Pilihan raya kecil Sungai Limau 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pilihan raya kecil Sungai Limau 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N20 Sungai Limau Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 November 2013.[1]. Hari pencalonan ialah 23 Oktober 2013. Kerusi DUN Sungai Limau menjadi kosong selepas kematian bekas Menteri Besar Kedah iaitu ADUNnya Azizan Abdul Razak pada 26 September 2013 akibat komplikasi jantung.[2].Tan Sri Azizan merupakan seorang wakil rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia dan Menteri Besar Kedah yang pertama dari PAS.

Pada 21 Oktober, Barisan Nasional telah membuat pengumuman bahawa Dr Ahmad Sohaimi Lazim, seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional [3]manakala PAS menamakan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samad sebagai calon dari parti PAS.[4]. Pilihan raya ini telah melihat sebagai satu bentuk referendum terhadap Menteri Besar Kedah terkini dari Barisan Nasional, Mukhriz Mahathir yang baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk dipilih sebagai naib presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada 19 Oktober 2013.[5][6][7]

Pilihan raya tersebut telah dimenangi oleh Mohd Azam Samad dengan majoriti kecil sebanyak 1,084 undi.[8]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

PAS berjaya mengekalkan kerusi ini.[9][10]

Dewan Undangan Negeri Kedah: Sungai Limau mengikut pilihan raya, 2013
Parti Calon Undi % ±%
Pakatan Rakyat Mohd Azam Samad 12,069 52.35 3.05
Barisan Nasional Ahmad Sohaimi Lazim 10,985 47.65 3.81
Undi Rosak 195 0.84
Majoriti 1,084 4.60 6.95
Peratusan mengundi 23,249 85.41 3.81
Pakatan Rakyat pemegang Ayunan 3.43

Rujukan[sunting | sunting sumber]