Pesta Tanglung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perayaan pesta Tanglung di Shijiazhuang.


Pesta Tanglung (Cina ringkas: 元宵节Cina tradisional: 元宵節pinyin: Yuánxiāojié atau Cina ringkas: 上元节Cina tradisional: 上元節pinyin: Shàngyuánjié; Bahasa Vietnam: Tết Nguyên tiêu; Hán tự: 節元宵) adalah suatu pesta Cina diperayaikan pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan, yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi seperti Singapura, Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke pekong membawa tanglung kertas (Cina ringkas: 兔子灯Cina tradisional: 兔子燈pinyin: tùzidēng) dan menyelesai riddles di tanglung (Cina ringkas: 猜灯谜Cina tradisional: 猜燈謎pinyin: cāidēngmí). Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina.

Pada zaman kuno, tanglung-tanglung adalah sederhana, kerana hanya maharaja dan kerabat bangsawan mempunyai yang berhias; pada zaman moden, tanglung telah dihias dengan banyak reka bentuk kompleks. Contohnya, tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk-bentuk haiwan.

Pesta Tanglung juga digelarkan Tahun Baru Kecil sejak ia menandakan akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina.

Di Vietnam, pesta ini, datang selepas Tahun Baru, Tết, dan digelar "Tết Thượng Nguyên" atau "Tết Nguyên Tiêu".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama adalah Pesta Tanglung Cina kerana hari pertama bulan bulan digelar bulan yuan dan pada zaman kuno orang menggelar malam Xiao. Pada hari ke-15 adalah malam pertama untuk melihat bulang pebuh. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di China. Menurut dengan tradisi Cina, pada permulaan tahun baru, apabila bulan penuh terang berada di langit, eharusnya beribu-ribu tanglung berwarna-warni digantung untuk orang lain menghargainya. Pada waktu ini, orang akan cuba menyelesaikan teka-teki di tanglung dan makan yuanxiao (元宵)(bola pulut) dan mendapatkan semula keluarga-keluarga mereka bersatu dalam atmosfera meriang.

Asal-usul terawal[sunting | sunting sumber]

Ada banyak kepercayaan berlaian tentang asal-usul Pesta Tanglung. Tetapi satu perkara pastinya adalah bahawa ia berkenaan sesuatu dengan perayaan dan menuaikan hubungan positif di antara orang, keluarga, semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka memberpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun.

Satu legenda memberitahu kita bahwa ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi, Tuhan Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir dunia manusia. Dia telah mempunyai enam belas naga di beknya dan memganggil dan dia berkeputusan bila hendak memberikan kemarau, ribut, famine atau pestilence terhadap manusia. Bermula dengan Qinshihuang, maharaja pertama untuk menyatukan negara, kesemua maharaja memerintahkan upacara hebat sekali tiap tahun. Maharaja akan meminta Taiyi untuk mebawa cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya. Maharaja Wudi dari Dinasti Han mengarahkan perhatian khas pada upacara ini. Pada 104 SM, dia mengumumkannya sebagai salah satu perayaan yang terpenting dan upacara akan menahan sepanajng malam. Mereka menbersihkannya pada waktu pagi.

Suatu lagi lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama bulan berkenaan bulan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib baik.

Suatu lagi lagenda umum menguruskan dengan asal-usul Pesta Tanglung mengatakan seekor burung cantik yang terbang bawah ke bumi dari syurga, yang diburu dan dibunuh orang sesetnegah orang kampung. Ini memarahi Maharaja Jed kerana burung itu adalah kegemarannya. Oleh itu, dia merancangakan suatu ribut api yang memusnahkan kampung mereka pada hari ke-15 lunar. Anak perempuan Maharaja Jed mendengari rancangan ini, dan memberik amaran pada orang kampung mengenai rancangan bapanya untuk memusnahkan kampung mereka. Kampung itu berada dalam keadaan kelam kabut kerana tiada orang megetahui bagaimana mereka harus melarikan diri dari kebinasaan yang tidak lama lagi akan berlaku. Meskipun, seorang lelaki bijaksana dari satu lagi kampung bercadangkan bahawa setiap keluarga seharusnya menggantung tanglung merah di keliling rumah mereka, melakukan unggun api di jalan, dan meletupkan mercun pada hari ke-14, 15 dan 16 lunar. Ini akan memerikan kampung itu kelihatan telah berada dalam kebakaran ke Maharaja Jed. Pada hari ke-15 lunar, tentera yang dikirimkan dari syurga yang misinya untuk membinasakan kampung melihat bahawa kampung telah dibakar, dan pulang ke syurga untuk melapornya ke Maharaja Jed. Pusa hati, Maharaja Jed berkeputusan untuk tidak membakar kampung. Sejak hari itu, orang merayaikan ulang tahun pada hari lunar ke-15 tiap hari dengan membawa tanglung merah di jalan dan meletupkan mercun dan bunga api.

Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini didirikan. Satu lagi cerita adalah tentang seorang pembantu. Sewaktu Dinasti Han, En. Timur adalah seorang penasihat kegemaran maharaja. Satu hari musim sejuk, dia pergi ke kebun dan mendengar seorang anak perempuan menangis dan berseida untuk melompat ke dalam perigi untuk membunuh diri. En. Timur menghentikannya dan bertanya mengapa. Perempuan itu berkata bahawa dia adalah seorang pembatu di istana maharaja dan namanya adalah Yuan-Xiao. Dia tidak pernah mempunyai kesempatan untuk bertemu keluarganya selepas dia bermula bekerja di istana. Dia sangat rindu pada mereka tiap bulan ke-12 lunar. Jika dia tidak berkesempatan untuk menunjukkan ketaatannya dalam hidup ini, dia lebih baik mati. En. Timur berjanji dengannya untuk mencari suatu jalan supaya dia dapat bersatu dengan keluarganya. En. Timur meninggalkan istana dan mendirikan sebuah gerai tengok nasib dan menyamarkan dirinya sebagai seorang tukang telek. Oleh kerana reputasinya, banyak orang menanyakan nasib mereka. Tetapi tiap orang mendapatkan ramalan yang sama - suatu kemalangan kebakaran besar pada hari ke-15 lunar. Khabar angin tersebar secara cepat.

Setiap orang bimbang akan masa hadapan dan meminta En. Timur untuk pertolongan. En. Timur berkata, "Pada hari ke-13 lunar, Dewa Api akan kirim seorang pari-pari wanita dalam merah dan membakar bandar. Jika anda melihat seorang wanita memakai baju merah dan seluar hijau menunggang kuda pada hari itu, ana seharusnya meminat pengasihannnya." Pada hari itu, Yuan-Xiao berpura-pura untuk menjadi wanita pari-pari dalam baju merah itu. Apabila orang meminta pertolongan darinya, dia berkata, "Saya adalah utusan Dewa Api dan akan datang untuk memeriksa bandar dan saya akan kirim kebarakan pada hari ke-15. Ini adalah perintah dari Maharaja Jed. Dia akan memerhati dari syurga. Saya akan memberi salinan dikri kemaharajaan Dewa Api. Anda seharusnya meminta maharaja anda untuk mencari jalan keluar." Selepas dia berangkat, rakyat pergi ke istana untuk menunjukkan maharaja dikri yang bertulis "Ibu negara berada dalam masalah. Api membakar istana, dan kebakaran dari Syurga membakar sepanjang malam pada hari ke-15." Maharaja Dinasti Han sangat terkejut. Dia memanggil dan meminta nasihat dari En. Timur. Selepas merenung untuk sementara, En. Timur berkata, "Saya mendengar bahawa Dewa Api suka makan Tang-Yuan (Ladu manis). Adakah Yuan-Xiao sering masak Tang-Yuan untuk Tuanku? Pada hari lunar ke-15, biarkan Yuan-Xiao membuat Tang-Yuan. Tuanku akan menugaskan upacara pujaan dan Tuanku akan memberikan perintah pada semua rumah untuk menyediakan Tang-Yuan untuk menyembah Dewa Api pada waktu yang sama. Juga, kirimkan suatu lagi perintah untuk meminta tiap rumah di kota untuk gantung tanglung merah dan meletupkan mercun. Akhirnya, setiap orang dalam istana dan orang di luar kota seharusnya membawa tanglung mereka di jalan untuk melihatkan hiasan tanglung dan mercun. Jika semua berjalan secara ini, Maharaja Jed akan ditipukan. Selepas itu setiap orang dapat mencegah kemalangan kebakaran."

Maharaja secara bergembira mengikut rancangan itu. Tanglung-tanglung berada di mana-mana tempat di ibu kota pada malam ke-15 hari lunar. Rakyat berjalan di jalan. Mercun tetap membuat banyak bunyi bising. Ia kelihatan keseluruhan kota berada dalam kebakaran. Ibu bapa Yuan-Xiao pergi ke istana untuk memerhatikan hiasan tanglung, dan Yuan-Xiao membuat sebuah tanglung besar dan menulis namanya pada tanglung itu. Mereka bersatu secara bergembira selepas ibu bapanya memanggil namanya. Setiap orang selamata pada malam itu. Maharaja Jed mempunyai perintah baru bahawa rakyat seharusnya melakukan yang sama setiap tahun. Sejak Yuan-Xiao memasak Tan-Yuan yang terbaik, rakyat memanggil hari itu Pesta Yuan-Xiao.

Pemuda dan pemudi chaperoned di jalan-jalan mengharapkan mendapat kekasih. Para telangkai bertindak sibuk dalam berharap menyatukan pasangan. Tanglung-tanglung yang paling terang adalah tanda nasib baik dan harapan. Apabila waktu telah berlalu, pesta itu tidak lagi mempunyai implikasi seperti itu.

Mereka yang tidak membawa tanglung sering menikmati memerhati perarakan tanglung. Tambahan pada memakan tangyuan (Cina ringkas: 汤圆Cina tradisional: 湯圓pinyin: tāngyuán), suatu lagi aktiviti masyhur pada pesta ini adalah meneka teka-teki tanglung (yang mana menjadi sebahagian dari pesta itu sewaktu Dinasti Tang), yang sering mengandungi pesanan nasib baik, kesatuan semula keluarga, penuairan yang amat banyak, kemakmuran dan kecintaan.

Kurun ke-6 dan selepas itu[sunting | sunting sumber]

Hingga Dinasti Sui pada kurun keenam, Maharaja Yangdi menjemput utusan khas dari negara-negara lain ke China untuk melihat tenglung-tanglung bercahaya berwarna-warni dan menikmati persembahan gala.

Pada mulanya Dinasti Tang pada kurun ketujuh, peparan tanglung akan bertahan selama tiga hari. Maharaja juga mengalih perintah berkurung, membenarkan rakyat untuk menikmati pesta tanglung siang dan malam. Ia tidak sukar untuk mencari sajak Cina yang menjelaskan babak gembira ini.

Sewaktu Dinasti Song, pesta ini tirayaikan selama lima hari dan aktiviti-aktiviti bermula untuk bersebar ke banyak bandar besar di China. Kaca dan juga jed berwarna digunakan untuk membuat tanglung, dengan tokoh-tokoh dari cerita rakyat dicat pada tanglung.

Meskipun, perayaan Pesta Tanglung mengambil tempat sewaktu bahagian awal kurun ke-15. Perayaan-perayaan itu berterusan selama sepuluh malam. Maharaja Chengzu telah mendirikan kawasan pusat bandar diketepikan untuk sebuah pusat memaparkan tanglung-tanglung. Walaupun ke hari ini, ada sebuah tempat di Beijing digelar Dengshikou. Dalam bahasa Cina, Deng bermakna tanglung dan Shi adalah pasar. Kawasan ini menjadi sebuah pasar di mana tanglung dijual pada waktu siang. Pada waktu petang, orang tempatan akan pergi sana untuk melihat tanglung bercahaya cantik di paparan.

Hari ini, paparan tanglung masih suatu peristiwa besar pada hari ke-15 dari bulan lunar pertama di sepanjang China. Chengdu di Provinsi Sichuan di Barat Laut China, contohnya, menjalankan suatu pesta tanglung setiap tahun di Taman Budaya. Sewaktu Pesta tanglung, taman ini adalah sebuah lautan penglihatan tanglung! Banyak reka bentuk menarik ramai pelawat. tanglung yang paling menarik perhatian adalah Tiang Naga. Ini adalah sebuah tanglung dalam bentuk sebuah naga emas, berpilin-pilin sebuah tiang 27 meter tinggi, bunga api dari mulutnya. Bandar-bandar seperti Hangzhou dan Shanghai telah menggunakan tanglung elektrik dan neon, yang dapat sering dilihat di samping rakan kertas atau kayu tradisional mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]