Sazali Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sazali Abdul Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia.[1] Sazali dilahirkan di Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada tarikh 8 Ogos 1967. Mula menjadi ahli bina badan pada tahun 1987, selepas mendaftar menjadi ahli Pusat Latihan Bina Badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur[2]. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan sejak berusia 25 tahun. Selain berlatih di Bukit Aman, Sazali juga mendapat latihan di gimnasium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sazali juga merupakan salah seorang ahli Persekutuan Bina Badan Malaysia. Sazali telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Batu Pahat ini, merupakan seorang polis yang berpangkat sub inspektor. Hari terakhir Sazali sebagai anggota polis pada 30hb September 2016. [3] Dalam tahun yang sama, selepas persaraan, Sazali telah menubuhkan Akademi Sazali Samad terletak di i-Tech Tower, Shaftsbury, Cyberjaya, Selangor, bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia sukan bina badan. Akademi ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. [4]

Sazali mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.[5] Dalam tahun 2007, Sazali mula menjadi jurulatih bagi Malaysia bagi persiapan atlet bina badan Malaysia untuk Sukan SEA di Korat. Antara atlet di bawah latihan Sazali ialah Tun Jahafar Abdul Rahim, Mohd Salim Mat Salleh dan Buda Anchah.

Pencapaian & anugerah[sunting | sunting sumber]

Kemenangan pertama Sazali dalam sukan bina badan di Mr. Kuala Lumpur/Selangor bagi kategori Bantamweight (65kg) dalam tahun 1989.[6] Disusuli, kemenangan Mr. Malaysia dalam tahun 1991, yang melayakkannya mewakili negara ke Pertandingan Bina Badan Amatur Asia di Korea Selatan.[7]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2014

  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Dunia di Mumbai, India[8]

2013

2012

  • Mr. Universe di Budaors

2011

  • Tempat kelima kategori lightweight (70 kg) di Bangkok, Thailand

2010

  • Universe kategori Bantamweight (bawah 65kg) di Tehran

2009

  • Asian Men's Bodybuilding Championships 2009 Bawah 70kg - Juara

2008

  • Naib Juara Pertandingan 2008 IFBB Arnold Classic Bodybuilding, Fitness And Figure

2007

  • Juara Mr. Universe Kejohanan Bina Badan Amatur Dunia ke-61,[9] kategori Lightweight, di Jeju, Korea Selatan

2006

2005

2004

2003

2000

1999

1998

1997

1996

  • Juara kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1995

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1994

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia

1993

  • Tempat Ke-dua kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia
  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Sukan SEA di Singapura

1992

  • Tempat Ke-tiga kategori Bantamweight Pertandingan Bina Badan Amateur Asia


Anugerah[sunting | sunting sumber]

2007

2010

  • Anugerah Sukan Negara 2010 - Olahragawan Kebangsaan[12]

2013

  • Anugerah Sukan Negara 2013 - Olahragawan Kebangsaan[13]

2014

  • Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)[14]
  • Anugerah Sukan Negara 2014 - Olahragawan Kebangsaan [15]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada September 2015, Sazali telah digantung dari sukan bina badan Malaysia akibat kegagalannya dalam ujian salah guna dadah oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), diatas kecuaian sendiri dalam memakan makanan tambahan yang mengandungi bahan terlarang tanpa disedarinya, ia mengakibatkan Sazali menerima penggantungan selama 4 tahun.[16] Penggantungan Sazali tidak berkesudahan, selepas menyertai dan memenangi kategori 75kg di Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, pada Mei 2018[17], Sazali digantung lagi 4 tahun,[18], sehingga tahun 2023.[19] Justeru, Sazali mengambil keputusan untuk keluar dari Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).[20]

Bagi meneruskan kerjaya sebagai ahli sukan bina badan, Sazali pernah merayu penggantungannya dikurangkan sebanyak 2 kali, namun ditolak oleh persatuan.[21][22][23]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Baik Punya Ah Long Filem lakonan pertama beliau

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2023 Ubi Superstar Live Penaung Kem Jati Diri Astro Warna
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Cameo Episod: "Rapuhnya Sebuah Kejujuran"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sazali Samad wins 10th Mr Universe title.
  2. ^ Malek Noor Sumber Inspirasi Saya - Sazali
  3. ^ Sazali kemuka rayuan kedua
  4. ^ Akademi Sazali Samad platform generasi muda tonjol kebolehan dalam bina badan
  5. ^ Sazali tak makan rendang
  6. ^ Sazali sedia curah pengalaman lahir jaguh baharu
  7. ^ Sazali fokus bina badan
  8. ^ "Sazali Samad Raih Gelaran Mr Universe Buat Kali Ke-10". mStar. 2014-12-12. Dicapai pada 2022-02-12.
  9. ^ "Sazali, anda memang hebat!". Utusan Online. 2007-10-30. Dicapai pada 2007-10-31.
  10. ^ Sazali tidak akan mengalah
  11. ^ Sazali Samad antara 48 anak Melayu terima anugerah UMNO - OUM
  12. ^ "Sazali, Nicol dinobat olahragawan dan olahragawati anugerah Sukan Negara 2014". Astro Awani. 2015-04-29. Dicapai pada 2022-02-12.
  13. ^ "Sazali Optimis Raih Kejuaraan Berganda Mr Asia, Mr Universe 2014". mStar. 2014-06-24. Dicapai pada 2022-02-12.
  14. ^ Mr Universe Sazali Raih Trofi Anugerah Atlet Terbaik SAM
  15. ^ "Sazali, Nicol dinobat olahragawan dan olahragawati anugerah Sukan Negara 2014". Astro Awani. 2015-04-29. Dicapai pada 2022-02-12.
  16. ^ Sazali Samad digantung empat tahun selepas positif ujian doping - PBBM
  17. ^ Sazali juarai kejohanan ketika masih digantung
  18. ^ Nasihat tak jalan
  19. ^ Malek Noor: Know what you can and cannot do Sazali
  20. ^ Sazali quits Malaysian Bodybuilding Federation
  21. ^ Kes rayuan Sazali diselesai dalam masa terdekat
  22. ^ Juara bina badan Sazali rayu kurangkan hukuman gantung
  23. ^ PBBM tolak rayuan kedua Sazali

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]