Pembiakan anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pembiakan kanin)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembiakan anjing ialah proses pembiakan seks pada anjing bela jinak.

Anatomi dan perkembangan seks anjing[sunting | sunting sumber]

Umum[sunting | sunting sumber]

Pada anjing bela jinak, kematangan seks (kebalighan) berlaku pada antara umur 6 hingga 12 bulan untuk kedua-dua anjing jantan dan anjing betina, sungguhpun ini boleh dilambatkan sehingga umur dua tahun untuk sesetengah baka besar. Kebuntingan adalah mungkin seawal kitaran estrus pertama, tetapi pembiakbakaan tidak disyorkan sebelum kitaran kedua.[1] Seperti spesies bela jinak lain, pembelajinakan telah dibiakbakakan secara terpilih untuk libido lebih tinggi, dan kitaran pembiakbakaan lebih awal pada anjing daripada leluhur liarnya.[petikan diperlukan]

Kitaran pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kitaran betina[sunting | sunting sumber]

Vulva anjing betina dalam kemuncak.

Panjang tempoh purata kitaran pembiakan untuk anjing betina ialah 2–4 minggu. Anjing betina mencapai kematangan seks (kebalighan) pada umur antara 8 dengan 18 bulan. Ada kebolehubahan besar pada umur kematangan antara baka, dan juga pada baka anjing.[2]

Peringkat pertama kitaran pembiakan ialah proestrus, yang melibatkan telur di dalam ovari mula menjadi matang dan paras estrogen mula meningkat. Semasa peringkat ini anjing jantan tertarik kepada anjing betina yang tidak terbuka. Pada awalnya, bibir vulva akan membengkak dan menjadi mudah dilenturkan dan akan ada jumlah kecil luahan faraj berdarah bersama dengan tanda kencing kerap dan kekurangan rehat. Proestrus umumnya berlangsung selama 9 hari.[2]

Estrus ialah peringkat seterusnya, yang melibatkan paras estrogen tinggi, telur matang dikeluarkan dari ovari, dan anjing betina secara mental dan fizikal menjadi terbuka kepada persanggamaan. Hanya semasa estrus bahawa persanggamaan akan menyebabkan kebuntingan.

Semasa proestrus dan estrus, anjing betina mungkin mempunyai luahan jernih kepada berdarah. Peringkat ini dikenali sebagai "kemuncak". Panjang tempoh kitaran ini sangat berlainan antara individu. Proestrus dan estrus boleh berlangsung sehingga bila-bila antara 5 hari hingga 21 hari.[2]

Diestrus ialah tempoh ikutan pengawanan. Diestrus berlangsung selama kira-kira 56 hingga 58 hari pada anjing betina bunting, dan 60 hingga 100 hari pada anjing betina tidak bunting. Semasa kedua-dua tempoh ini, paras progesteron adalah tinggi. Oleh sebab profil hormon anjing betina bunting dan anjing betina pada diestrus adalah sama, kadang-kadang anjing betina tidak bunting akan melalui tempoh kebuntingan palsu. Pada masa itu, ia mungkin meningkat beratnya, mempunyai perkembangan kelenjar buah dada, menghasilkan susu, dan menunjukkan tingkah laku persarangan.

Anestrus ialah tempoh ketenangan pembiakan. Anjing betina tidak mempunyai tarikan kepada atau daripada jantan. Anestrus umumnya berlangsung selama empat hingga lima bulan.[2]

Persanggamaan[sunting | sunting sumber]

Anjing bersanggama di pantai.

Seperti kebanyakan tetrapod, persanggamaan anjing melibatkan anjing jantan menyetubuhi anjing betina dari belakang, kedudukan yang secara tidak rasmi dirujuk sebagai "gaya anjing".[petikan diperlukan] Apabila anjing jantan tertarik untuk mengawan dengan anjing betina, ia akan membau vulva anjing betina.[petikan diperlukan] Sekiranya anjing betina tidak terbuka, ia akan duduk, baring, cuba menggigit, berlari, atau jika tidak sedemikian tidak bekerjasama.[petikan diperlukan] Sekiranya anjing betina terbuka, ia akan berdiri dan mengetepikan ekornya.[petikan diperlukan] Anjing jantan akan kerap sambung memeriksa belakang anjing betina, sebelum menyetubuhi anjing betina dari belakang sementara mencuba penembusan dengan zakarnya.[petikan diperlukan]

Pada masa penembusan, zakar anjing tidak tegang, dan hanya boleh menembusi anjing betina kerana zakarnya termasuk tulang nipis dipanggil "bakulum", satu ciri kebanyakan mamalia berplasenta. Apabila anjing jantan berjaya dalam penembusan, ia akan biasanya memegang anjing betinanya dengan lebih kuat dan meradak dalam-dalam. Pada masa ini yang zakar anjing jantan membesar dan penting bahawa bebuli glans cukup jauh ke dalam untuk anjing betina memerangkapnya. Tidak seperti persetubuhan manusia, yang melibatkan zakar lelaki pertama menembusi perempuan, persanggamaan kanin melibatkan anjing jantan menembusi betina dahulu, selepas pembesaran zakar untuk penegangan berlaku, yang biasanya berlaku dengan cepat.[3]

Kanin jantan ialah satu-satunya haiwan yang mempunyai bebuli glans mengunci, satu kawasan sfera tisu penegangan di dasar zakar. Semasa persanggamaan, dan hanya selepas zakar anjing jantan sepenuhnya berada di dalam faraj anjing betina, bebuli glans menjadi berisi dengan darah.[4] Apabila faraj anjing betina selepas itu mengecut, zakar terkunci di dalam anjing betina.[5] Ini dikenali sebagai "ikatan". Sementara ciri pengawanan pada kebanyakan canid, ikatan persanggamaan dilaporkan tidak hadir [6] atau sangat sekejap (kurang daripada satu minit)[7] pada anjing liar Afrika, mungkin kerana kebanyakan pemangsa besar di persekitarannya.[8]

Apabila zakar terkunci di dalam faraj oleh bebuli glans (apabila anjing jantan "terikat"), desakan menurun dan anjing jantan biasanya akan mengangkat kaki dan menggerakkannya ke atas belakang anjing betina sementera berpusing ke belakang. Kedua-dua berdiri dengan dengan hujung belakang kedua-duanya bersentuhan dan zakar terkunci di dalam faraj sementara pemancutan mani berlaku, mengurangkan kebocoran air mani dari faraj.[9][10][11] Selepas satu tempoh masa, biasanya antara 5 dengan 20 minit[12] (tetapi kadang-kadang lebih lama), bebuli glans mengecut, membolehkan pasangan berpisah. Anjing dara boleh kesakitan apabila mendapati bahawa kedua-duanya tidak boleh berpisah semasa persanggamaan pertamanya, dan mungkin cuba menarik pergi atau berlari. Pembiak baka anjing kerap mencadangkan kesesuaian pengendali untuk cuba menenangkan anjing mengawan jika menunjukkan keresahan setelah peringkat ini dicapai.

Kebuntingan dan seperinduk[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing baka kacuk bunting.
Seekor anjing liar dari Sri Lanka menyusui empat ekor anaknya yang masih ada.

Kebuntingan pada anjing ialah 63 hari panjangnya, sekiranya diukur dari hari pengovuman. Kerana kesusahan untuk menentukan tarikh tepat pengovuman, ralat kerap dilakukan dalam mengira tempoh kebuntingan.[13] Sperma anjing boleh hidup selama 10 hingga 11 hari di dalam saluran rahim (tiub Fallopio) maka sekiranya anjing betina dibiakbakakan 10 hari sebelum oosit (telur) boleh disenyawakan, ia akan kelihatan mempunyai panjang tempoh kebuntingan 70 hari. Sekiranya ia dibiakbakakan pada hari oosit boleh disenyawakan, panjang tempoh kebuntingannya kelihatan merupakan 60 hari.

Satu petua am ialah mamalia akan menghasilkan sebanyak separuh jumlah anak daripada bilangan puting pada ibunya. Petua ini diubah suai pada haiwan bela jinak kerana seperinduk lebih besar lebih dipilih untuk sebab ekonomi dan pada anjing, terutamanya, julat besar saiz dan bentuk memainkan peranan dalam bilangan anak anjing sihat yang boleh dibuntingkan oleh anjing betina. Anjing betina biasanya mempunyai 10 puting, tetapi ini tidak bererti ia boleh menyediakan nutrisi secukupnya untuk 10 ekor anak anjing dalam seperinduk.

Seperinduk purata terdiri daripada lima hingga enam ekor anak anjing, sungguhpun bilangan ini mungkin berlainan dengan besar berdasarkan baka anjing. Saiz baka berkorelasi dengan saiz perinduk. Baka kecil berpuratakan tiga hingga empat ekor anak anjing dalam setiap perinduk, dengan saiz perinduk maksimum kira-kira sebanyak 5–8 ekor. Baka besar pula berpuratakan 7 ekor anak anjing seperinduk tetapi boleh mempunyai saiz perinduk maksimum kira-kira 15 ekor.[14] Dalam satu kajian, anjing belakang permatang Rhodesia mempunyai saiz perinduk purata tertinggi dengan 8.9 ekor anak anjing seperinduk sementara anjing Pomerania dan pudel mainan mempunyai yang terendah dengan 2.4 ekor anak anjing seperinduk.[14]

Bilangan anak anjing juga berlainan dengan umur ibu. Pada baka lebih kecil, kedua-dua umur muda dan tua berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil. Pada baka lebih besar, hanya umur tua berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil.[14] Penggunaan permanian beradas juga berkaitan dengan saiz perinduk lebih kecil, dengan air mani beku mempunyai kesan lebih kuat daripada air mani segar.[14]

Sesetengah baka telah dikembangkan untuk menekankan ciri fizikal tertentu melebihi titik yang melibatkan baka boleh membuntingkan seperinduk dengan selamat sendiri.[petikan diperlukan]

Satu kajian berskala besar di Norway menunjukkan bahawa pada semua baka, lebih kurang 4% anak anjing akan lahir mati dan 4% lagi akan mati dalam minggu pertama (mortaliti neonatal awal). Antara 8 hari dengan 8 bulan, 1% akan mati. Saiz seperinduk, saiz baka dan umur anjing betina berkaitan dengan risiko meningkat. Baka berisiko tinggi untuk lahir mati termasuk dogue Bordeaux (14.2%), anjing Santo Bernard (12.3%), chow chow (12.1%), corgi Wales Pembroke (11.7%) dan anjing Dalmatia (10.6%). Basenji, greyhound Itali, terier Australia, terier gandum berbulu lembut Ireland dan bichon Havana mempunyai sedikit hingga tiada lahir mati (0–0.6%). Baka berisiko tinggi untuk mortaliti neonatal awal termasuk anjing belakang permatang Rhodesia (11.6%), dogue Bordeaux (10.4% ), anjing Dalmatia (8.8%) dan anjing gembala Iceland (8.7%) sementara basenji dan terier Tibet tidak mempunyai mortaliti neonatal awal dan terier sempadan dan anjing ladang Denmark-Sweden mempunyai <1% mortaliti neonatal awal.[15]

Sebab biasa mortaliti neonatal awal ialah jangkitan bakteria, asfiksia janin dan sindrom anak anjing melemah. Sebab lain mungkin termasuk eutanasia pilihan kerana kecacatan kongenital atau kegagalan untuk mengakuri piawaian baka.[15]

Kajian pelbagai baka lain telah meletakkan kadar lahir mati pada 6.5–7% dan mortaliti neonatal awal pada 11.5–19.8%.[15]

Isu klinikal[sunting | sunting sumber]

Anjing betina berisiko untuk endometritis dan piometra dalam tempoh postpartum dan selepas estrus atau vaginitis. Tanda dan simptom termasuk demam, ketidakbermayaan, kehilangan selera, dahaga berlebihan, kekurangan rehat, luahan faraj yang berbau busuk yang mungkin atau tidak berdarah, kemandulan, atau mungkin tidak bergejala.[16][17][18][19] Jangkitan rahim patut dirawat dengan segera sekiranya disyaki. Berlawanan dengan kepercayaan umum, jangkitan rahim boleh menyerang mana-mana anjing betina utuh, sama ada sudah dibiakbakakan atau tidak, dan sama ada masanya musim pertamanya atau bukan sungguhpun ini lebih biasa sebaik anjing menjadi lebih tua.

Pembiakbakaan anjing[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pembiakbakaan anjing
Teman seperinduk ini dilahirkan kepada seekor ibu anjing gembala Australia yang bebas berkeliaran, mencadangkan bapa berlainan.

Tatacara[sunting | sunting sumber]

Faraj buatan disediakan, yang merupakan sarung lateks nipis berbentuk kon berhujung di tiub pengumpulan steril. Bahagian dalam sarung lateks sedikit dilincir. Anjing jantan dibenarkan membau anjing betina dalam estrus. Bapa anjing berpengalaman sedia bekerjasama dalam proses ini. Bapa anjing baharu kerap memerlukan galakan dalam bentuk perangsangan manual.[20][jelaskan] Umumnya anjing jantan akan menyetubuhi anak betina, dan pengumpul cepat-cepat mengalihkan zakar anjing jantan ke dalam sarung lateks. Anjing jantan memancutkan mani dan air mani dikumpulkan di dalam tiub. Air mani kemudian ditarik ke dalam pipet panjang tipis.[4]

Pembiakbakaan silang[sunting | sunting sumber]

Anjing baka pereka ialah anjing baka kacuk yang sengaja dibiakbakakan daripada induk daripada dua baka berasas.[petikan diperlukan] Kajian telah menunjukkan bahawa anjing baka silang mempunyai sebilangan ciri pembiakan yang diingini. Scott dan Fuller[21] menjumpai bahawa anjing baka silang ialah ibu unggul berbanding dengan ibu baka tulen, menghasilkan lebih susu dan memberikan jagaan lebih baik. Kebaikan ini membawa kepada mortaliti menurun pada anak anjing baka silang. Tempoh masa 2 bulan diambil untuk anak anjing lahir. Walau bagaimanapun, mutu anjing baka silang tidak boleh dijangkakan.[petikan diperlukan] Contohnya, kacukan anjing pengutip Labrador x pudel ("labradoodle") boleh mewarisi bulu daripada sama ada anjing pengutip Labrador, pudel, atau kacukan semula.[petikan diperlukan]

Pengembirian dan peneuteran[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Peneuteran

Pengembirian merujuk pemandulan haiwan—biasanya dengan pembuangan buah zakar jantan atau ovari betina dan rahim—untuk menghapuskan kebolehan untuk beranak, dan mengurangkan dorongan seks.[petikan diperlukan] Pengembirian juga diketahui mengurangkan kelangsangan pada anjing jantan, tetapi telah menunjukkan sekali-sekala meningkatkan kelangsangan pada anjing betina.[22]

Agensi kawalan haiwan di Amerika Syarikat dan ASPCA menasihatkan bahawa anjing yang tidak diniatkan untuk pembiakbakaan lanjut patut dikembiri atau dineuterkan supaya ia tidak mempunyai anak anjing yang tidak diingini.[23] Pengembirian boleh mengurangkan risiko penyakit bawaan hormon seperti barah buah dada, serta tingkah laku bawaan hormon yang tidak diingini.[petikan diperlukan] Walau bagaimanapun, masalah perubatan tertentu lebih berkemungkinan selepas peneuteran, seperti kencing tidak terkawal pada anjing betina[24] dan barah prostat pada anjing jantan.[25] Sesetengah[nyatakan menurut siapa?] membantah pengembirian kerana pemandulan boleh dilakukan tanpa pemotongan organ.[petikan diperlukan] Pengembirian mungkin juga dilakukan kerana sebab etnik atau agama, kerana anjing jantan kadang-kadang mengawan antara satu sama lain (seks dubur) jika tidak diperkenalkan kepada anjing betina untuk tempoh masa lanjut.[petikan diperlukan]

Anjing yang ditunjukkan di gelanggang pengakuran tidak boleh sama ada dineuterkan atau dikembiri.[petikan diperlukan] Ini menyingkirkannya daripada pertunjukkan kerana ia mesti utuh dan tidak diubah.[petikan diperlukan]

Anjing dan kucing betina tujuh kali lebih berkemungkinan untuk mendapat tumor buah dada jika tidak dikembiri sebelum kitaran kemuncak pertama.[26]

Kajian[27][28][29][30] telah menunjukkan bahawa pengembirian atau peneuteran berkait hubung dengan akibat kesihatan dan tingkah laku yang serius:

Anjing betina terubah[sunting | sunting sumber]

Kelangsangan meningkat pada anjing betina yang diubah sekiranya pernah menunjukkan kelangsangan sebelum pengubahan secara pembedahan. Dalam satu kajian oleh O’Farrell dan Peachy, anjing betina yang berumur kurang daripada 11 bulan yang pernah menunjukkan tanda kelangsangan lebih mungkin mempunyai pengingkatan kelangsangan selepas dikembiri.[31] Peningkatan kelangsangan ini mungkin kerana perubahan kepekatan hormon mengejut yang merupakan hasil pengubahan. Sementara pengembirian anjing betina tidak "mengaruh" kelangsangan, pengembirian boleh meningkatkan kelangsangan (terutamanya kelangsangan kedominanan) dan memudahkan selera sembarangan pada anjing betina terubah muda dan boleh mencepatkan anjing betina untuk memakan makanan atau memakan item berkaitan dengan makanan seperti sampah.[31][32] Apabila anjing betina menunjukkan kelangsangan kedominanan ia kerap ditujukan terhadap pemilik. Tingkah laku yang ditunjukkan termasuk: pemertahanan mainan, makanan, atau tempat rehat, gaya diri tegang/tegar, ketegakan telinga dan ekor, penyeringaian gigi, bunyi geram, dan penyentapan atau penggigitan. Tingkah laku ini biasanya merupakan cubaan untuk membentuk sesetengah jenis "tatatingkat kedominanan" dalam keluarga. Sesetengah anjing mungkin menunjukkan kelangsangan kedominanan terpilih terhadap salah satu anggota keluarga tetapi bukan terhadap yang lain.[31] Kelangsangan kedominanan kadang-kadang boleh disebabkan apabila pemilik mencuba untuk meletakkan anjing peliharaan dalam kedudukan peserah (seperti di belakangnya). Kelangsangan kedominanan juga tidak terhad kepada manusia, kanin yang menunjukkan kelangsangan kedominanan juga boleh menunjukkan tingkah laku ini terhadap haiwan lain.

Anjing jantan terubah[sunting | sunting sumber]

Pada hampir 2/3 daripada kes yang melibatkan kelangsangan antara anjing pengembirian boleh membantu untuk mengurangkan kelangsangan. Pengembirian juga mengurangkan ciri tingkah laku tipikal jantan lain seperti cubaan persetubuhan, perayauan, dan penandaan air kencing. Secara tertentu, anak anjing jantan yang dineuterkan pada antara minggu ke-7 dengan ke-10 adalah tiga kali kurang mungkin menunjukkan masalah tingkah laku berbanding dengan anjing yang dineuterkan pada 6 bulan atau lebih tua.[33] Kebanyakan anjing yang langsang secara dominan ialah anjing jantan yang menyebabkan ramai orang untuk meneuterkan anjing jantan mereka. Pembuangan testosteron boleh mengurangkan keamatan tindak balas anjing terhadap rangsangan. Testosteron tidak menyebabkan tingkah laku untuk terjadi tetapi ketidakhadirannya mungkin mengurangkan kejadian tingkah laku "buruk".[33]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], Dr B Eilts, Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Negeri Louisiana, "Normal Canine Reproduction" dicapai pada 10 April 2013
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 [2], Dr B Eilts, Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Negeri Louisiana, "The Normal Canine Estrous Cycle" dicapai pada 10 April 2013.
  3. Dan Rice (3 Oktober 2008). The Complete Book of Dog Breeding. Barron's Educational Series. m/s. 51–. ISBN 978-0-7641-3887-4. http://books.google.com/books?id=CWPXxTSPrkwC&pg=PA51&dq=(dog)+(penis%7Cbaculum%7Cmating)&hl=en&sa=X&ei=TzwUUdO4FsqK0QHs24GwAg&ved=0CDIQ6AEwAQ#v=snippet&q=%22the%20breeding%20act%22&f=false. Capaian 7 Februari 2013. 
  4. 4.0 4.1 "Semen Collection from Dogs". Arbl.cvmbs.colostate.edu. 14 September 2002. http://arbl.cvmbs.colostate.edu/hbooks/pathphys/reprod/semeneval/dog.html. Capaian 29 Januari 2012. 
  5. Bekoff, M.; Diamond, J. (Mei 1976). "Precopulatory and Copulatory Behavior in Coyotes". Journal of Mammalogy (Persatuan Ahli Mamalogi Amerika Syarikat) 57 (2): 372–375. JSTOR 1379696. 
  6. Kleiman, D. G. (1967). "Some aspects of social behavior in the Canidae". American Zoologists (Persatuan Ahli Zoologi Amerika Syarikat) 7 (2): 365–372. doi:10.1093/icb/7.2.365. http://icb.oxfordjournals.org/content/7/2/365.short. Capaian 14 Mei 2011. 
  7. Creel, S. (17 Ogos 1998), "Social organization and effective population size in carnivores", in Caro, T. M., Behavioral ecology and conservation biology, Akhbar Universiti Oxford, pp. 246–270, ISBN 978-0-19-510490-5, http://google.com/books?id=Pn4jHskZ7F0C&pg=PA256 
  8. Kleiman, D. G.; Eisenberg, J. F. (November 1973). "Comparisons of canid and felid social systems from an evolutionary perspective". Animal Behavior (Elsevier) 21 (4): 637–659. doi:10.1016/S0003-3472(73)80088-0. PMID 4798194. 
  9. Social Behaviour In Animals
  10. Biological Exuberance: Animal Homosexuality and Natural Diversity
  11. The Illustrated Encyclopedia of North American Mammals
  12. Ruvinsky, A.; Sampson, J. (2001). The genetics of the dog. CABI. m/s. 564 (lihat hlm. 407). ISBN 978-0-85199-520-5. OCLC 45707635. http://google.com/books?id=bgZwjdB4xgEC&pg=PA407. 
  13. [3], Dr B Eilts, Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Negeri Louisiana, "Canine Pregnancy" dicapai pada 10 April 2013.
  14. 14.0 14.1 14.2 14.3 doi:10.1016.2Fj.theriogenology.2010.10.034
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  15. 15.0 15.1 15.2 doi:10.1016/j.theriogenology.2011.12.023
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  16. http://www.eje-online.org/content/9/4/407.extract
  17. Relationship of the blood endotoxin concentration and prognosis in dogs with pyometra. - Abstract - Pusat PubMed Eropah
  18. [4][pautan putus]
  19. Endometritis Symptoms and Treatments in Dogs
  20. Veterinary Medicine. Syarikat Penerbitan Perubatan Veterinar. 1989. http://books.google.com/books?ei=6aoWUajBFcSZ0QGir4H4CA&id=l8kmAQAAMAAJ&dq=bulbus+glandis+masturbation&q=masturbation#search_anchor. Capaian 9 Februari 2013. 
  21. John Paul Scott, John L. Fuller. Dog Behavior. 
  22. Heidenberger E, Unshelm J (1990). "[Changes in the behavior of dogs after castration]" (dalam bahasa Jerman). Tierärztliche Praxis 18 (1): 69–75. PMID 2326799. 
  23. "Top 10 reasons to spay/neuter your pet". Persatuan Amerika Syarikat untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan. http://www.aspca.org/site/PageServer?pagename=adopt_spayneuter. Capaian 16 Mei 2007. 
  24. Arnold S (1997). "[Urinary incontinence in castrated bitches. Part 1: Significance, clinical aspects and etiopathogenesis]" (dalam bahasa Jerman). Schweiz. Arch. Tierheilkd. 139 (6): 271–6. PMID 9411733. 
  25. Johnston SD, Kamolpatana K, Root-Kustritz MV, Johnston GR (2000). "Prostatic disorders in the dog". Anim. Reprod. Sci. 60–61: 405–15. doi:10.1016/S0378-4320(00)00101-9. PMID 10844211. 
  26. Morrison, Wallace B. (1998). Cancer in Dogs and Cats (ed. ke-1). Williams and Wilkins. ISBN 0-683-06105-4. 
  27. The Negative Aspects of Neutering
  28. Golden retriever study suggests neutering affects dog health
  29. http://www.naiaonline.org/pdfs/LongTermHealthEffectsOfSpayNeuterInDogs.pdf
  30. http://avmajournals.avma.org/doi/abs/10.2460/javma.2005.227.1102?prevSearch
  31. 31.0 31.1 31.2 Bonnie Beaver (1999). Canine Behavior: A Guide for Veterinarians. 
  32. Peter Borchelt (1983). "Aggressive Behavior of dogs kept as companion animals: Classification and influence of sex, reproductive status and breed". Applied Animal Ethology 10 (1 & 2): 45–61. doi:10.1016/0304-3762(83)90111-6. 
  33. 33.0 33.1 V. O'Farrel dan E. Peachy (1990). "Behavioural effects of Ovariohysterectomy on Bitches". Small Animal Practice 31: 595–598. 
  • Siegal, Mordecai (1995). UCDavis Book of Dogs. HarperCollins. ISBN 0-06-270136-3. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]