Perundingan Menghadkan Senjata Strategik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perundingan Menghadkan Senjata Strategik merujuk kepada dua pusingan perundingan dua pihak berkenaan perjanjian antarabangsa di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dua buah kuasa besar semasa Perang Dingin berkenaan isu-isu pengawalan senjata. Terdapat dua pusingan rundingan dan persetujuan iaitu: SALT I dan SALT II. Perjanjian selepasnya dikenali sebagai START.

Perundingan bermula di Helsinki, Finland, pada tahun 1969 dan memfokuskan kepada menghadkan simpanan senjata nuklear bagi dua negara ini. Perjanjian-perjanjian ini telah membawa kepeda START (Strategic Arms Reduction Treaty) atau "Perjanjian Mengurangkan Senjata Strategik". START I (satu perjanjian antara Amerika dan Soviet pada tahun 1991) dan START II (satu perjanjian antara Amerika Syarikat dan Rusia pada tahun 1993) telah meletakkan had tertentu bagi kedua buah negara berkenaan jumlah persenjataan nuklear.

SALT I[sunting | sunting sumber]

SALT I adalah nama biasa untuk Perjanjian Rundingan Menghadkan Senjata Strategik, juga dikenali sebagai Perjanjian Menghadkan Senjata Strategik. SALT I telah mengurangkan jumlah pelancar peluru berpandu strategik kepada jumlahnya kini, dan membenarkan penambahan baru pelancar peluru berpandu lancaran kapal selam dilakukan hanya setelah pelancar lama peluru berpandu balistik antara benua dan lancaran kapal selam dikurangkan dalam jumlah yang sama.

Gerald Ford dan Leonid Brezhnev sedang menandatangani perjanjian bersama SALT di Vladivostok, pada 23 November, 1974

. Ciri kekuatan strategik nuklear di Soviet dan Amerika Syarikat telah berubah pada tahun 1968. Jumlah peluru berpandu A.S. ditetapkan pada tahun 1967 sebanyak 1,054 buah ICBM dan 656 buah SLBM, akan tetapi terdapat peningkatan jumlah bagi peluru berpandu dengan kepala peledak kenderaan masuk semula boleh sasar berbilang bebas (MIRV) yang telah diatur gerak. MIRV boleh membawa kepala peledak berbilang, kadang kala membawa pengumpan bagi mengelirukan sistem peluru berpandu anti-balistik, menjadikan pembangunan sistem peluru berpandu anti balistik semakin sukar dan mahal.

Rundingan telah berlangsung bermula dari 17 November, 1969 sehingga Mei 1972 dengan siri-siri mesyuarat yang bermula di Helsinki, dengan delegasi A.S diketuai oleh Gerard C. Smith, pengarah bagi Agensi Pelucutan dan Kawalan Senjata. Sesi-sesi berikutnya digilirkan antara Vienna dan Helsinki. Selepas kebuntuan yang panjang, keputusan pertama bagi SALT I diperolehi pada Mei 1971, apabila persetujuan dicapai bagi Sistem Anti-Peluru Berpandu Balistik. Perbincangan selanjutnya membawa kepada penamatan rundingan pada 26 Mei, 1972 di Moscow apabila Richard Nixon dan Leonid Brezhnev menandatangani Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik dan Perjanjian Sementara antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet bagi beberapa kaedah pengukuran berkenaan Menghadkan Senjata Serangan Strategik. Sejumlah kenyataan persetujuan juga dibuat. Ini telah meningkatkan hubungan di antara A.S dan Kesatuan Soviet.

Jimmy Carter dan Leonid Brezhnev menandatangani perjanjian SALT II, pada 18 Jun 1979, di Vienna.

SALT II[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan satu ujian rundingan kontroversi di antara Jimmy Carter dan Leonid Brezhnev bermula pada tahun 1972 sehingga 1979 di antara A.S. dan Soviet, yang mana cuba menghadkan pengeluaran senjata nuklear strategik. Ia adalah kelangsungan daripada rundingan-rundingan SALT I. SALT II adalah perjanjian senjata nuklear pertama yang dianggap pengurangan sebenar kuasa strategik kepada 2,250 buah kenderaan pengangkut dalam semua kategori bagi kedua buah negara. SALT II telah membantu A.S. untuk tidak menggalakkan Soviet daripada membekalkan generasi ketiga peluru berpandu antara benua yang terdiri daripada SS-17, SS-19 dan SS-18.

Persetujuan bagi perjanjian ini telah dicapai di Vienna pada 18 Jun, 1979, dan telah ditandatangani oleh Leonid Brezhnev dan Jimmy Carter. Sebagai tindak balas terhadap keengganan Kongres Amerika Syarikat untuk meratafikasikan perjanjian ini, seorang senator muda dari Jawantankuasa Hubungan Luar Senat, Senator Joseph Biden dari Delaware, telah berjumpa dengan Menteri Luar Soviet Andrey Gromyko, "educated him about American concerns and interests" dan berjaya mendapat beberapa perubahan yang mana kedua-dua Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Presiden Jimmy Carter tidak berjaya memperolehinya.

Enam bulan selepas menandatangani perjanjian ini, tentera Soviet telah diaturgerak ke Afghanistan, dan pada bulan September tahun yang sama, beberapa senator termasuk Henry M. Jackson dan Frank Church telah menemui apa yang dipanggil sebagai "jambatan Soviet" di Cuba. Disebabkan kejadian-kejadian ini, perjanjian ini tidak pernah diratafikasikan secara rasmi oleh Dewan Senat Amerika Syarikat. Meskipun begitu, terma-termanya dipatuhi oleh kedua-dua negara sehingga tahun 1986 apabila pentadbiran Reagan Administration menarik diri daripada SALT II selepas menuduh Soviet melanggar pakatan ini.

Perbincangan selanjutnya berlaku di bawah Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) dan Perjanjian Halangan Ujian Komprehensif yang mana menamatkan Perang Dingin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]