Portal:Opera/Selected article

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tenor merujuk kepada penyanyi lelaki yang mempunyai nada suara tertinggi. Nama “Tenor” diambil dari bahasa Latin yang bermaksud “menahan”. Pada zaman pertengahan (medieval) dan zaman pembaharuan (renaissance) di antara tahun 1250 dan 1500, seorang tenor adalah penyanyi struktur utama (mempertingkatkan melodi muzik dari latar belakang) untuk suara-suara nyanyian dan alatan muzik.

Suara-suara nyanyian lain biasanya diukur mengikut gerak suara dan penahanan suara seorang tenor, yang kerapkali disambung dengan nada panjang yang diambil dari melodi “Kantus Firmus” yang bermaksud nyanyian atau melodi tetap.Sehingga penghujung abad ke-15 pada pengenalan “kontratenor bassus” (penyanyi bes moden), penyanyi tenor kebiasaannya menyanyikan nada suara yang rendah untuk membantu kumpulan penyanyi mendapat suara nyanyian harmoni lengkap. Pada abad yang sama juga, suara “tenor” menjadi satu suara yang disyorkan untuk penyanyi lelaki bagi bahagian tersebut.

Penyanyi-penyanyi terkenal opera dari serata dunia termasuklah Carlo Bergonzi (Itali), Beniamino Gigli (Itali), Georges Thill (Perancis), Jussi Björling (Sweden), Nicolai Gedda (Sweden), José Carreras (Sepanyol), Enrico Caruso (Itali), Plácido Domingo (Sepanyol), Jon Vickers (Kanada), Richard Tucker (Amerika Syarikat), Franco Corelli (Itali), Lauritz Melchior (Denmark), Fritz Wunderlich (Jerman), Luciano Pavarotti (Itali), Juan Diego Florez (Peru), David Hobson (Australia), Mario Del Monaco (Itali), Ignacio Gomez(Chile), Bülent Bezdüz (Turki), Wu Pak Chiu (China), Nicholas Dore (England) dan Rolando Villazon (Mexico).