Saint Pierre dan Miquelon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Saint-Pierre dan Miquelon)
Collectivité territoriale de Saint-Pierre-et-Miquelon
Bendera Saint Pierre dan Miquelon
Jata Saint Pierre dan Miquelon
Bendera tempatan Jata
Cogan kataA Mare Labor  (Latin)
"Dari Laut, Kerja"
Lagu kebangsaanLa Marseillaise
Lokasi Saint Pierre dan Miquelon
Ibu negara
dan bandar terbesar
Saint-Pierre
Bahasa rasmiBahasa Perancis
KerajaanWilayah tangungan
Nicolas Sarkozy
• Presiden Majlis Wilayah]]
Stéphane Artano
• Pengawas
Yves Fauqueur
Overseas collectivity
• Diserahkan oleh UK
30 Mei 1814
27 Oktober 1946
• Jabatan luar negara
17 Julai 1976
• Territorial collectivity
11 Jun 1985
• Overseas collectivity
28 Mac 2003
Keluasan
• Jumlah
242 km2 (93 bt2) (ke-208)
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Bancian Penduduk Januari 2006
6,125
25/km2 (64.7/sq mi) (ke-176)
KDNK (PPP)2003
• Jumlah
$48.3 juta (ke-226)
$6,874 (tidak diukur)
Mata wangEuro ()[1]
(EUR)
Zon waktuUTC-3 (PMST)
• Musim panas (DST)
UTC-2 (PMDT)
Kod panggilan508
Kod ISO 3166PM
DPT internet.pm

Saint-Pierre dan Miquelon merupakan kepulauan Perancis yang terletak di utara Lautan Atlantik, 25 km di selatan Pulau Newfoundland, Kanada. Dahulunya ia merupakan jabatan seberang laut kemudian kumpulan wilayah berstatus khas. Sekarang ia merupakan kelompok seberang laut (collectivité d'outre-mer dalam bahasa Perancis).

Kepulauan ini terdiri daripada tiga pulau utama : Saint-Pierre, yang terkecil tetapi menempatkan 90 % daripada jumlah penduduk kepulauan, Miquelon, dan Langlade, di mana kedua-dua pulau tersebut dihubungi oleh tanah genting pasir sejak abad ke-17. Saint-Pierre dan Miquelon juga terdiri daripada beberapa pulau kecil yang tidak diduduki manusia.

Bersama Guadeloupe, Martinique, Guiana Perancis, Saint-Martin, Saint-Barthélemy dan Clipperton, Saint-Pierre dan Miquelon merupakan salah satu daripada tujuh wilayah Perancis di Amerika dan satu-satunya di Amerika Utara, kesan peninggalan empayar penjajahan Perancis Baru.

Dahulunya Saint-Pierre dan Miquelon dinamakan Isle Sainct Pierre oleh Jacques Cartier ketika dia singgah pada bulan Jun 1536. Sebelum itu, pelayar Portugis José Álvarez Faguendes telah singgah di kepulauan tersebut pada 1520 dan menamakannya “kepulauan sebelas ribu anak dara”. Kepulauan ini telah jatuh ke tangan pihak Inggeris dan pihak Perancis berulang kali sebelum menjadi hak milik muktamad Perancis pada 1815.

Peta Saint-Pierre dan Miquelon

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Saint-Pierre adalah nama Perancis bagi Santo Petros dan dia merupakan santo naungan bagi nelayan (bersama Santo Andreas, Santo Antonius dari Padua, Santo Nicolas dari Myra, dan Santo Zeno dari Verona[2]).

Nama Miquelon pula dahulunya ditulis sebagai Micquelle[3] dalam buku panduan pelayaran seorang pelayar Basque, Martin de Hoyarçabal, yang ke Newfoundland[4] pada abad ke-16. Dahulunya nama Miquelon dianggap sebagai versi bahasa Basque bagi Michael[5] · [6] · [7], terjemahan bagi Michael dalam [[bahasa Basque] ialah Mikel[8]. Ada juga tanggapan ramai bahawa orang Basque Sepanyol mendapat nama "Miquelon" itu daripada nama bahasa Sepanyol Miguelón yang bermaksud "Michael si Tua/besar".

Pulau bersebelahan yang bernama Langlade penyingkatan perkataan Perancis l'île à l'Anglais yang bermaksud ‘Pulau milik Inggeris’[6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Frequently Asked Questions
  2. ^ "Senarai nama santo naungan bagi nelayan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-20. Dicapai pada 2007-02-20.
  3. ^ Petikan teks dalam bahasa Perancis oleh seorang Basque: « Sçaches que le cap de Breton, & les Isles de S.Pierre gisent est ouest quart de noroest & suest, ya 45. lieues. [...] Gisent cap de Breton & le pertuis de Micquetö est ouest, ya 42 l. [...] Gisent le Colombeire de S.Pierre & le pertuis(4) de Micquelle nort norroest & su suest, ya 7. lie…es » di laman web berbahasa Perancis: Ensiklopedia Saint-Pierre dan Miquelon
  4. ^ Hoyarçabal, Martin dari: Les voyages aventureux du Capitaine Martin de Hoyarsal, habitant du çubiburu (Bordeaux, Perancis, 1579)
  5. ^ (Inggeris) The Basques of Saint Pierre and Miquelon, Buber's Basque Page bertarikh 30 April 2006.
  6. ^ a b Agensi Pelancongan Saint-Pierre dan Miquelon
  7. ^ Templat:Article.
  8. ^ "Prénoms basques". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-29. Dicapai pada 2006-04-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]