Sellapan Ramanathan
| S. R. Nathan செல்லப்பன் ராமநாதன் |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 1 September 1999 – 1 September 2011 |
|
| Perdana Menteri | Goh Chok Tong Lee Hsien Loong |
|---|---|
| Didahului oleh | Ong Teng Cheong |
| Digantikan oleh | Tony Tan Keng Yam |
|
|
|
| Tarikh lahir | 3 Julai 1924 (88 tahun) |
| Tempat lahir | Singapura |
| Parti politik | Bebas |
| Pasangan | Urmila Umi Nandey |
| Alma mater | Universiti Malaya |
| Profesion | Pekerja awam |
| Agama | Hindu |
Sellapan Ramanathan[1] (Bahasa Tamil: செல்லப்பன் ராமநாதன், Cellappaṉ Rāmanātaṉ [?]; lahir 3 Julai 1924) merupakan Presiden Republik Singapura yang memegang jawatan pada tahun 1999 hingga 2011. Beliau dipilih sebagai Presiden dalam pilihan raya tanpa bertanding pada tahun 1999 dan 2005. Pada tahun 2009, beliau memintas Benjamin Sheares sebagai Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat.
Nathan mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Anglo-Chinese, Rangoon Road Afternoon School serta Sekolah Victoria. Beliau mula bekerja sebelum tamat pengajaran di sekolah. Selepas Perang Dunia II, sambil bekerja, beliau belajar bersendirian hingga ke peringkat menengah dan berjaya melayakkan diri ke Universiti Malaya (di Singapura). Di situ, beliau berjaya meraih Diploma dalam Bidang Kemasyarakatan (Kepujian).
Nathan memulakan kerjayanya dengan Perkhidmatan Awam Singapura pada tahun 1955 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan pemerintah sebelum beliau dilantik sebagai Presiden.
Bagi menghargai sumbangannya kepada negara, pemerintah Singapura telah menganugerahkan beliau Bintang Bakti Masyarakat pada tahun 1964, Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada tahun 1967 dan Pingat Jasa Gemilang pada tahun 1974.
Nathan berumahtangga dengan Puan Urmila (Umi) Nandey dan mempunyai seorang anak perempuan dan lelaki dan tiga orang cucu.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Ong Teng Cheong |
Presiden Singapura 1999–2011 |
Diikuti oleh: Tony Tan Keng Yam |
Rujukan [sunting]
- ↑ Yap, Sonny; Lim, Richard; Leong, Weng Kam (2009). Men In White - The Untold Story of Singapore's Ruling Political Party, p.145. Singapore Press Holdings Ltd., Singapore,ISBN 9789814266246
|
||||||||||||||