Scott Speed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Scott Speed
Scott speed ims stage 2006.jpg
Speed pada tahun 2006 di Indianapolis Motor Speedway
Lahir 24 Januari 1983 (31 tahun)
Manteca, California
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Amerika Syarikat Amerika
Tahun aktif 20062007
Pasukan Toro Rosso
Perlumbaan 28
Kejuaraan 0
Kemenangan 0
Podium 0
Mata kerjaya 0
Petak pertama 0
Pusingan terpantas 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan terakhir Grand Prix Eropah 2007
Kedudukan 2007 Ke-21 (0 mata)

Scott Andrew Speed (lahir Januari 24, 1983) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Amerika Syarikat. Dahulunya, Speed bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Scuderia Toro Rosso. Beliau membuat penampilan sulungnya di Grand Prix Bahrain 2006; dan menjadi pemandu Amerika yang pertama untuk berlumba dalam F1 sejak Michael Andretti pada tahun 1993.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Speed kini tinggal di Mt. Holly, Carolina Utara, di mana beliau tinggal bersama isterinya, Amanda. Pada 4 Oktober 2011, Speed dan Amanda menyambut anak pertama mereka bersama-sama, seorang anak perempuan bernama Juliet Leigh di Charlotte, Carolina Utara.

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

2005[sunting | sunting sumber]

Speed sebagai pemandu ketiga Red Bull di Grand Prix Amerika Syarikat 2005

Pada tahun 2005 di Grand Prix Kanada, Speed ​​mengambil bahagian sebagai pemandu ujian untuk pasukan Red Bull;[1] dan menjadi pemandu Amerika yang pertama untuk menyertai sebuah acara Formula Satu sejak Michael Andretti pada tahun 1993.[2] Speed juga mengambil bahagian pada sesi latihan bebas di Grand Prix Amerika Syarikat.[1]

Berikutan pembelian Minardi, Red Bull Racing mengumumkan pembentukan Scuderia Toro Rosso, dengan Speed dan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu pasukan pada musim 2006.

2006[sunting | sunting sumber]

Pada perlumbaan sulungnya di Grand Prix Bahrain, beliau mendapat tempat ke-13. Seminggu kemudian di Grand Prix Malaysia, beliau bersara selepas 41 pusingan akibat kegagalan klac.

Di Grand Prix Australia, ia kelihatan seolah-olah Speed telah mengutip mata pertama Toro Rosso. Namun begitu, beliau menerima penalti masa 25 saat kerana memintas kereta lain di bawah keadaan bendera kuning, dan menjatuhkannya ke tempat kesembilan dan gagal mendapat mata. Beliau juga didenda $5000 kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepada David Coulthard semasa pendengaran steward selepas perlumbaan.

Beliau mendapat tempat ke-15 di Grand Prix San Marino. Seminggu kemudian, beliau mendapat tempat kesebelas di Grand Prix Eropah. Beliau bersara di Grand Prix Sepanyol selepas mengalami kegagalan enjin, dan di Grand Prix Monaco, beliau mendapat tempat ke-13.

Beliau bersara di Grand Prix British, beliau bersara pada pusingan pertama selepas berlanggar dengan pada Ralf Schumacher. Speed bangkit kembali dan beraksi dengan baik di Grand Prix Kanada dengan mendapat tempat kesepuluh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Esteban Guerrieri
Juara Eurocup Formula Renault
2004
Diikuti oleh:
Kamui Kobayashi