (dalam bahasa Jerman). Schweiz. Arch. Tierheilkd. 139 (6): 271–6. PMID 9411733. 
  26. Johnston SD, Kamolpatana K, Root-Kustritz MV, Johnston GR (2000). "Prostatic disorders in the dog". Anim. Reprod. Sci. 60-61: 405–15. doi:10.1016/S0378-4320(00)00101-9. PMID 10844211. 
  27. Morrison, Wallace B. (1998). Cancer in Dogs and Cats (1st ed.). Williams and Wilkins. ISBN 0-683-06105-4. 
  28. The Negative Aspects of Neutering
  29. Golden retriever study suggests neutering affects dog health
  30. http://www.naiaonline.org/pdfs/LongTermHealthEffectsOfSpayNeuterInDogs.pdf
  31. http://avmajournals.avma.org/doi/abs/10.2460/javma.2005.227.1102?prevSearch
  32. 32.0 32.1 32.2 Bonnie Beaver (1999). Canine Behavior: A Guide for Veterinarians. 
  33. Peter Borchelt (1983). "Aggressive Behavior of dogs kept as companion animals: Classification and influence of sex, reproductive status and breed". Applied Animal Ethology 10 (1 & 2): 45–61. 
  34. 34.0 34.1 V. O'Farrel and E. Peachy (1990). "Behavioural effects of Ovariohysterectomy on Bitches". Small Animal Practice 31: 595–598. 
  • Siegal, Mordecai (1995). UCDavis Book of Dogs. HarperCollins. ISBN 0-06-270136-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]