Bina badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Atlit Bina Badan Malaysia Sazali Samad

Bina Badan merupakan sejenis sukan atau gaya hidup untuk membina otot melalui gabungan rutin latihan mengangkat berat, menambah pengambilan kalori, dan rehat. Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.

Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan adalah sama antara kedua dua jantina.

Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan.

Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sukan bina badan sebenarnya bermula di India pada abad ke 11. Atlet bina badan India mengangkat batu yang diukir seperti dumbell (dikenali sebagai Nals) sama seperti dumbell moden. Malahan, dikatakan gimnasium yang pertama wujud di India pada tempoh waktu yang sama dan pada abad ke 16, bina badan merupakan salah satu aktiviti harian orang India.

Sukan bina badan dihidupkan kembali[sunting | sunting sumber]

Sukan bina badan mula diperkenalkan semula oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang bernama Eugen Sandow atau nama sebenar beliau, Friederich Wilhelm Mueller. Beliau telah mengadakan pertunjukan di World Columbian Expostion di Chicago pada 1893. Pada ketika itu, Sandow telah menunjukkan gaya gaya tertentu untuk memperlihatkan bentuk badannya, sama seperti gaya bina badan moden.

Selepas pertunjukan tersebut beliau telah berhijrah ke England dan membuka studio penggambaran yang dinamakan Physical Culture Studio. Sandow telah memasarkan budaya fizikal di kalangan kaum pertengahan dengan menghantar hasil studio beliau melalui pos, dan menghasilkan majalahnya sendiri. Akhirnya dia mempunyai lebih 20 studio di seluruh England.

Salah satu daripada promosi beliau ialah dengan mengadakan pertandingan bina badan yang dipanggil Great Competition pada 14 September 1901. Pada pertandingan tersebut, beliau menegaskan saiz otot yang besar tidak memastikan kemenangan, tetapi otot juga perlu dibangunkan secara simetri. Beliau merupakan salah satu daripada pengadil pertandingan selain Sir Arthur Conan Doyle.

Pertandingan ini diadakan di Dewan Diraja Albert. Tiket pertandingan ini bukan sahaja habis dijual, malah pertandingan ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam. Peliknya pertandingan ini tidak dibuat kesinambungannya biarpun mendapat sambutan sebegini hangat.

Perkembangan Bina Badan di Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, kegilaan terhadap bina badan dimulakan oleh Bernarr Macfadden. Disebabkan masalah kesihatan ketika kanak kanak, Macfadden meningkatkan kesihatan dan kekuatannya dengan mengadakan aktiviti luaran ketika remaja. Ketika umurnya mencapai 25 tahun, Macfadden berkerja sebagai penjual peralatan senaman di Columbian Exposition 1883. Pada ketika itu beliau menonton persembahan Sandow dan menjadikan Sandow sebagai inspirasi beliau.

Pada tahun berikutnya, Macfadden pergi ke New York dan berkerja sebagai pelatih peribadi, pakar terapi fizikal, dan pelatih wrestling. Pada Mac 1899, beliau memulakan majalah budaya fizikal yang menekankan pada diet kesihatan, kecergasan fizikal umum dan bina badan.

Pada 1900, beliau menghasilkan majalah kesihatan untuk wanita dan menamakan majalah tersebut sebagai Women Physical Development yang kemudiannya dinamakan sebagai Beauty and Health. Tindakan beliau ini merupakan titik tolak penglibatan wanita dalam bina badan.

Zaman Emas bina badan[sunting | sunting sumber]

Zaman Emas bina badan dikatakan berlaku antara 1940 dan 1970. Banyak majalah sukan bina badan baru dikeluarkan dan organisasi antarabangsa ditugaskan untuk mengendalikan pertandingan pertandingan di seluruh dunia. Pada ketika itu juga, banyak pantai telah mengkhaskan penggunaannya untuk sukan bina badan . Misalnya Muscle Beach di Santa Monica, California mempunyai gimnasium terbuka yang boleh digunakan untuk mengangkat berat. Pada zaman ini juga, banyak persembahan persembahan akrobat di pantai tersebut. Muscle Beach ini juga telah menggalakan pertumbuhan industri makanan tambahan di Amerika Syarikat.

Pentumbuhan Otot[sunting | sunting sumber]

Untuk mendapatkan pertumbuhan otot atau pengembangan otot, ahli bina badan perlu menumpukan kepada tiga faktor:

Latihan bebanan[sunting | sunting sumber]

Latihan rintangan berat (Resistance Weight Training), lebih menumpukan kepada otot-otot seperti belakang, kaki, bahu, dada, dan tangan. Terdapat 2 jenis latihan bebanan, iaitu, latihan secara kompaun (compound training) dan latihan pengasingan (isolation training). Latihan kompaun, merupakan latihan mengabungkan dua jenis otot dan baik dilakukan ketika untuk proses pembesaran (bulking), dimana diperingkat ini bebanan lebih berat diangkat. Manakala, latihan pengasingan, lebih menumpukan kepada satu jenis otot dan baik untuk proses pemotongan lemak (cutting). [1]Latihan ini sering dilakukan dengan bebanan yang ringan, senaman kardiovaskular dan senaman perut. Senaman ini merupakan latihan yang sering dilakukan semasa persediaan sebelum pertandingan.

Nutrisi[sunting | sunting sumber]

Kombinasi untuk mendapatkan pertumbuhan otot yang baik adalah hasil dari diet yang baik. Ahli bina badan banyak menumpukan permakanan makronutrisi dan mikronutrsi. Makronutrisi ini adalah permakanan dari sumber karbohidrat, protein dan lemak. Lemak yang dimaksudkan adalah lemak yang dikategori sebagai lemak baik, seperti minyak ikan. Manakala, mikronutrisi adalah dari permakanan makanan tambahan seperti vitamin-vitamin dan galian. Diperingkat pembesaran, makanan tinggi karbohidrat dan protien diamalkan. Bagi peringkat pemotongan lemak, makanan rendah karbohidrat dan lemak diamalkan bagi menampakkan otot dibadan dan diperut.[2]

Selain makanan, air merupakan bahan nutrisi yang amat penting bagi pembentukan atau pertumbuhan otot.[3]

Rehat[sunting | sunting sumber]

Bagi mendapat pertumbuhan dan pembentukan otot yang elok, tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam diperlukan.[4]

Bina Badan dan Islam[sunting | sunting sumber]

Islam tidak mengharam atau melarang segala riadah yang dapat membantu umat atau penganutnya mendapat nikmat dari hasil riadah tersebut kepada tubuh badan individu tersebut. Maka, bina badan tidaklah dilarang atau diharam oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan ialah tingkah-laku, pemakaian dan kelakuan pengamal sukan. [5]

Islam juga menggalakkan penganutnya menjaga badan dan pemakanannya seperti pemikiran ahli sains dan para penasihat makanan didunia. Bina badan dapat membina keselamatan, meningkatkan kesihatan dan pemikiran individu terbabit yang mengamalkannya. Bukan saja mendapat fizikal yang sihat tetapi juga mental yang sihat.Serta dapat membina keyakinan pada individu itu. Sukan atau riadah bina badan ini juga dapat membantu dalam mengatasi masalah kegemukan, ini kerana, bina badan bukannya fokus atau tertumpu kepada pembentukan otot sahaja malah pada keseluruhan badan juga. Pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.[6]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai badan-badan yang menyokong sukan bina badan ini diantaranya ialah Perseketuan Bina Badan Dunia, yang ditubuhkan oleh Vince Mchmahon dalam tahun 1990. Selain itu badan organisasi penting untuk sukan bina badan dunia disokong oleh Persekutuan Bina Badan dan Kecergasan Antarabangsa atau lebih dikenali International Federation of BodyBuilding & Fitness (IFBB). Di Asia, sukan bina badan disokong oleh Persekutuan Bina Badan Asia atau Asian Bodybuilding Federation. Di Kepulauan Caribbean, disokong oleh IFBB Caribbean.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Compound Exercises vs Isolation Exercises: Which is best?
  2. The Truth About Getting Flat Abs
  3. Can Water Help You Build More Muscle?
  4. Bodybuilders and Sleep: How much sleep does one require?
  5. Islam Question and Answer - Bodybuilding
  6. Islam and Muslim Bodybuilidng