Anjing pengutip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seekor anjing pudel piawai hitam mengutip itik melewar. Anjing pudel jarang digunakan untuk pengutipan lagi, dan kerap digunakan sebagai anjing teman.

Anjing pengutip ialah sejenis gundog yang mengutip buruan untuk pemburu. Secara umumnya, gundog terbahagi kepada tiga pengelasan utama: anjing pengutip, anjing spaniel penggarah, dan anjing penuding. Anjing pengutip dibiakbakakan terutamanya untuk mengutip burung atau mangsa lain dan memulangkan kutipan itu kepada pemburu tanpa kerosakan. Walau bagaimanapun anjing spaniel dan sesetengah baka anjing penuding kerap mengutip buruan, dan banyak anjing pengutip mahir dalam pencarian buruan, anjing pengutip dibezakan dengan pengutipan tanpa gelincir ialah fungsi utamanya. Hasilnya, baka anjing pengutip dibiakbakakan untuk mulut lembut dan kesanggupan tinggi untuk menyenangkan hati, belajar, dan patuh. Mulut lembut merujuk kesanggupan anjing untuk membawa buruan di dalam mulutnya tanpa menggigit buruan itu. "Mulut keras" pula ialah kesalahan serius pada anjing pemburu dan sangat sukar dibetulkan. Anjing bermulut keras menyebabkan buruan itu tidak elok atau paling teruk tidak boleh dimakan.

Kesanggupan untuk menyenangkan hati dan kebolehlatihan anjing pengutip telah menjadikan anjing pengutip seperti anjing pengutip Labrador dan anjing pengutip keemasan popular sebagai anjing pembantu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]